Home > WoRD LiFe > Henfon pertamaku

Henfon pertamaku

Assamualaikum.

Telefon bimbit atau lebih mudah disebut sebagai henfon adalah merupakan salah satu gajet keperluan bagi setiap manusia pada zaman sakarang.

Seperti yang kita semua ketahui, telefon merupakan satu gajet yang menjadi alat perhubungan yang penting pada masa kini. Mengikut sejarah, ianya dicipta sekitar tahun 1973 oleh seorang saintis jurutera bernama Martin Cooper dimana beliau la yang mula-mula mencipta alat perhubungan ini. Sumber: Wikipedia

Itu serba sedikit sejarah mengenai henfon ni. Jadi ternyata ianya gajet paling penting bagi membolehkan manusia berkomunikasi dengan mudah di seluruh pelusuk dunia. Cukup dengan fakta-fakta skema, jadi harini aku nak habaq mai pasai sejarah henfon pertama aku buat tatapan rakan-rakan di kala bosan.

Aku punya first henpon ialah Ericsson T-10. Ini merupakan henpon pertama sekali yang aku gunakan iaitu sekitar tahun 2001. Henfon ini diberikan oleh abang sulung aku ketika aku melangkah kaki masuk ke menara gading. Dengan adanya henfon ini ianya memudahkan aku untuk berkomunikasi dengan kaum keluarga dek kerana aku belajar di tempat yang agak jauh dari kampung halaman.

Jadi itu serba sedikit sejarah henfon pertama aku. Dengan henfon inilah juga yang banyak membantu aku untuk berkomunikasi dan mengharungi hari-hari aku di tempat orang. Sekarang sudah 10 tahun berlalu, dan sudah banyak kali aku bertukar henfon. Tapi yang penting sejarah T-10 berwarna kuning tetap menjadi ingatan yang kekal dalam kepala aku.

Cayalah T-10 !!

Categories: WoRD LiFe
  1. January 6, 2011 at 11:02 AM

    wah ni handphone ke-4 atau ke-5 ku…dulu pakai motorola gedabak,motorola startec,dan banyak lagi(tak ingat model)

    • January 6, 2011 at 11:08 AM

      hohoho.. kira aku punya advance la ek. hahaha.. bangga tahap gaban la aku.

  2. January 6, 2011 at 2:25 PM

    masa hp ni kuar, saya belum lagi memiliki mana2 gadget se-“sejuk” atau se-“panas” itu.. sgt jeles ngan kengkawan nak ada hp mcm ni.. ericsson tuuuu… hehehe.
    masa ni antara penunggu2 public phone je la ..

    • January 6, 2011 at 2:36 PM

      pakai public phone lg la kool wahai puan maria.
      mesti poket puan maria penoh ngan duit skeleng buat modal nk bergayut.

      pastu bila puan maria berjalan mesti akan berbunyi ‘kceng kceng kceng’ bak umpama si kamarul sedang berjalan-jalan di sekitar opis PLF.. hahahahhhah

  3. legend
    January 7, 2011 at 9:36 AM

    yang paleng galmer masa tu adalah henpon Nokia 3210…. paleng mahai masa tu dan tadak arial

    • January 7, 2011 at 2:44 PM

      betui betui betui…
      zaman ni sumernya skrin hitam puteh, kaler takdak lagi.. huhu

  4. January 7, 2011 at 12:19 PM

    henpon pertamaku nokia 3310.yang berat tu.wat baling anjing pun boleh koma..tp tahan lama tu..

    • January 7, 2011 at 3:24 PM

      hebatnya henfon puan myasara…

  5. legend
    January 7, 2011 at 4:56 PM

    3310 la tepon yang paleng panjang buleh kita tulih mesej… tak ke hebat namanya tu, handset lain, tak banyak karakter buleh tulih.

    • January 7, 2011 at 5:34 PM

      tapi sepanjang aku guna henfon, nokia n-gage paling best.
      nk dengaq lagu buleh, nk main game pon buleh, dan yg paling best sudah tentu yg first model punya.
      bila nk tepon hang kena letak melintang kat telinga, pasai tu la org ckp tu henfon telinga gajah… lawak2..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s