Home > WoRD LiFe > Bola, cuti, last entry 2010

Bola, cuti, last entry 2010

Jutaan tahniah diucapkan buat skuad Harimau Malaya kerana telah berjaya menamatkan kemarau 14 tahun untuk menjadi juara Piala AFF Suzuki.

Malam semalam skuad negara memberi ‘’pengajaran’ berharga kepada Indonesia dan juga penyokong mereka untuk menang secara agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno dan sekaligus menyaksikan anak didik K Rajagobal mencipta gemilang ditabal selaku juara baru Piala Suzuki AFF.

Dan Tahniah buat semua penyokong Harimau Malaya. Kerana sokongan dan doa dari semua rakyat Malaysia akhirnya kemenangan berada di pihak kita juga walaupun melalui pelbagai serangan dan ancaman daripada Indon-Indon yang tak sedar diri tu. Tahniah.

Umum mengetahui kemengangan skuad Malaysia kali ini diberikan perhatian besar oleh seluruh umat Malaysia. Perdana Menteri juga telah mengumumkan esok, 31/12/2010 sebagai cuti umum bersempena kemenangan skuad bolasepak negara ini. Terima kasih.

Nampaknya ini adalah entry terakhir buat tahun ini. Setelah 12 bulan bergelut dengan jatuh bangun dan pelbagai coretan cerita suka duka, akhirnya kini masa untuk melabuhkan tirai. Insyaallah kita bertemu lagi di tahun hadapan. Semoga tahun hadapan blog aku ini aku lebih mengancam dari sudut interface, grafik dan juga entry-entry yang akan aku tulis.

Jadi aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah sekali lagi buat pasukan bolasepak negara dan kepada semua sahabat handai yang mengenali diri ini, selamat tahun baru 2011 buat kalian semua. Sampai jumpa lagi….

Categories: WoRD LiFe
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s