Home > WoRD LiFe > Konvoi Modenas ke Sepang

Konvoi Modenas ke Sepang

Assalamualaikum.

Perghhh.. selamat satu chapter.

Pagi Ahad yang mendung 10.10.10 yang lalu, aku bersiap-siap seawal jam 7.00 pagi. Bukan hendak pergi menoreh getah mahupun bercucuk tanam sayur, tetapi pergi menghabiskan hari aku menyaksikan sukan kegemaran aku iaitu sukan permotoran perlumbaan MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang.

Meeting venue kitaorg ahli Forum GTriders yang bergerak dari Shah Alam ialah di Esso Batu 3 Shah Alam. Tempat pertemuan ini merupakan lokasi pertama kami berkumpul sebelum meneruskan perjalanan ke kawasan R&R Dengkil dimana semua penunggang motosikal Modenas berkumpul disana.

Sebanyak 279 buah motor dengan 420 riders & pillion menaiki motosikal berjenama Modenas membanjiri kawasan R&R Dengkil yang mengumpulkan hampir semua jenama Modenas iaitu Jaguh, Elegan, Kriss, GT, CT dan X-Cite tampil memberikan sokongan terhadap konvoi ini. Dan sekitar jam 9.30 pagi selepas tamat bacaan doa dan taklimat, kami semua memulakan konvoi menuju ke Sepang dengan diiringi oleh Polis Trafik. Syok woo ada abang polis terapik escort. Rasa macam Menteri je. Hahhaha.

Dan lebih kurang dalam setengah jam perjalanan, kami tiba ke destinasi kami iaitu litar Sepang. Acara seterusnya sudah semestinya menonton perlumbaan MotoGP kegemaranku. Kami semua melepakkan diri di F1 Village dimana semua tiket sold out. Punyalah sesak, tapi sangat menggembirakan. Sokongan padu sudah semestinya jatuh kepada Valentino Rossi yang menang pada hari tu dan juga 2 orang wakil pelumba negara iaitu Zulfahmi dan Zambri Baba.

Memang seronok, kalo ada kesempatan aku rasa ingin sertai lagi aktiviti semacam ini. Terbaeekkkk!!!!

Categories: WoRD LiFe
  1. October 14, 2010 at 2:57 AM

    sonoknyerrr.. ehehe

    • October 14, 2010 at 8:39 AM

      yeah, seronok dan teratur.
      modenas mmg selalu anjurkan konvoi2, yg penting safety first.
      pepehal pon memang enjoy betul join konvoi nih! =)

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s