Home > WoRD LiFe > Satu hari di hari raya

Satu hari di hari raya

Assalamualaikum.

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga kita semua umat Islam menyambut kehadiran bulan Syawal dan sekaligus meraikant hari kemenangan iaitu hari raya Aidilfitri bagi tahun ini.

Bagi aku sekeluarga, sambutan pada tahun ini sekadar sederhana sahaja. Cuma apa yang amat menggembirakan dan cukup teruja ialah pada tahun ini kami beraya dengan orang ketiga iaitu anak lelaki kesayangan aku iaitu Asyraff Khalish. Tema kami tahun ini ialah ungu. Dan untuk pengetahuan semua, inilah kali pertama aku memakai baju melayu penuh siap dengan kain samping skali. Sampai abang ipar aku pon terkejut cipan beruk tengok aku dressing camtu. Ye la, selama ni aku just pakai baju melayu ngan seluar jeans je. Wahhahaha..

Tahun ini kami beraya selama tiga hari di Kuantan sebelum pulang semula ke Shah Alam untuk beraya dengan keluarga mertua aku di sini. Sambutan sederhana sahaja. Aku memulakan pagi raya dengan pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid kampung aku iaitu di Sungai Panching Utara Kuantan. Solat Aidilfitri ini berlangsung dalam keadaan hujan gerimis dan kesejukan lantas menjadikan suasana takbir hari raya bertambah syahdu dan sebak. Selesai solat sunat Aidilfitri diadakan pula majlis tahlil di masjid.

Seterusnya aku menghabiskan masa aku yang ada di kampung untuk pergi beraya di rumah sanak saudara dan rakan taulan. Dapat la bertanya kabar dan bertukar-tukar cerita mengenai hidup masing-masing walaupun masa yang ada amat suntuk bagi aku. Walaupun tak begitu banyak rumah yang aku dapat ziarahi, tetapi alhamdulillah rindu aku terubat jua kerana dapat bertemu kembali sanak saudara dan rakan-rakan yang sudah lama tidak bersua muka.

Begitu la cerita seba sedikit sambutan raya tahun 2010 aku sekeluarga. Sederhana tapi memberikan memori yang indah buat aku.

Bestnya lemangggg!!!!

Categories: WoRD LiFe
  1. September 22, 2010 at 5:10 PM

    ooooooooooooo yanty org shah alam ropenye

    • September 22, 2010 at 5:56 PM

      tp dia mengaku dia org kedah.. kui kui kui

  2. September 23, 2010 at 8:05 AM

    hahahahahaahahahahahaha…

  3. yanty
    September 23, 2010 at 2:29 PM

    eh…orang kedah laaa…mama n ayah balik kedah..waaaaa…saya je tak dapat balik kedah..tak pe raya haji nie kami balik kedah…hehehehe..

    • September 23, 2010 at 4:57 PM

      kami? kami tu sapa? wahhahahha….

  4. yanty
    September 24, 2010 at 10:29 AM

    kita sekeluarga la..apa la..lagi mau tanya..

  5. September 24, 2010 at 11:16 AM

    apa la hang amien, hang kan dah menikah, mesti la balek dengan istri dan anak hang hahahahahaahaaa. amien amien

    • September 24, 2010 at 11:18 AM

      saja ja aku nak menyakat dia.. selalu kena sakat kat umah ja, skali skala sakat dlm blog apa salahnya kan? hahahaha

  6. September 24, 2010 at 11:16 AM

    kalau balek kedah, jangan lupa beli halwa maskat kat pekan rabu tu na

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s