Home > WoRD LiFe > Bowling Persahabatan GTrians

Bowling Persahabatan GTrians

Assalamualaikum.

28 November 2010, selamat sudah berlangsung satu aktiviti ahli komuniti forum GT128riders.com yang dinamakan sebagai acara Bowling Persahabatan GTrians. Aktiviti yang berlangsung di Brem Mall, Jalan Kuching pada petang hari Ahad itu berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang amat baik daripada ahli forum.

Semua peserta hadir di perkarangan I Bowl kira-kira jam 2.30 petang. Acara pendaftaran kemudian mengambil tempat dan sambil-sambil menunggu kehadiran beberapa orang ahli yang lewat tiba dengan alasan terbaik ialah HUJAN, rakan-rakan lain mengisi masa dengan bersembang-sembang kosong sambil menyepam barang sekilo dua. Acara ini juga diserikan lagi dengan kehadiran ahli-ahli forum yang hadir dengan membawa anak, bini dan kaum keluarga yang mana dapat mengeratkan lagi ikatan silaturahim sesama ahli.

Kira-kira jam 3 petang maka dengan rasmi bermulanya aktiviti bowling persahabatan ini dimana sejumlah 8 lane telah diconquer oleh geng-geng kami bagi mengerah kudrat dan tenaga untuk menang. Ewaahhh… Nama sahaja bowling persahabatan, tetapi tengok sorang-sorang main dengan muka serius dan penuh kosentrasi membaling bola bak macam pertandingan sebenar la pulak. Hahaha.

Acara berlangsung meriah dengan acara lontaran maut, lontaran ke longkang, gelak tawa, sorak menyorak serta beribu-ribu gaya dan aksi-aksi pemain amatur yang kononnya beraksi di Sukan Asean Guangxhauo telah berjaya membuatkan kami semua dibuai dengan gelak tawa dan riang gumbira yang berterusan.

Acara tamat jam 6 petang dimana saudara Syaza diumum sebagai juara, wifenya pulak iaitu Kak Marsya juara kategori wanita. Manakala katagori paling istimewa iaitu Juara Longkang dimenangi oleh Isteri Ichirosic. Hahahaha. Tahniah kepada pemenang walaupun ramai tak puas hati Syaza dapat strike 7, 8 kali berbanding org lain. Hahahaa.. Hampeh.

Sedikit gambir-gambiran…

Menang gaya je, tapi haramm tak strike

Baju biru tu En. Amir, pengurus pemasaran Modenas =)

Ahli forum GT128riders bergambar kenangan

Memang meriah aktiviti ini. Terbaeekk dari ladang!!!

Categories: WoRD LiFe
  1. syazanial
    November 29, 2010 at 11:32 PM

    terbaikk..good job broo..kipidup…

    • November 30, 2010 at 8:42 AM

      alamak, juara bowling dah mai komen dlm blog aku pulak… huhuhu

  2. amy
    December 1, 2010 at 12:08 PM

    dah tau mmg takkan strike punya…takkan bangku kan….hik..hik..

  3. amy
    December 1, 2010 at 12:09 PM

    eh silap la pulak…kih..kih..takkan=tangan

    • December 1, 2010 at 1:49 PM

      salah tu, kaki bangku. tangan kerusi daaaa…..

  4. legend
    December 1, 2010 at 4:46 PM

    alamak, ada member hang buat lambang setan la…

    • December 1, 2010 at 4:54 PM

      mana bro? memang setan betui.. meh sini aku tiaw kapla dia… huhuhu

  5. legend
    December 2, 2010 at 9:04 AM

    hang tgk lambang setan kat tangan dia…gambaq yang ateh sekali tu…
    itu lambang syaitan tu…

    http://peribadirasulullah.wordpress.com/2010/02/12/mereka-menyembah-lambang-syaitan/

    http://www.izyan.com/2009/10/artis-terlibat-lambang-syaitan.html

    • December 2, 2010 at 11:54 AM

      gua dah delete bro. kang jadi setan plak blog gua ni. huhuhu

  6. legend
    December 3, 2010 at 9:18 AM

    caya la bro… aku suka tindakan bijak hang nie…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s