Home > WoRD LiFe > Potong kuku ikut sunah Nabi

Potong kuku ikut sunah Nabi

Assalamualaikum.

Bagi yang tidak mengetahui marilah kita kongsi bersama. Adapun perkara yang remeh seperti memotong kuku juga ada adabnya menurut kacamata Islam. Terdapat sunah Nabi yang menjadi panduan dalam proses memotong kuku bagi umat Islam. Mungkin ada di kalangan kita yang tidak mengetahui, jadi marilah berkongsi ilmu ini bersama-sama.

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, Al-Imam Ibn Hajar Al-‘Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث …. وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadith pun. Ibn Daqiq al-‘Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh Al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.

Jadi mari kita lihat panduan memotong kuku di bawah buat pedoman dan ikutan kita bersama:

Maklumat tambahan.

Menyimpan sebatang jari kuku yang panjang diibaratkan dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! Perghh, jadi bayangkan la jika kita menyimpan kuku yang panjang di semua jari jemari, berkandang-kandang la babi peliharaan kita nampaknya. Haha. Dan bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut. Jadi potonglah kuku anda.

Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1mm atau pun hanya di jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, menguli tepung dan sebagainya.

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk menjaga kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Categories: WoRD LiFe
  1. September 29, 2010 at 2:51 PM

    oh ye ke, ingatkan mulakan dgn kanan, kemudian dari jari kecik ke besar bagi semua kaki n tangan.. aiyoo silap ler..

    • September 29, 2010 at 3:40 PM

      saya dah lama tau sejak berusia 27 tahun lagi… kah kah kah…

  2. September 30, 2010 at 12:13 PM

    bagusz la amiento nie

    • September 30, 2010 at 1:28 PM

      sharing is caring bro.
      ni bab kerat kuku, nanti aku cari pulak sunah kerat rambot camna.
      hang kan tak suka kerat rambot pasai nanti jadi cam budak sekolah. kui kui

  3. October 1, 2010 at 12:12 PM

    ya, aku tak suka kerat rambut, sebab Halim kata aku macam budak sekolah

    • October 1, 2010 at 2:33 PM

      Halim pulak takleh simpan rambot panjang, nanti org ckp dia org tua tak sedaq diri. hahahahaha..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s