Home > WoRD LiFe > 2nd wedding anniversary

2nd wedding anniversary

Assalamualaikum.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana pada 16 Oktober lalu genaplah 2 tahun usia perkahwinan aku. Alhamdulillah, walaupon pelbagai suka duka yang telah dilalui dalam tempoh tersebut, rumahtangga kami berdua masih utuh dan bertambah ceria lebih-lebih lagi dengan kehadiran anak sulung aku iaitu Asyraff Khalish.

Menginjak ke usia 2 tahun perkahwinan, apa yang ada dalam benak otak aku hanyalah ingin meneruskan pelayaran alam rumahtangga ini dengan penuh kebahagiaan tanpa ada sebarang gangguan dan dugaan yang boleh merobekkan dinding kapal perkahwinan ini sehingga bocor lalu tenggelam. Mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan kepada aku dan isteri daripada anasir-anasir yang boleh menjatuhkan kami.

Jadi di kesempatan ini aku ingin mengucapkan ‘happy 2nd anniversary’ kepada isteriku yang tercinta. Mudah-mudahan rezeki kami sekeluarga semakin bertambah demi untuk kebahagian sekeluarga lebih-lebih lagi buat Asyraff.

Aku petik sedikit quote yang aku dapat dari buku bertajuk Best Quatations for All Ocassions bersempena memperingati hari ulangtahun ini;

“To have and to hold from this day forward, for better, for worse, for richer, for poorer, in sickness, and in health, to love and to cherish, till death do us apart.”

P/S: Dalam hati ada taman =)

Categories: WoRD LiFe
  1. Yanty
    October 18, 2010 at 10:58 AM

    Till Death Do Us Apart…Love You and Asyraff Khalish..

    • October 18, 2010 at 11:27 AM

      amboiiii… cepatnya komen. =)

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s