Home > WoRD LiFe > Modenas GT128 Facelift

Modenas GT128 Facelift

Assalamualaikum.

Modenas telah melancarkan satu model upgrade motosikal keluarannya iaitu jenama Modenas GT128. Model facelift ini diberikan beberapa nafas baru bagi memperbaiki prestasi dan aspek-aspek teknikal dengan harapan agar ia menjadi model hot-selling bagi menandingi jenama motosikal keluaran Jepun yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia.

Aku salah seorang pengguna dan penyokong produk Modenas dengan semangat nasionalisme ingin menyarankan kepada mereka-meraka yang ingin membeli sebuah motosikal baik keperluan ke tempat kerja dengan rupa yang menawan, aspek teknikal yang bagus serta harga yang kompetitif, maka GT128 facelift baru inilah jawapannya.

Antara pembaharuan yang dilakukan oleh Modenas pada model GT Facelift ini ialah:

1. Tayar tubless IRC dari IRC Thailand (wing series)
2. Alloy rim (tayar tubeless), warna hitam berlining krom
3. Front fork KAYABA.
4. Absorber KAYABA yg diperbaharui spefisikasi spring K, spring warna hitam
5. New seat and leather finish.
6. New pattern graphic
7. New paint finish.
8. Maintenance Free Battery 4.5 Ah

Apa lagi, jom test ride!! Layannnnnnn….

Categories: WoRD LiFe
  1. JinTanah
    October 21, 2010 at 7:50 AM

    masalah2 lama gt dah settle ke belum..mcm meter rpm yang ‘weng’..penunjuk minyak yang entah apa2..mentol mudah terbakar…sape2 yg dah beli tolong reply..sbbnya aku nak angkat 1 kalau pihak modenas dah selesaikan masalah ni..:)

    • October 21, 2010 at 9:20 AM

      boleh jenguk2 forum GT128 bro. kat situ byk info psl masalah2 GT ni.
      utk GT baru ni kita tunggu feedback drpd geng2 rider ni dulu.
      try masuk sini: http://www.gt128riders.com

  2. JinTanah
    October 21, 2010 at 10:46 PM

    website tu aku dah lama masuk dan banyak feedback tentang masalah gt yg lama…cuma nak tunggu feedback gt baru jer..cun jugak facelift baru ni…he.he..

    • October 22, 2010 at 8:39 AM

      oooooo… jintanah ni ahli GTrians rupanya..
      bersembunyi disebalik nama jin. hahaha

  3. October 24, 2010 at 1:33 PM

    Nampak lagi ganas… tp bro pernah test drive ke bro… nak tau pasal performance terutama pick-up… masih sama or ada perubahan… bagi pendapat bro mcm mana gt128 facelift nih…

    Bg saya tuka taya dh kira ok gak tuh.. gt lama saya guna taya x brp sesuai… ari hujan kene 100 guna dengan was – was… silap break boleh tergolek… tunggu bunga taya abis bru rancang nak tuka…hehe

    • October 25, 2010 at 9:03 AM

      GT baru ni dh ada org order, tp maybe dlm minggu ni kuar. bab test ride tu blom lg, modenas masih blom war-war kan lg psl test ride. kalo ada mmg tak lepas punya. mesti kena test ride.

      pepehal tunggu la good news drpd owner2 GT baru ni nanti. kool.. =)

  4. Joe
    October 25, 2010 at 9:05 AM

    kalau monoshock ni lagi semat, gaya aerodinamik tu da mmg cun
    top speed average brape agak2 ncik amien?

    • October 25, 2010 at 10:53 AM

      kalo masuk mono harga kena naik gak. biasa la bro, marketing.
      bab top speed kalo ikut geng2 otai GT dlm 140-150kmj. kira standard la tu.
      tapi tu meter ringan, kalo ikut meter betul2 dlm 120++ kmj je.. huhu

      • Joe
        October 26, 2010 at 8:42 AM

        mono kan ke jadik satu, pelik gak cane leh jadik mahal ek, lain le kalau request quadraple shock, yg tu konfem mahal ;D

  5. JinTanaH
    October 26, 2010 at 1:00 AM

    aku dah tanya tempat aku..(dungun)..mgkin sbulan lagi baru sampai..ishh lamanya tunggu..satu lg SC punyalah jauh..kena pegi kuantan..dok larat ambe nak ride..:(

    • October 26, 2010 at 9:27 AM

      owh ye ke? nk kena mintak modenas bukak lg byk SC ni.. huhu

  6. JinTanaH
    November 27, 2010 at 9:10 PM

    Bos.. aku dah beli yang facelift hampir 2 minggu..setakat ni takder masalah sebab baru lagi..Cuma masalah stiker dan kusyen motor skit(masalah kelalaian aku ler)…
    harga Rm 5500…mahal tak arge yg aku beli ni?

    • November 28, 2010 at 11:44 PM

      ye ke? bagus la camtu, kira ok gak la GT baru ni.
      smlm aku survey kat kedai diaorg jual harga RM5200 cash.
      harga ni mmg tk sama, kena pandai survey2 kedai la mana yg murah. huhu

  7. syafiqgt
    December 21, 2010 at 7:02 AM

    slm..
    aku ada dgr feedback dari rider, katenye mantap.. tayar sedap..
    lagi satu speed dia pun improve.. standerd 140-170 je..

    adui, rasa mcm nak jual je gt lame aku. ehhehe

    • December 21, 2010 at 9:15 AM

      geng2 yg test-ride facelift ni sumer ckp best.
      apa lg, upgrade la ke facelift. hehehehe.. racun2…

  8. aril
    March 6, 2011 at 4:07 PM

    gt 128 fclift ni bgs power gilerrrr masalah mentol terbakar semua settle maintain 160 naik 170 tp jap jew. ketahanan sma dgn yamaha lc. tyr irc minyak jimat… tp apa2 pon setiap motor ada kelebihan masing2 gt 128 boleh bersaing dgn jenama yamaha. bli lh brng buatan mlaysia

  9. malaysia boleh
    March 6, 2011 at 4:13 PM

    kenapa org ckp buatan modenas tdk baik??? ini disebabkan minda org sudah terdoktrin bhwa buatan luar negara lbh baik dri malaysia.. tp semua itu slh ttp juga sma kualiti. mungkin dahulu modenas kurang baik disebabkan bru bmula, itu lh kerana nila setitik rosak susu sebelanga ibrt modenas dahulu bermasalah gt 128 facelift pun dikatakan bermasalah… namun kini modenas sentiasa lakukan pmbhruan untuk kualiti yg lbh baik. tidak cya try lh gt 128 facelift

    • March 7, 2011 at 10:14 AM

      yup betul.
      aku selalu lepak ngan budak2 GT, stakat ni mmg takd edengar GT facelift ada problem.
      modenas punya rnd pun bagus, buat penambahbaikan pada setiap masalah yg ada.
      keep it up!!!

  10. teruna
    March 6, 2011 at 4:18 PM

    saya sokong aril dan mlysia boleh… org selalu ckp buatan modenas tdk baik.. yg ckp itu dah pnah ka try modenas ,,mungkin ikt ckp2 org je org ckp tdk baik dya pun ikt jew . org yg ikt ckp org tdk akn maju. sblm ckp selidik kita ckp biar b.ilmu .. modenas gt 128 facelift okey …. motor ni semua ok jgn sahaja di bw race or diubahsuai konform ada kerosakan akn berlaku….. sblm ckp selidik sblm beli juga selidik

  11. April 20, 2011 at 11:37 PM

    hm

  12. April 21, 2011 at 10:07 AM

    I like…. =)

  13. Hafiz
    April 27, 2011 at 11:43 PM

    aku baru pakai gt128 facelift @ 2nd generation..
    top speed motor ni leh nek 140km je (rase mcm da kne cut off je)…
    yg gt128 model lame x tau la top speed brp(ade sape2 yg bole share x)..
    da 3 bulan aku gune motor ni..ok la..wat mase ni x de masalah..
    bagi aku,moto ni klu bwk laju still rase stabil…haha..x tau la klu korang camne

  14. gtfacelift@lcclutch
    April 30, 2011 at 12:03 AM

    gt128 ni sekali pandang cantik..kalau dari belakang gemuk semcm plak..plan nk amik version facelift ni tp lc dah nak kluar version clutch dgn disc brack belakang plak..
    Kalau dr value for money mmg gt128 la kot…50-50….

  15. fadh
    May 17, 2011 at 11:37 AM

    ak da tempah da gt ni smlm ,cash harge rm5280 dpt box givi skali .ok x ?
    ak pown lupe nak tnye hrge ni skali roadtax n insuranse ke x .
    yg ak pening ngn tokey ni dye citer pasal injection n biase .ak pown x paham sbnrny .de kaitan dgn no plat bru n lme .spe yg budiman tlong share .konpius2

  16. GTFLoren
    August 20, 2011 at 5:27 AM

    aq dah pakai gt facelift ni nak masuk 4 bulan. bg aq motor ni memang high performance dan stabil. aq bawak pegi n balik keje dan dah pernah bawak ke gurun dan seremban.

    Setakat ni, standard full throttle 130 – 140 km, max aq pernah dpt 160 km tapi tak nak maintain kelajuan tu, seriau aku..laju sgt.

    antara lain yg bestnye, seat lebar n selesa, lampu terang giler, brake disc depan blkg memang ngam, tayar ori pun cengkam, kalau potong lori tak goyang sgt sebab body berat, minyak save walaupun full throttle, dan paling utama harganya yg logik utk di beli.

    memang best. aq akan rindu kalau tak bawak dia.. huhu

    • August 20, 2011 at 9:17 AM

      Bagus review positif dari pengguna.
      Bro join geng2 GT128 riders community tk?

  17. nazarudin sallehudin
    October 18, 2011 at 9:48 AM

    ambik..Ambik,,jagan tak ambik…

  18. silver
    January 29, 2012 at 7:26 AM

    gua dh dkt stahun pkai gt fclift ni..ngam smua..tayar je dn 5 kali tampal..dh retak n botak..dh jalan sparuh smenanjung..smua ngam..cuma skang speed dh ilang..x tau nape..filter aku tukar,aku jaga minyak itam smua.tp dh x selaju masa memula beli..tp still mantap.enjin tbaik..sdap ditungang..selesa jalan jauh..x sakit pinggang..pahang ke kedah x brenti..sdap siot..tp rantai cpt kendur..ngak ngerti knapa..

  19. boymacho_91
    February 4, 2012 at 1:16 AM

    aku nk tnye r kan ngn otai2 mne2 yg da pnh pkai gt128 nie x kire r FL o bru punye… aku tngk kat u tube…standrd speed moto nie leh cecah 160-175… tp asal otai2 ckp leh bwk 140 kmh je standard..?? kompius2… plan nk amik GT FL nie…tp yg pntg speed..nk compare ngn LC..hehe

  20. reza
    March 18, 2012 at 2:52 PM

    gua dh pakai gt128FL…….moto ni best….x goyang pnye…bile lori 8 tayar lalu kat sebelah….tpy…bile bwk moto buatan jepun…..rase melayang plak…terutama bwk moto wave 125x…..enjin sentiasa bertenaga walaupun naik 2 org……..ramai ckap meter gt ni ringan….tpy meter sekadar utk bace kelajuannye…tapi enjin 130 cc yg mengerakan gt 128 ni……apepon mto gt ni memamg laju..berbanding bwk wave125 or ex5…..

  21. cupin
    April 5, 2012 at 4:38 PM

    ingat nak amik le GT satu …dah lame survey info antara GT dan wave125…nak trade-in dgn ex-5..

  22. Sarawakian GT128
    May 3, 2012 at 12:42 PM

    baru je amik smalam, tunggu siap register kat JPJ, tak tau la bila nak siap….huhuhuhu, lama dah ngidam nk bwk GT FL nih…..tangan pon dah gatal2 nak pulas trottle hehehehe….

  23. aku nak beli
    May 13, 2012 at 12:00 PM

    aku nk beli……….

  24. Ahmad GT_JB
    June 15, 2012 at 9:35 AM

    aku confius la psl sticker warna silver kat lampu sisi GT tu. Aku tgk kat website modenas n kat kedai stickernya lain. warna silver ada ckit je pastu sticker kat bhgian atas lampu je. tp yg ni atas n bawah lampu. mmg tutup abis warna itam kat situ. tp yg sebenarnya lain. yg kat gmbr ni GT untuk export ke?

  25. Ahmad GT_JB
    June 15, 2012 at 9:38 AM

    http://www.gt128riders.com/. Apasal website ni x pnah bleh bkk?

    • June 15, 2012 at 10:13 AM

      Dah kena suspend dah akaun ni bro. diaorg smeua dah pindah ke modenas bikers community skrg ni…

  26. Ahmad GT_JB
    June 15, 2012 at 6:57 PM

    cmne plak yg aku tanya psl sticker warna silver kat lampu tu?

    • zad gt_kdh??
      October 28, 2012 at 3:17 PM

      salam.motor ni best pada aku,cuma gegaran dia tu dapat kebaskan lengan daa,pick up kurang sikit,tapi lajak dia memang best.top speed 120 memang mudah dapat,tak perlu tunggu lama.motor tak lepas pantang lagi,dan belum full throttle.agak 140 boleh lekat.kekadang gear 4 payah masuk,kena lenjan sikit gear 3 baru mudah masuk,cam motor laici mber aku jugakMotor ni pun mudah hidup dalam 2mnt ja guna choke.masa memula tu kat 5mnt jugak la baru dia tak semput.Rpm idling dalam 1.1 ke 1.2 je masa kat trafic light.(injin tak padam).Suggest guna minyak injin petronas syntium untuk kurangkan gegaran dan rasa smooth aja.

  27. affendi ismail
    January 14, 2013 at 6:43 PM

    aku ada survay satu kedai dia kata gt128 ada problem…enjin korea..ada masalah wiring..so aku dah konfius..dia cakap better amik honda future

  28. Ahmad GT_JB
    January 14, 2013 at 10:51 PM

    mane ade gt128 ni pakai enjin korea. memandai je. modenas gune teknologi jepun dpt dari kawasaki. Kalau gune teknologi korea pun ape salahnye. korea pun boleh tahan jgk. Aku pakai gt128 second hand takde masalah enjin pun

  29. hazizain
    March 11, 2013 at 7:17 PM

    salam smua, bru je lps angkt gt hari rabu lpas, tgok2 tayar kene tukar ngn fkr, agk2 dpt tuka lg x tayar asal irc tue..

  30. Orang Kecil je
    December 30, 2015 at 11:48 PM

    Aku penguna GT128 buatan 2009 second hand bukan GT128FL…Motor ini memang power aku belasah kaw kaw panjat 4 bukit tertinggi. Bkt Fraser , Cameron Highland, Genting Highland, Bkt Tinggi Janda Baik… semua boleh lepas walaupun adik aku turut bonceng aku. Dengan peralatan ringkas takut rosak dan Minyak petrol spare sebotol pakai botol 4 liter minyak hitam kereta.. perjalanan mantap..Full Thortell.. belasah tak sayang motor punya…. sebelum naik aku dah tukar spoket terbaik RKM satu set dgn rantai. Minyak motor jimat gila RM5 setiap 100km…. hujan panas bukit bukau semua redah.. badan je sakit motor ok je…bestlah adventure tu… itu pun sebab terpengaruh dgn cerita Hadi Husin yg mengembara dunia dgn motor Modenas GT128 ini…lepas ini Ingat nak tukar Modenas GT128FL pulak..

  31. tom
    December 5, 2016 at 9:46 AM

    saya nak pasang full set cover rantai bertutup utk GT128. Model modenas jenis mana yg boleh digunakan. model ct punya boleh tak.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s