Home > WoRD LiFe > Forum GT128riders.com

Forum GT128riders.com

Assalamualaikum.

Forum GT128riders.com merupakan satu Forum yang ditubuhkan atas inisiatif sendiri beberapa individu yang mencintai alam permotoran atas sokongan daripada pihak Modenas sendiri. Ditubuhkan kira-kira setahun setengah yang lalu, ahli Forum ini banyak mengadakan aktiviti-aktiviti berkenaan alam permotoran bersama dengan ahli-ahli kelab Forum yang lain.

Forum ini memberikan peluang kepada para penunggang motosikal nasional, Modenas untuk bersama-sama melibatkan diri dalam aktiviti sosial yang dianjurkannya terutamanya bagi pemilik-pemilik motosikal jenama Modenas GT128. Antara aktiviti anjuran Forum ini ialah konvoi ke serata Malaysia bagi memeriahkan acara Cub Prix, konvoi ke MotoGP Sepang, TTS (Teh Tarik Session), aktiviti perlumbaan di trek dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan dunia permotoran. Begitulah serba sedikit info mengenai Forum ini.

Apa yang aku ingin kongsikan bersama disini ialah Forum ini merupakan satu jambatan bagi mengeratkan silaturrahim atau dalam bahasa best sket ‘brotherhood’ antara ahli-ahli Forum dengan melibatkan diri bersama-sama dalam aktiviti anjurannya. Sejujurnya, aku telah mengikuti perkembangan Forum ini sejak dari awal penubuhannya lagi.

Sebab utama aku join sudah semestinya aku merupakan salah seorang pemilik motosikal Modenas di Malaysia ini. Dan yang membuatkan aku lebih dekat kepada Forum ini ialah kerana aku memiliki motosikal Modenas X-Cite, model yang digunakan sebagai platform bagi pembangunan motosikal Modenas GT128. Jadi aku juga ingin menjadi ahli keluarga Forum ini. Hehe.

Setakat itu sahaja info mengenai Forum ini. Dan Insyaallah pada hari ahad ini aku akan menyertai warga Forum GT128riders yang lain bagi memeriahkan acara konvoi beramai-ramai ke perlumbaan motoGP Sepang yang penyertaannya dijangkakan seramai 400 motosikal.

Perghhh…. Layannnnn…

Categories: WoRD LiFe
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s