Home > WoRD LiFe > IACT Annual Dinner

IACT Annual Dinner


Assalamualaikum.

Semalam 2hb Disember 2010 telah berlangsungnya majlis Annual Dinner anjuran IACT College sebagai penghargaan buat semua staf-staf yang berkhidmat di kolej ini. Annual Dinner ini diadakan setiap tahun dan pada kali ini ianya diadakan di Restoren Shogun, One Utama Damansara.

Jam 5.30 petang diisytiharkan bahawa seluruh kolej IACT ditutup dengan jayanya kerana staf-stafnya pergi meng-enjoykan diri makan-makan di restoren berkenaan. Selepas menunggu ketibaan para VIP, majlis bermula sekitar jam 7.00 petang dengan acara makan-makan sampai muntah. Kat sini hidangannya buffet, makan aje la sampai perut korang jadi bulat macam tong drum. Tema pakaian untuk Annual Dinner ini ialah merah + hitam. Tapi ada gak yang agak buta warna tak berapa nak ikut tema. Kui kui kui.

Laporan mengenai lauk pauk pulak ialah terdiri dari pelbagai spesis makanan antaranya makanan jepun, masakan melayu, pelbagai sup dan tomyam, kek, buah-buahan, tempura dan pelbagai lagi hidangan yang membuatkan aku makan pada kelajuan 100km/j. Dan seperti tahun-tahun lepas, kejuaraan pemakan paling buas kali ini jatuh kepada Kak Lin sekali lagi. Wahahahahaa…

Selesai acara makan, diadakan pulak acara cabutan bertuah. Tahun ni agak berbeza sket ngan tahun lepas dimana hadiah untuk tahun ni agak lumayan dan banyak. Sejumlah 13 item untuk dimenangi yang rata-ratanya terdiri daripada barangan elektrik yang berharga RM200 ke atas. Acara ini dimeriahkan lagi dengan special draw yang ditaja oleh Encik owner kolej iaitu Mr. Raymond dan hadiahnya pula ialah sebijik I-Pod yang aku anggarkan berharga lebih kurang RM1000. Giler ah…

Keputusan malam tu aku memang takde ong. Satu hadiah pon tak dapat. Hampehhh… Layan je la, at least dapat makan free + voucher Jusco RM50 sebagai door gift. Next year kena cuba lagi. Hahaha. Adios!!

Sesi bergambo yg menjadi kegemaran ramai.

2 stooges + 1 stoogeswati yang kuat makan. =)

Percubaan mencuri makanan berjaya digagalkan pihak lawan.

Percubaan mencuri makanan edisi berjaya. Hahaha.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati… yahoooo!!

Categories: WoRD LiFe
  1. December 3, 2010 at 4:33 PM

    🙂 laporan menarik dari encik amien.. dah menketedarah
    larat ke lompat tu?

    • December 3, 2010 at 4:36 PM

      lompatan itu adalah untuk menurunkan makanan dari esofagus dgn cepat ke dalam pundi perut agar memudahkan proses pencernaan berlaku dalam badan. sumber ~ wiki wiki auw auw pedia.. huhu

  2. yanty
    December 3, 2010 at 4:49 PM

    cam kelakar je muka..hahaha

    • December 3, 2010 at 4:55 PM

      muka lebar la.. pakai helmet pipi pon terkeluar.. kui kui kui

  3. legend
    December 8, 2010 at 8:07 AM

    ini macam baru best….
    ada makan-makan kat staf pada hujung tahun….

    • December 8, 2010 at 8:37 AM

      tiap2 tahon ada makan2 bro…
      tapi tang cabotan bertuah tu yg dok terkilan pasai tk dpt.. kui kui kui

  4. legend
    December 8, 2010 at 10:59 AM

    tak kesah la, yang penting company organise something seumpama ini.

    • December 8, 2010 at 11:50 AM

      ni semua salah satu motivasi kpd staf utk berkhidmat ngan penoh chemerlang di masa hadapan..
      patut setiap kompeni amalkan camni supaya staf rasa dihargai. kan? kan? =)

  5. legend
    December 8, 2010 at 3:24 PM

    ya, nie yang aku nantikan, tapi belom ada…

    • December 9, 2010 at 10:56 AM

      propose la bang, hang kan org kuat kat situ.. huhu

  6. amy
    December 15, 2010 at 11:44 AM

    yeay…yeay..kita dapat hadiah cabutan bertuah..dan kita tahu ramai org yg menjelesi kita pada hari tu…muahahahaha

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s