Home > WoRD LiFe > Micheal Owen ~ 200 gol

Micheal Owen ~ 200 gol

Pemain bolasepak yang satu ketika dulu menjadi antara idola aku iaitu Micheal Owen telah merekodkan pencapaian baru bagi dirinya dengan berjaya menjaringkan gol yang ke-200 dalam perlawanan menentang pasukan Bolton hujung minggu yang lalu.

Walaupun sering memanaskan bangku simpanan sejak berpindah ke skuad Manchester United, Owen masih membuktikan dirinya tetap berbisa dengan menjaringkan beberapa gol penting untuk Manchester United.

Dulu aku sering mengikuti perkembangan pemain ini sejak beliau berusia 17 tahun lagi, ketika itu beliau menjadi antara penyerang yang paling berbisa bagi Kejohanan Piala Dunia Remaja yang berlangsung di Malaysia. Aku masih ingat lagi bagaimana lincahnya beliau sewaktu zaman remaja dan sering mendatangkan masalah kepada pemain pasukan lawan untuk mengekang pergerakannya.

Dengan tahap kecergasan yang semakin meningkat sekarang, sudah tentu Owen ingin merebut kembali tempat dalam skuad utama Manchester United dan melakar sejarah cemerlang karier beliau dan juga sejarah gemilang jersi nombor 7 pasukan Manchester United. Sedikit komen dari Owen selepas merekodkan gol ke-200:

“It`s a tough place to come but we created enough chances and dominated most of the game so we`re disappointed just to get a point today. I am happy my goal is a milestone and scoring goals has always been part of my career.”

Di harapkan beliau akan terus cemerlang melakarkan kejayaan dalam dunia bolasepak.

Chayo chayo!!

Categories: WoRD LiFe
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s