Home > WoRD LiFe > Boboi nak nyanyi…

Boboi nak nyanyi…

Ada seorang budak kecik, Boboi namanya umur dlm 4 thn. Dia nih memang gemar sangat kencing. Mungkin pundi kencing dia longgar agaknya. Kadang-kadang tu pergi fun-fair ke, supermarket ke, mana-manalah tempat yang ramai orang, kalau dia nak kencing ajer sesuka hati dia jerit kat mak dia…

“Mak..boboi nak kencing!!!”.

Maka mak dia pon mencari jalan penyelesaian utk Boboi sebab mak nya malu dengan perangai Boboi nih menjerit kat tempat yang ramai orang. Maka mak nyer pon kata kat Boboi;

“Boboi..lain kali kalau Boboi nak kencing, Boboi cakap nak nyanyi,ok?”.

Boboi pon mengangguk tanda paham.

Nak dijadikan cerita, satu hari mak Boboi ada outstation, jadi Boboi di hantar bermalam dengan neneknya. Masa tuh dah agak malam, nenek pun dah terbaring penat setelah seharian melayan karenah Boboi. Budak boboi nih bukan tau orang tu tuh penat ke idak. Dia pun menjerit kat neneknya…

“Nenek…Boboi nak nyanyi!!”.

Neneknya membalas “Dah malam nih,esok lah nyanyi, nanti orang rumah sebelah marah pulak boboi bising!”,terang nenek. Si boboi terus mendesak juga. Akhirnya neneknya pasrah…

“Um..yerlah..boboi.boboi nyanyi perlahan-lahan kat telinga nenek ye…..”

Pastu korang fikir la sendiri apa yang jadi!!! Hahahahaha.

Categories: WoRD LiFe
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s