Home > WoRD LiFe > Lawak Lambok…

Lawak Lambok…

Assalamualaikum.

Salam Ramadhan. Kali ini aku ingin berbicara mengenai kartun dan kartunis. Kartunis menurut Kamus Dewan edisi ke-3 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud orang yang kerjanya melukis kartun secara professional. Amboi, macam buat research la pulak. Tapi bagi aku kartunis ni yang kerjanya memerah otak dan menghayun jari jemari bagi menghasilkan karya lukisan buat tatapan dan bacaan para peminat komik.

Bila menyebut pasai komik, dalam kepala aku ada 3 orang kartunis yang aku memang giler minat la dengan hasil karya diaorang. Aku sebut satu persatu. Kartunis tersebut ialah Aie, Zint dan Lambok. Antara ketiga-tiga kartunis tersebut, aku pilih Lambok sebagai juara pasai dia punya kartun memang boleh buat orang gelak bergolek-golek dan pada masa yang sama boleh release tension tahap gaban. Hahhaha.

Jadi memandangkan bidang kartunis ni kurang mendapat perhatian umum, kat internet pun kurang publisiti pasai geng-geng kartunis ni. Jadi aku tulis la sket benda-benda yang aku tau pasai Lambok dan hasil kerjanya hasil aku meng-google dan meng-copy-paste beberapa artikel. Aku dapat petikan artikel ni dari internet, tak salah aku dari portal Berita Harian Online kot. Jadi layan la baca kejap untuk kenal sapa itu Lambok dan cerita hidupnya:

Artikel dari Berita Harian Online

Setiap kali mahu menjana idea untuk berkarya, kartunis ini membiarkan fikirannya nakal dan meliar ketika memerhatikan gelagat manusia dalam menjalani kehidupan harian. Daripada situasi yang mungkin pada pandangan orang lain – biasa saja, imaginasi nakal kartunis ini yang dikenali melalui nama penanya, Lambok, akan mengembang dan menokok tambah cerita hingga menjadi naskhah lucu untuk dipaparkan dalam karya.

Lambok atau Dilfitry Tajudin, adalah kartunis tamu majalah humor terbitan MOY Publication yang cukup popular dengan siri karyanya, Bedtime Stories. Kerjaya pertama Lambok sebaik tamat persekolahan adalah sebagai animator junior untuk produksi animasi, Usop Sontorian terbitan Kharisma Pictures. Sambil melakukan kerja animasi, beliau turut menghantar karya ke majalah Ujang.

Disebabkan ketika itu, terlalu ramai bakat baru yang mencuba nasib menghantar karya ke majalah itu, penantian Lambok untuk menyaksikan karyanya tersiar di majalah humor popular itu mengambil masa yang panjang. Tidak pernah berputus asa, akhirnya karya Lambok tersiar juga. Sebagai kartunis yang baru berjinak-jinak dalam bidang kartun, soal bayaran bukanlah isu utama sebaliknya apa yang lebih penting, karya garapannya tersiar.

Selepas setahun karya Lambok mendapat tempat di majalah Ujang, beliau akhirnya menerima tawaran berkarya dengan penerbitan itu. Namun, disebabkan masih mahu bergiat dalam bidang animasi, beliau membuat keputusan terus bekerja di Kharisma Pictures hinggalah syarikat menamatkan operasinya.

Lambok kemudian berkarya bersama kartunis Ujang untuk majalah humor, VariaLawak dan Lanun. Ketika bersama Lanun, Lambok dikenali dengan cerita kartun klasik, Hikayat Malim Blues. Karier Lambok terus berkembang di mana mulai 1999, beliau menjadi kartunis bebas dengan MOY Publication untuk majalah Apo?. Kali ini, Lambok tampil dengan siri Bedtime Stories yang pada mulanya memuatkan kisah seram dan misteri yang diselitkan dengan lawak. Kini, Bedtime Stories menampilkan kisah berbeza mengikut imaginasi Lambok.

“Saya berminat kepada cerita mistik dan saya percaya, masyarakat juga ramai yang gemar membaca cerita begini. Minat yang selari dengan kehendak pembaca ini secara tidak langsung memudahkan saya meluahkan idea dalam karya”.

“Tapi, selepas terlalu lama menampilkan genre seram, saya mula bosan lalu memilih untuk menjadikan siri Bedtime Stories sebagai kolum bebas untuk menampilkan karya berbeza-beza,” katanya.





Berikut pula adalah temubual dengan kartunis Lambok:

Apa yang menjadi kekuatan siri Bedtime Stories hingga mempunyai ramai peminat tersendiri?

Bagi saya, formula yang merumuskan bahawa kehendak pembaca adalah bermusim dan sering berubah boleh diguna pakai. Saya beri contoh, dalam bidang hiburan, suatu ketika dulu, ramai yang mengutamakan rupa seseorang artis daripada bakatnya. Berlainan situasinya sekarang, kebanyakan individu tidak lagi mementingkan paras rupa. Sebaliknya lebih menghargai bakat seseorang artis. Begitu juga dengan kartun. Dulu, pembaca lebih meminati kartun yang rupa wataknya cantik dan comel tapi sekarang, mereka lebih mementingkan jalan cerita dan lawak berbanding rupa watak dalam sesuatu karya.

Apa yang anda lakukan jika apa yang dipaparkan dalam karya gagal mendapat sambutan?

Apabila kita mencuba sesuatu yang kita rasakan bagus dan penerimaan daripada pembaca adalah baik, kita harus meneruskannya. Tapi jika apa yang kita cuba ketengahkan tidak mendapat sambutan, lebih baik ia diberhentikan. Tidak dinafikan, akan ada sedikit rasa kecewa apabila usaha kita tidak dapat diteruskan. Namun, sebagai kartunis juga perlu fikirkan soal keuntungan dalam perniagaan.

Dalam kerjaya ini, apakah prinsip dan cara yang anda praktikkan untuk memastikan pengaruh karya anda tetap bertahan?

Proses bagi karya saya diterima pembaca mengambil masa yang agak lama. Bukan mudah hendak menambat hati pembaca. Ada juga yang karyanya cepat popular tapi ramai di antara kartunis tidak dapat mengekalkannya. Biar apapun, saya berpegang kepada prinsip dari dulu hingga kini, selagi saya yakin dengan sesuatu, saya akan perjuangkan sehingga orang menerimanya. Sokongan daripada peminat yang mendukung karya saya sejak dulu sampai sekarang juga memberikan saya semangat untuk mempertahankan apa yang saya percaya.

Adakah anda ingin bergiat lebih lama dalam bidang ini?

Dalam karier sebagai kartunis, boleh dikatakan yang saya sudah mencapai tahap kepuasan. Namun, selagi ‘jodoh’ dengan dunia kartun ini masih panjang, saya akan terus bergiat dan dari semasa ke semasa terus belajar perkara baru. Ketika masih berada dalam industri kartun, saya sempat menuntut bidang seni bina peringkat diploma. Sebaik tamat pengajian dan dalam penentuan sama ada mahu serius dalam bidang yang saya pelajari atau terus bergiat dalam bidang kartun, saya nekad memilih bidang kartun.Saya juga berjanji dengan ibu bapa saya yang saya tidak akan menyesal memilih kerjaya kartunis dan akan pergi ke tahap paling maksimum dalam kerjaya ini atau bidang yang bersangkut paut dengannya.

Dari mana datangnya idea lawak untuk setiap karya anda?

Untungnya, saya dikelilingi manusia yang kelakar, terutama rakan kartunis yang bekerja. Jadi, banyak idea yang saya peroleh dari pergaulan dengan mereka secara sengaja dan tidak sengaja. Selain itu, menonton telatah pelakon kegemaran saya seperti Stephen Chow, P Ramlee, M Zain dan A R Badul dalam filem juga banyak menyalurkan idea kepada saya dalam berkarya.

Bagaimana anda menjaga hubungan dengan penggemar karya anda?

Bukan tidak mahu mewujudkan ruang interaksi bersama peminat karya saya dan bukan saya tidak mengakui bahawa hubungan dengan peminat adalah sesuatu yang penting dalam kerjaya kartunis. Cuma saya terlalu sibuk dengan pelbagai kerja. Saya bimbang jika tidak dapat melayan atau membalas komen atau pertanyaan mereka andainya saya wujudkan ruang seperti ini. Untuk mengikuti perkembangan saya, memadailah jika mereka membaca karya saya yang disiarkan dua kali sebulan dalam majalah Apo?

Apa yang harus ada dalam diri generasi baru yang ingin menjadikan kartunis sebagai kerjaya mereka?

Kepada yang hendak menceburi kerjaya ini, mereka mestilah tahan cabaran, bercita-cita tinggi dan berusaha gigih mengecapi apa yang dicita-citakan itu. Kalau tidak bercita-cita tinggi, sia-sia saja. Dari pemerhatian saya, sangat sukar mencari generasi kartunis baru yang benar-benar memiliki potensi. Ramai yang menganggap dengan hanya bakat melukis, mereka boleh melukis kartun. Hakikatnya, kerjaya ini bukan saja memerlukan kemahiran melukis semata-mata, tapi banyak lagi elemen lain. Ibaratnya, seperti hendak menghasilkan drama atau filem di mana kreativiti dalam mencipta watak, pengarahan, plot cerita dan sudut ‘penggambaran’ harus ada dalam diri seseorang kartunis.

Jadi begitulah serba sedikit informasi mengenai Lambok yang mana beliau adalah merupakan antara kartunis kegemaran ramai. Beliau juga pernah memenangi 2 anugerah di Anugerah PeKOMIK 2009 iaitu dengan merangkul anugerah Kartun Satu Muka Terbaik (Best Loose Cartoon) dan juga anugerah PeKOMIK (Pelukis Komik)Terbaik (Best Comic Artist) ): warna atau hitam putih. Dan bagi aku karya-karya beliau begitu menakjubkan kerana elemen-elemen lawak yang dipaparkan beliau amat dekat dengan kehidupan kita.

Jadi kepada meraka yang belum pernah membaca karya lukisan Lambok, cari-carilah majalah Apo? Ataupun google kat internet. Kalau ada rezeki buleh la kalian semua bergolek tawa dengan karya ini.

Lambok, memang best!

Mari layan kartun Lambok kat SINI

Categories: WoRD LiFe
  1. August 20, 2010 at 11:57 AM | #1

    kartun lambok nie memang nampak detail dan ada bintik-bintik

    • August 20, 2010 at 12:15 PM | #2

      ni la kartun malaysia yg paling kelakar aku penah baca.
      dia saje je lukis buruk2 kasi org terhibur…
      adoi.. senak perut aku gelak baca lawak2 dia tu.. hahahha

  2. August 20, 2010 at 2:39 PM | #3

    ya memang nampak buruk ja, kalau berdarah tu memang nampak burok la…. hahahahah
    aku ada baca jugak kartun dia nie…

    • August 20, 2010 at 3:12 PM | #4

      best bro katun dia.. kadang2 aku bwk moto pon sengih sorang2 pasai dok terkenangkan lawak dia… macam cipan…

  3. August 23, 2010 at 12:28 PM | #5

    aku teringatkan keratan akhbar kamarul dalam paper dulu nie.. hehe

    • August 23, 2010 at 12:38 PM | #6

      hahahaha… kisah lama jgn dikenang.. muka psycho giler.. hahhaha

  4. Joe
    August 25, 2010 at 12:22 PM | #7

    Lambok memang best, lawak bole wat jadik gile
    Lame tak baca mejalah2 lame, mmg d best :D

    • August 25, 2010 at 12:57 PM | #8

      ya bro.. baca la lawak lambok, boleh hilang tension. haha

  5. September 6, 2011 at 1:00 PM | #9

    lambok memang best…katun die simple jer..tapi lawak bleh wat aku senak ketawe..aaaahaha…

    • September 6, 2011 at 3:11 PM | #10

      Gua dah lama senak layan karton lambok nih.. huhu

  6. mie
    November 21, 2011 at 2:09 AM | #11

    Terbaik..

  7. erie
    February 23, 2012 at 3:41 AM | #12

    Aku mmg die hard fan kartunis lambok….!!! May Allah bless u Lambok….aminnnnn…….

  8. prak8
    February 26, 2012 at 10:05 PM | #13

    yang paling tak tahan muka watak kartun dia semua legend,,tengok muka pun dah pecah perut

  9. izzatstrokes
    April 8, 2012 at 2:36 AM | #14

    lawak ala ala stephen chow.. hahaha terbaik la ..lambok baru hr ni tau muka lambok kahkah

  10. namie
    May 24, 2012 at 3:45 PM | #15

    kacak brader lambok…..mang terbaekkkkkkkkkkkk….hehehe

  11. abe ja
    July 17, 2012 at 3:22 PM | #16

    lawak paling kelakar aku pernah jumpa dalam hidup aku.sampai skang aku masih gelak bila nampak.lawak pasal tok imam pakai terompah gergasi balik masjid.hahaha

  12. jubs
    June 19, 2013 at 4:30 PM | #18

    Saya Sokong Lambok!!!! boleh buat Lambok The Serius…hahahahaa ingat katun dia jer dah aku nak ketawa…Suker kalau lawak tu ada kesinambungan..hahahaah lawak gillllaaaa siut!!!! Lawak lambok dan Katun nya memang Ikhlas….. terbaekkk Bro…

  1. January 3, 2011 at 11:36 AM | #1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 48 other followers