Home > WoRD LiFe > Mencari tempat berteduh

Mencari tempat berteduh

Assalamualaikum.

Hidup semakin sukar. Taraf kehidupan semakin meningkat, barang keperluan semakin mahal. Itulah harga sebuah kehidupan di kota. Lebih tepat di Lembah Klang.

Harga yang mahal itu walaubagaimanapun harus dibayar oleh setiap anak kota yang mencari sesuap nasik demi meneruskan kehidupan sehari-hari. Dan keperitan itu cukup terasa ditambah pula dengan pelbagai beban kewangan yang berlegar disekeliling pinggang.

Itulah fenomena kehidupan aku. Dan aku rasa ramai lagi rakan lain yang mengalami nasib yang sama. Bekerja keras tak kira siang dan malam bagi mencari sebuah kehidupan yang lebih baik. Aku juga begitu, cuba mencari sesuatu yang lebih baik dan bernilai untuk masa depan keluarga.

Sabtu dan Ahad yang lalu aku menghabiskan banyak masa mencari sesuatu. Mencari satu tapak bagi memberikan sedikit keselesaan kepada keluarga. Tapak yang sama dimana aku mungkin akan menjalani hari-hari dalam suasana persekitaran yang baru. Semangat yang berkobar. Bukan bermegah atau meninggi diri, Cuma sekadar mencari keselesaan dan kebahagiaan hidup.

Apa yang aku maksudkan ialah aku mencari tempat berteduh yang baru. Sesuai dengan status aku sekarang yang sudah bekeluarga, jadi seharusnya menyediakan tempat berlindung untuk anak bini dari bahang kepanasan matahari dan kesejukan malam dan gerimis. Jadi aku berusaha mencari tapak baru itu yang pada hemat aku amat diperlukan dalam tempoh sekitar 2 tahun akan datang.

Keputusannya sudah diambil. Langkahnya sudah dibuka. Hanya masa dan waktu yang bakal menentukan samada tempat berteduh itu menjadi tapak kami sekeluarga membina kehidupan yang lebih baik dan bahagia.

Taman Bahagia, tungguuuuu…

Categories: WoRD LiFe
  1. October 5, 2010 at 2:00 PM

    woit,

    nak beli rumah sendiri dah nie, Alhamdulillah, satu langkah yang bijak,
    satu pelaburan yang bijak, satu keputusan yang very smart..

    tahniah brother, berapa ribu ni? seksyen 32 kat area mana?
    ari tu aku pi tgk rumah baru member aku kat kota kemuning….lalu ikut highway LKSA tu la…

    • October 5, 2010 at 2:06 PM

      pelaburan jangka panjang demi utk masa depan. kui kui kui
      seksyen 32 ni kat area bukit naga, depan sket drpd jalan kebun, klang.
      nak mai dari LKSA buleh, dari KESAS pon buleh. average 8km ke pusat bandaq shah alam.

      umah biasa2 je bro. buleh la drpd dok bayaq sewa bulan2 tapi habok pon tarak. buat kaya tuan umah tu ja. hahahhahaha..

      • sue
        October 8, 2010 at 5:04 PM

        amien ada lg rumah kosong x? buleh kite setaman

  2. October 5, 2010 at 2:02 PM

    aku suka rumah teres cam gitu… kalau aku dapat, memang aku sambaq dulu la…
    tapi buat masa la nie, rezki aku adalah rumah bertingkat.. Itu dah cukup bagus bagi kita yang baru nak hidup nie…

    • October 5, 2010 at 2:26 PM

      orait la tu dok umah bertingkat, buleh usya chikaro balik keje lalu ikut pintu dpn tu. keh keh keh

  3. October 5, 2010 at 2:53 PM

    mana ada nak usha beb, depan balkoni ada taman, org dok main takraw..
    corridor plak pintu kayu, tadak lubang intai…. hahahahaha, semua org dah kawen la
    dok kat level aku tu…

  4. October 5, 2010 at 3:02 PM

    hang dah pi tgk anak SMK ka?

    • October 5, 2010 at 3:11 PM

      blom, aku segan…. kui kui

  5. October 5, 2010 at 5:18 PM

    awat hang segan chek?

    • October 5, 2010 at 5:55 PM

      nanti ada masa aku pi melawat.
      minggu ni jadual full. sabtu keje, ahad mau pegi konvoi ke sepang…
      moh layan lomba mutor weh….

  6. amy
    October 6, 2010 at 10:06 AM

    bagus!!….semangat anda sungguh berkobar2…i likeee…jgn lupa tu, bila masuk umah baru kena la ajak kwn2 dtg mai…hihihi..

    • October 6, 2010 at 10:27 AM

      Berkobar-kobar tu tajuk lagu Vince AF1.. kui kui kui

  7. October 6, 2010 at 10:17 AM

    ya, buat kenduri doa selamat serta baca selawat serta ucap salam…

    • October 6, 2010 at 10:26 AM

      nanti aku jemput tuan haji nandre tolong baca doa selamat.. hehe

  8. October 7, 2010 at 9:00 AM

    jangan la itu macam, aku tolong mengaminkan dan baca yaasin buleh lah, nak mengepalai achara tahlil dan doa selamat, belum cukup terer lagi nie…

    • October 7, 2010 at 9:39 AM

      dah buleh dah tu. hang kan Geng Surau (astro oasis), kira ok la tu..
      tunggu nk terima degree ja tu.. hehehe

      • sue
        October 8, 2010 at 5:05 PM

        nandre kan geng surau..mesti buleh

  9. October 8, 2010 at 5:44 PM

    aku suka abg abu, yang mulut bising tuh!!! hahahhaa

  10. October 8, 2010 at 5:48 PM

    sue :
    amien ada lg rumah kosong x? buleh kite setaman

    ada lg sue, tp tk byk la.
    projek umah ni ada 24 bijik je. jangka siap dlm 1 1/2 tahun.. cepat2 booking..

    • sue
      October 12, 2010 at 12:56 PM

      amien, camne aku nak tgk rumah contoh? aku mau beli gak arr

      • October 12, 2010 at 2:47 PM

        ko try contact sales manager ni, nama dia Mr. Chee 016-225 9033.
        bagus cina ni, dia explain details psl semua benda. cepat2… =)

  11. sue
    October 12, 2010 at 5:02 PM

    baiklah incik amien, tenkiu

  12. October 12, 2010 at 5:21 PM

    cepat2 kol, kalo lambat nanti habes.. tak boleh kita nk berjiran nanti. hahahaha…

  1. September 29, 2011 at 5:50 PM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s