Home > WoRD LiFe > Rahsia bawang putih

Rahsia bawang putih

Assalamualaikum.

Harini aku nak berkongsi informasi mengenai perubatan dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan. Anak aku dah seminggu demam + selsema + batuk, tiap malam kalo dia nak tido mesti akan batuk-batuk sampai tak lena dia tido. So mak mertua aku suggest supaya sapukan bawang putih yang ditumbuk kat bahagian dada dan belakang anak aku. Dan kesannya sangat positif, alhamdulillah. So mari kita share info nih.

Bawang putih ataupun dalam nama sainsnya iaitu Allium sativum adalah merupakan salah satu herba yang amat dikenali kerana keberkesanannya dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Bawang putih termasuk dalam family Liliaceae iaitu kumpulan yang sama dengan bawang merah. Bawang putih muncul sebagai suatu tumbuhan yang boleh menjadi penawar kepada pelbagai jenis penyakit yang kronik. Antara penyakit-penyakit itu termasuklah tekanan darah tinggi, kencing manis, ulser, cirit birit dan sebagainya.

Berikut adalah penerangan mengenai bawang putih dan penawarnya untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

1. Bawang putih dan tekanan darah tinggi

Bawang putih berupaya untuk merawat penyakit tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi adalah sangat merbahaya kerana penyakit ini tidak selalunya timbul dan pesakit tidak menyedari bahawa mereka menghidapinya. Selain itu masalah tekanan darah tinggi akan membawa pula kepada masalah jantung, strok, pembekuan darah, kegagalan buah pinggang untuk berfungsi, jantung berhenti berdenyut secara tiba-tiba dan yang paling ditakuti berlaku kematian secara mendadak sekiranya penyakit tekanan darah tinggi tidak dikawal.

2. Bawang putih dan masalah-masalah pernafasan

Bawang putih dilaporkan sebagai ramuan yang lama, selamat dan pasti dalam merawat lelah, bronkitis dan penyakit pernafasan yang lain. Berabad-abad lamanya orang-orang China, Greek dan Mesir telah mendakwa bahawa bawang putih boleh menyembuhkan masalah pernafasan. Seorang naturalis abad pertama Rom mengatakan bahawa bawang putih dapat menyembuhkan masalah batuk kering.

Kesemua kenyataan ini adalah disebabkan kuasa bawang putih sebagai antiseptik dan pembunuh kuman. Bawang putih yang telah dikupas dan apabila diletakkan berhampiran dengan kuman, ia dikatakan dapat membunuh kuman tersebut dalam masa 5 minit sahaja. Tambahan pula eter bawang putih begitu kuat dan daya penembusannya adalah sangat tinggi. Ia boleh melarutkan mukus dalam sinus, salur bronkial dan paru-paru.

3. Bawang putih dan kencing manis

Bawang putih juga menjadi penawar kepada pesakit-pesakit yang menderita kerana penyakit kencing manis. Terdapat beberapa jenis penyakit kencing manis ini dan yang paling biasa ialah diabetes melitus. Ia adalah sejenis penyakit yang telah dikenalpasti sejak dahulu lagi.

Untuk kes penyakit kencing manis, bawang putih mengandungi galian-galian yang tertentu yang terbukti bernilai dalam metabolisme karbohidrat. Bawang putih kaya dengan kalium, 529 mg bagi setiap 100 gm. Seseorang yang mendapat penyakit kencing manis mempunyai asid yang berlebihan (asidosis) dan asidosis ini akan bertindak mengambil kalium dari tubuh sehingga boleh berlaku keadaan tidak sedarkan diri atau koma pada pesakit.

4. Bawang putih dan sakit perut

Bawang putih juga berupaya memberi rawatan kepada individu yang mempunyai masalah sakit perut dan usus sekiranya ia diambil secara berterusan. Menurut seorang saintis yang terkemuka dan pakar dalam terapi bawang putih, bawang putih mengandungi allicin yang merangsang dinding perut dan usus untuk merembeskan enzim pencernaan. Namun perlu diingatkan, bawang putih yang ingin diamalkan hendaklah dicampurkan dengan makanan-makanan yang lain.

Selain itu, bawang putih juga boleh digunakan di bahagian luaran. Contohnya dalam balutan atau mandian tangan dan kaki untuk melegakan perut dan cara ini dilaporkan 95 % telah menunjukkan keberkesanannya.

5. Bawang putih dan anemia

Bawang putih juga menjadi penawar kepada pesakit-pesakit yang menderita kerana anemia. Anemia bermakna keadaan badan yang tidak boleh mengahasilkan hemoglobin yang secukupnya. Anemia boleh terhasil daripada ketidakcukupan protein, iodin, kobalt, kuprum vitamin C atau sebahagian vitamin B.

Namun ke semua nutrien ini boleh didapati daripada bawang putih. Oleh itu, dengan mengamalkan bawang putih dalam makanan seharian, secara tidak langsung akan menghindarkan seseorang itu daripada mendapat penyakit anemia. Pesakit-pesakit yang sudah lama menderita pula secara tidak langsung akan mendapat rawatan dan mempunyai harapan untuk sembuh.

6. Bawang putih dan artritis

Artritis atau rheumatisme ialah sejenis penyakit yang berkaitan dengan degenarasi tisu sendi akibat kekurangan kalium, vitamin D, iodin dan kekurangan vitamin B. Bawang putih yang mengandungi bahan kuat yang mungkin memberikan kesan terhadap setiap jenis artritis. Sebatian sulfur yang memberikan bau kepada bawang putih adalah aktif terhadap bakteria dan dengan itu ia akan melawan setiap jangkitan.

Bawang putih juga sangat kaya dengan natrium iaitu galian yang sangat diperlukan untuk pengecutan setiap otot di dalam badan dan apabila badan kekurangan natrium akan menyebabkan kelumpuhan dan sembelit. Natrium jika digabungkan dengan zink, mangan dan vitamin B-1 adalah penting untuk saraf, kesihatan otot dan metabolisme karbohidrat dalam badan. Kekejangan otot dan kesakitan adalah simpton artritis rheumatoid, fibrositis dan gout (penyakit metabolik). Untuk tujuan merawat artritis, memakan bawang putih adalah salah satu cara. Ia penting kerana artritis adalah salah satu penyakit yang sangat merbahaya.

7. Bawang putih dan permasalahan wanita

Wanita-wanita sering menghadapi keadaan-keadaan seperti rasa sedih, kemurungan, sakit kepala, loya dan sebagainya. Keadaan-keadaan seperti ini semuanya boleh dipulihkan dengan bawang putih atau makanan yang mengandungi bawang putih kerana ia merangsang pengeluaran haid.

Doktor-doktor terkemuka mendapati bahawa bawang putih membawa kelegaan daripada rasa panas, kesakitan, susah hendak tidur, palpitasi, sejuk, gatal, kegemukan, leukimia, artritis dan banyak lagi. Bawang putih adalah makanan semulajadi yang baik untuk diamalkan oleh wanita-wanita hamil.

8. Bawang putih dan ulser

Bawang putih yang mengandungi vitamin C adalah baik dan berupaya untuk merawat masalah ulser. Beberapa orang penyelidik telah menunjukkan bahawa vitamin C adalah baik untuk kes-kes ulser. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan ulser perut dan duodenum.

9. Bawang putih dan cirit birit

Bawang putih juga menjadi penawar yang berkesan untuk cirit birit. Hippocretes, iaitu seorang doktor Greek Purba telah mengesyorkan bawang putih sebagai bahan pelawas yang berkesan. Menurut seorang saintis terkemuka dan pakar terapi bawang putih menyatakan bahawa orang yang menderita kerana sembelit boleh mencari penawarnya dengan memakan campuran bawang putih bersama dengan susu atau dadih. Bawang putih bertindak dalam tiga cara iaitu menenang, membersih dan mengurangkan inflamasi.

Bawang putih seakan-akan mempunyai kesan dadah. Bawang putih membuatkan sakit perut, cirit birit dan sakit usus hilang dalam masa yang singkat tanpa menyebabkan sembelit. Salah satu contoh kes yang dilaporkan ialah mengenai seorang profesor yang telah menderita angin, dispepsia dan kolits selama 17 tahun. Beliau seringkali cirit birit diselang-selikan dengan sembelit. Beliau telah diberikan 2 gm penyedian bawang putih, 2 atau 3 kali sehari dan dalam masa 2 setengah bulan, beliau mendapati dirinya telah sembuh.

10. Bawang putih dan kolesterol

Bawang putih juga baik untuk mengurangkan kolesterol dalam tubuh. Ini kerana bawang putih mengandungi sebatian fitokimia yang boleh mengurangkan kolesterol dalam darah dan menggalakkan tindakan kemanglian. Kolesterol yang banyak berkumpul dalam badan adalah tidak baik kerana ia akan menyebabkan seseorang itu mudah diserang penyakit jantung dan sebagainya.

Oleh itu dengan mengambil bawang putih sebagai salah satu dalam menu makanan harian, akan mengurangkan risiko seseorang untuk mendapat masalah jantung dan sebagainya. Dengan penerangan ini, ternyata bawang putih merupakan salah satu herba atau tumbuhan yang sangat penting. Ia bukan sahaja menjadi bahan dalam masakan, tetapi juga menjadi bahan dalam sesuatu ramuan untuk merawat seseorang pesakit.

Begitu la sedikit sebanyak kebaikan bawang putih ini terhadap kesihatan manusia. Sesiapapun tidak boleh menafikan hal ini kerana telah terbukti bawang putih merupakan salah satu tumbuhan atau herba yang amat dikenali dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Oleh itu peranan bawang putih dalam masyarakat hari ini adalah sangat penting dan tidak boleh dinafikan keberkesanannya. Kepada sesiapa yang ingin mencuba bolehlah amalkan mengambil bawang putih dalam rutin pemakanan. Insyaallah dengan izin Allah mudah-mudahan ianya memberikan kebaikan.

Kredit: Nor Azlina Yacob

Categories: WoRD LiFe
  1. sue
    December 20, 2010 at 11:09 AM

    terima kasih diatas maklumat ko amien… bagus ni, bleh la aku cuba…

    • December 20, 2010 at 11:42 AM

      sharing is caring..
      tahniah suhana coz dpt sambung master. gilerr ahhh..

  2. legend
    December 21, 2010 at 8:13 AM

    suhana memang terer la, dia la akan jadi ketua kami kat sini nanti, sebab ada master… halem dah blah, takda sapa yg ada master…

    • December 21, 2010 at 9:07 AM

      ye la, siap la hang nandre bila dia rampas kuasa nanti. wahahhaa..
      hang bila pulak nak sambong? aritu aku dh dengar dh kabo2 angin…. huhu

  3. legend
    December 22, 2010 at 4:58 PM

    aku sambong master nanti-nanti la, bg kawan-kawan dulu…
    baru nak rasa selesa sikit lepaih abeh bayaq keta 3-4 bulan yang lalu

    • December 23, 2010 at 9:31 AM

      fuyooo dh abes bayar kete. merdeka la hang skrg ni ek?
      buleh la beli moto baru, sedap sket nk pi keje. hehe…

  4. legend
    December 24, 2010 at 8:42 AM

    motor baru, aku nak ambek motor pasola la…

  5. December 24, 2010 at 10:48 AM

    ceh, pasola….
    aku cadangkan hang amek modenas gt128 baru.
    terbaek bro, depa dh uji pusing malaysia dlm masa 3 hari ja.
    128cc, ropa cun, minyak sep… memang beh la, sedap sket nk jalan jauh hari2. haha.. racun racun…

  6. legend
    December 24, 2010 at 5:17 PM

    EX 5 pon power apa.. lagi lasak, buleh angkut deroyan kat batu kurau dan bawak gas dari rumah ke rumah

    • December 27, 2010 at 9:49 AM

      hang buat part-time juai gas ka? huhuhu

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s