Home > Amien's Personal > Selamat pengantin baru Ina & Pyan

Selamat pengantin baru Ina & Pyan

Adoi, patah tulang belikat!!

Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya telah selamat berlangsung majlis perkahwinan adik perempuan aku pada Ahad yang lepas.

Majlis yang berlangsung pada tarik 12.12.2010 itu seperti biasa merupakan majlis yang memenatkan bagi seisi keluarga terutamanya kepada kedua ibu bapa aku yang berada dalam keadaan kurang sihat. Walaubagaimanapun dengan kerjasama dan sokongan dari ahli keluarga dan jiran-jiran sekampung yang banyak membantu, akhirnya majlis ini berlangsung dengan jayanya.

Aku bercuti selama 4 hari bagi membantu menguruskan majlis setakat yang aku mampu. Memang letih, pagi-pagi buta lagi dah kena mesin kelapa pastu ke hulu ke hilir menjadi runner. Seperti biasa tu la tugas aku tiap kali ada majlis semacam ini. Pada aku mudah sahaja, dulu masa kita kawen adik-beradik lain yang membantu. Jadi bila tiba waktu mereka, kitalah pula yang harus membalas perkara yang sama. Itulah gunanya adik-beradik, saling bantu-membantu.

Majlis yang bermula pada pagi Ahad itu dimulakan dengan acara Marhaban. Kemudian diadakan pula majlis cukur jambul anak aku Asyraff Khalish bersama dengan anak saudara baru aku iaitu Nur Aimi Damia. Lebih kurang jam 11 pagi pula majlis akad nikah mengambil tempat nun di Masjid Felda Sungai Panching Utara. Dengan sekali lafaz, akhirnya adik perempuan aku sah menjadi isteri kepada Mohd Hanafiah atau nama glemernya Pyan. Glemer ke? Hahhaha..

Majlis jamuan makan berlangsung pula selepas itu. Terima kasih kepada penduduk kampung yang banyak membantu menyediakan segala peralatan dan mengadakan gotong royong untuk memasak serta menguruskan segala hal ehwal berkaitan kenduri ini. Aku seperti biasa menjadi runner, angkat pinggan mangkuk, topup lauk pauk, tambah ayaq sirap dan sewaktu dengannya.

Alhamdulillah majlis berlangsung dengan sempurna. Cuaca juga menyebelahi kami, panas terik yang membuatkan ramai menambah air sirap. Dan setelah majlis selesai hujan turun dengan lebatnya. Mungkin dek kerana tak tahan oleh suara-suara sengau dan sumbang kami yang berkaraoke pada petang itu. Hahahahha..

Alhamdulillah, selesai sudah satu chapter. Tahniah aku ucapkan buat pasangan pengantin baru Noor Azlina dan Mohd Hanafiah. Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang bersusah payah berkorban masa dan tenaga menguruskan majlis. Buat semua warga penduduk kampung yang masih setia bergotong royong untuk majlis ini walaupun sorang-sorang sudah kelihatan uzur dimamah usia. Terima kasih semua!

Categories: Amien's Personal
  1. sue
    December 15, 2010 at 9:36 AM

    majlis cukur jambul anak aku Asyraff Khalish – erkkk bukan anak ko dah beso ke? nak ek dia org usik rambut dia…keh keh keh

    • December 15, 2010 at 9:45 AM

      join sekaki apa salahnya…
      nak?? perghhh.. puas meraung-raung budak tu… hahahaa

  2. gadismisteri
    December 15, 2010 at 3:43 PM

    -Comment deleted by Admin-

  3. nurin jazlin
    December 15, 2010 at 3:57 PM

    bercherai.. apa nie gadis misteri

  4. gadismisteri
    December 15, 2010 at 4:12 PM

    -Komen telah dibuang oleh tuan punya blog-

  5. December 15, 2010 at 5:18 PM

    SAPA PULAK YANG BUAT KECOH DLM BLOG AKU NI???

  6. aTan
    December 15, 2010 at 10:22 PM

    yang kecoh tuu…macam tok kadi cakap laa hari tu,bab talak tiga

    • December 16, 2010 at 8:57 AM

      Panjang betul tok kadi bagi khutbah nikah aritu.. hahaha

  7. nurin jazlin
    December 16, 2010 at 2:08 PM

    amin,

    apa cerita awak ni? adakah ini cerita betul atau palsu?

    • December 16, 2010 at 2:24 PM

      bulu mata pelesu je ni… =)

  8. yanty
    December 16, 2010 at 4:22 PM

    Apa yang betul apa yang palsu???

    • December 16, 2010 at 4:49 PM

      betul betul betul (upin ipin)….. hahahha

  9. nurin jazlin
    December 17, 2010 at 9:13 AM

    adik amin tu macam anne la yang DJ radio tu.

  10. December 17, 2010 at 1:11 PM

    amien,yg pakai tudung puerple tu sape? mcm yuna la..haha..

    • December 17, 2010 at 2:10 PM

      Tu adik aku tu nama dia ija. tapi aku panggil dia Yuja pasai ada iras2 Yuna. hahaha..

  11. nurin jazlin
    December 21, 2010 at 8:18 AM

    yang kawen tu memang macam anne, dj radio tu, mata dia memang tajam merenung org… takut

    • December 21, 2010 at 9:08 AM

      renungan tajam menusuk kalbu… wahhahahaha

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s