Home > Amien's Personal > Tips jimat petrol

Tips jimat petrol

Kita rakyat Malaysia ni memang beruntung, pasal ada banyak minyak kat muka bumi Malaysia ni. Dan paling beruntung bila harga minyak ni dijual pulak pada harga yang mahal padahal Malaysia ni negara pengeluar minyak. Harga minyak akan terus naik dan naik dan naik hinggalah kita semua dah tak mampu dah nak beli minyak lagi.

Apa la aku merepek nih, nah korang baca je la 19 tips-tips berguna penjimatan minyak ni supaya poket korang selamat sket dari membazirkan duit akibat terlebih menggunakan minyak. Layannnn…

Cara 1: Isi minyak diwaktu awal pagi atau diwaktu suhu sejuk. Ini kerana ia mempunyai kapasiti lebih banyak cecair petrol pada waktu sejuk berbanding waktu panas kerana banyak wap.

Cara 2: Isi minyak secara perlahan-lahan supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas dan membazirkan petrol anda.

Cara 3: Isi minyak semasa tangki separuh penuh. Ini kerana lebih banyak baki minyak dalam tangki akan mengurangkan kapasiti ruang udara sekaligus anda dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.

Cara 4: Kurangkan beban berat. Jangan bawa barang yang tidak perlu. Penambahan berat sebanyak 50 kg meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2%.

Cara 5: Perhatikan tekanan angin tayar anda. Tekanan angin yang berkurangan akan menambah 5% penggunaan minyak kerana geseran berlebihan.

Cara 6: Penyelenggaraan. Penalaan enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak sehingga lebih 50%. Rajinlah periksa secara berkala tahap palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara.

Cara 7: Kelajuan – Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak yang digunakan malahan dapat mengelak dari kena saman. Memandu melebihi 90 km/j akan meningkatkan dengan ketara penggunaan petrol.

Cara 8: Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu sesaorang. Elakkan menekan pedal minyak jika kereta tidak bergerak.

Cara 9: Penggunaan Gear – Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana rpm injin akan meningkat. Gunakan mod ekonomi jika kereta anda memilikinya.

Cara 10: Brek – Jika anda sudah tahu dimana hendak berhenti, perlahankan kereta anda secara beransur-ansur. Elakkan membrek secara mengejut.

Cara 11: Perancangan – Rancang perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalulintas. Ini menjimatkan masa wang dan mengelak tekanan. Anda juga boleh mengatur perjalanan anda agar dapat memaksimakan tujuan dalam satu perjalanan. Contohnya balik dari kerja boleh singgah membeli barang, mengisi minyak dan sebagainya. Jadi tak perlu keluar berulang kali.

Cara 12: Minimum – Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40%. Kalau sekadar ke kedai berhampiran eloklah hanya menaiki motor, basikal atau berjalan kaki sahaja.

Cara 13: Tak perlu pasang air cond kalau cuaca dah sejuk, atau tutup air cond apabila dah nak sampai destinasi. Penggunaan minyak bertambah 10% apabila menggunakan air cond.

Cara 14: Tak usah merempit, cilok sana sini, kalau boleh perlu bujak tekan pedal minyak dengan cara berhemah. Kalau nak jimat kenalah bawa secara sederhana saja tak perlu laju-laju. Yang penting slow dan steady saja. Kalau nak racing pergilah masuk sepang circuit.

Cara 15: Pastikan tingkap kereta tidak dibuka sepenuhnya semasa memandu. Jika tidak kereta anda akan bertambah geseran dan perlahan menyebabkan anda terpaksa menekan lebih banyak pedal minyak untuk bergerak.

Cara 16: Kurangkan perjalan semasa waktu puncak kerana kesesakkan jalanyara juga menyebabkan penggunaan minyak lebih dari biasa. Elok gunakan kereta bergear manual sebab kereta auto lebih banyak makan minyak

Cara 17: Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa di servis dan tukar minyak pelincir mengikut jadual. Gunakan minyak enjin yang berkualiti untuk memaksimakan kebersihan enjin. Rujuklah kepada mekanik anda kerana mereka lebih arif tentang hal ini.

Cara 18: Warming up enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat setelah enjin dihidupkan. Tak perlu tekan pedal minyak semasa warming up kerana ia hanya membazir minyak sahaja.

Cara 19: Simpan aje kete anda dirumah dan naik LRT, komuter, bas dan pengangkutan awam yang sewaktu dengannya. Tak pun tahun depan korang beli la moto elektrik keluaran Modenas, Memang save la minyak korang, cayalah!

P/S: Proton pon mungkin keluarkan Proton Saga BLM versi elektrik. Tungguuuu…

Categories: Amien's Personal
  1. sue
    December 2, 2010 at 2:15 PM

    klu lah aku buleh dtg opis ngan tips no.19 syoknya…

    • December 2, 2010 at 2:50 PM

      tips nombo 9 ko kena tunggu tahun depan. bawak motor elektrik pegi keje, mesti kool.. wahahaha..

  2. legend
    December 3, 2010 at 9:17 AM

    Cara 14 – yang nie aku percaya hang takkan buat la… hanya aku ja yang mampu berbuat demikian…

    • December 3, 2010 at 9:26 AM

      hahhaahhaa… tau takpa.. aku bawak moto je laju, kalo kete pelan je.. huhu

  3. legend
    December 3, 2010 at 9:18 AM

    nombor 19 la raptor

    • December 3, 2010 at 9:27 AM

      Hang pi google Modenas CTric. aku dh test ride, syok wooo….

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s