Home > WoRD LiFe > Zulfahmi #63

Zulfahmi #63

Muhammad Zulfahmi Khairuddin memang dilahirkan untuk menjadi seorang pelumba motosikal. Semasa kecil beliau sering membonceng motosikal bapanya untuk ke rumah ibu saudara yang menjaganya pada waktu siang. Manakala bapa dan ibunya mencari rezeki. Fahmi sudah mula menunggang motosikal sejak berusia 11 tahun dan mendapat sokongan kuat daripada bapa saudaranya, Adnan, yang mempunyai sebuah bengkel motosikal di Banting.

Itu kisah beliau semasa kecil, tetapi tahun 2010 nyata memberikan kelainan dan 100% anjakan paradigma kepada beliau. Ini kerana beliau terpilih untuk menyertai Kejuaraan Motosikal Dunia dalam kelas 125GP musim 2010 yang sudah pasti menjadi idaman setiap pelumba Malaysia.

Dia yang bermula sebagai seorang pelumba Kejohanan Cub Prix Malaysia kini berlumba bagi pasukan Ongetta Team ISPA ditaja sepenuhnya oleh AirAsia itu mengakui perasaannya itu bertukar menjadi sesuatu keterujaan kerana ia adalah impian bagi setiap orang yang berlumba secara profesional.

Zulfahmi mula mendapat perhatian ramai apabila menempatkan diri dalam kelompok 20 pelumba terbaik sewaktu beraksi atas tiket wildcard untuk pasukan AirAsia Malaysia dalam kelas 125cc pada Grand Prix Malaysia pada Oktober 2009.

Perkembangan bakat beliau amat positif di mana beliau telah berjaya memungut 3 mata berharga dalam Kejuaraan kelas 125GP dunia ini yang mana merupakan suatu yang amat sukar di lakukan oleh pelumba Malaysia. Kini beliau berjaya mencatatkan nama sebagai seorang pelumba berbakat. Dan diharapkan agar beliau terus berjaya dalam arena perlumbaan dan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Kelibat beliau berlumba dalam kelas 125cc ni boleh disaksikan di litar Sepang 10 Oktober ini.

Malaysia boleh!

Categories: WoRD LiFe
  1. September 28, 2010 at 12:23 PM

    jangan bawak motor lelaju sangat, hilang kapla lutuit tu nanti… bahaya, jadi macham amien takpa, ada cover kat kapla lutuit dia dan siku dia.

    • September 28, 2010 at 12:44 PM

      amboi, perli aku ka? macam cipan…

  1. April 7, 2011 at 10:23 AM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s