Home > WoRD LiFe > Walimatulurus Ein

Walimatulurus Ein

Assalamualaikum.

Bertemu kembali. Kali ini aku menulis pasal aktiviti pada petang hari Ahad yang lepas. Seperti biasa bila kita involve dalam satu komuniti atau group, mesti akan ada aktiviti yang berlangsung. Tak kira la secara rasmi atau tak, yang penting mesti akan ada saja aktiviti bagi memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti yang baik dan berfaedah.

Ahad lepas telah berlangsung majlis perkahwinan salah seorang warga komuniti GT128rider yang berlangsung di Puchong Permai. Sebagai sokongan terhadap ahli, aku pon mengambil keputusan untuk men-join-kan diri bersama-sama geng yang lain dalam aktiviti konvoi mengiringi pengantin secara bermotosikal. Geng-geng yang bergerak dari Shah Alam dan Klang pada mulanya berkumpul di RV point iaitu di hadapan kilang Proton berhampiran Highway KESAS. Bila sudah cukup time semua ahli bergerak menuju ke Puchong Permai dimana rakan-rakan dari KL sudah sedia menunggu di stesen minyak Shell di situ.

Kira-kira jam 1.45 konvoi mula berarak menuju ke rumah pengantin lelaki dimana pengantin juga menunggang motosikal kesayangan beliau pengantin perempuan. Majlis berlangsung meriah dengan deretan motosikal jenama Modenas memenuhi jalan menuju ke rumah pengantin. Apabila sudah habis meng-escort pengantin, apa lagi? Bermulalah sessi kegemaran ramai itu mentekedarah nasik minyak pree. Di saat inilah kelihatan bala tentera berpakaian baju Modenas menyerbu lauk-pauk yang terhidang dengan lahapnya tanpa ada segan silu.

Selesai menjamu selera, ahli konvoi mengambil kesempatan untuk bersembang-sembang, spam menyepam, dan diakhiri dengan acara bergambar kenangan dengan pengantin yang tampak cukup mesra dan sporting melayan kehadiran bala tentera penunggang jentera Modenas ini. Hahaha. Majlis tamat dan ada sebahagian ahli konvoi menuju terus ke Putrajaya untuk bersiar-siar dan menghirup udara petang di sana.

Secara keseluruhan aktiviti ini berlangsung dengan lancar tanpa masalah. Akhir kata aku ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat saudara Ein dan pasangannya. Aktiviti sebegini dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan kekeluargaan antara ahli. This family will become big, bigger and biggest in the near future. Tungguuuuu….

Categories: WoRD LiFe
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s