Home > WoRD LiFe > Buku baru 2011

Buku baru 2011

Assamualaikum pembuka bicara 2011.

Alhamdulillah, syukur he hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya bertemu jua kita di tahun baru 2011. Permulaan tahun yang bakal menyajikan kita dengan pelbagai suka duka jatuh bangun yang belum pasti suratannya. Hanya masa yang menentukan.

Jadi apa yang ingin diceritakan sempena tahun baru ni? Azam? Itu la topik tahunan yang sentiasa tersaji di setiap mukasurat blog kebanyakan daripada kita. Tapi aku tak mahu cerita pasal azam, kenapa? Pasal azam tahun baru aku sama je seperti tahun-tahun yang lepas. Buang masa je cerita. Hehe..

Tahun baru yang disambut oleh kita sebenarnya banyak kisahnya. Bermula dengan tahun barulah orang ramai menanam azam untuk menjadi lebih baik dalam hidup. Begitu juga aku, setiap tahun azam untuk memperbaiki diri sentiasa disemat dalam sanubari. Biarpun tahun lepas azam aku hampir tercalar dek kerana kelekaan diri yang hampir menjerat diri sendiri dan kehidupan aku.

Tapi alhamdulillah kerana Allah masih menunjukkan jalan kepada aku. Mudah-mudahan segala kesilapan yang lepas dapat aku perbaiki dari masa ke semasa. Sempena tahun baru banyak benda yang bakal aku laksanakan. Umur pon dah tua, mungkin focus aku akan lebih tertumpu untuk mecari kerja baru dan menjaga keluarga. Yang paling penting aku ingin menumpukan kepada keluarga terlebih dahulu.

Jadi apa azam kalian semua? Semoga berjaya mencapainya dan aku harapkan agar kehidupan kalian semua bertambah baik dari masa ke semasa. Chow dulu…

Categories: WoRD LiFe
  1. yanty
    January 3, 2011 at 11:25 AM

    Alhamdulillah…family didahulukan…

  2. yanty
    January 3, 2011 at 11:26 AM

    Alhamduillah…keluarga diutamakan..

    • January 6, 2011 at 11:18 AM

      apa beza family ngan keluarga? hehhehehe

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s