Home > WoRD LiFe > Saturday Night Fever??

Saturday Night Fever??

Assalamualaikum.

2 Minggu. Ini la tempoh yang paling lama sepanjang hidup aku mengalami demam + batuk + selsema. Kena betul la dengan Saturday Night Fever (demam malam sabtu) tu. Adoyaiii.. Pada hemat aku kebiasaannya kalo aku sakit demam selsema semacam ini, hanya untuk tempoh seminggu sahaja. Mungkin antibody aku dah tak kuat… Dah tua la maknanya tu. Huhu.

Itulah penyakit. Walaucamnerpon aku cuba sedaya upaya untuk kembali seperti biasa demi mencari susap nasik. Alhamdulillah, minggu ini sudah nampak perkembangan positif setelah 2 kali berjumpa doctor panel. Doktor tu pon fade-up balik-balik muka aku dok tercongok depan pintu klinik dia. Hahaha. Mudah-mudahan aku tidak demam lagi.

Minggu lepas hanya berlalu dengan begitu sahaja. Tiada apa yang istimewa untuk dilakukan dek kerana ketidakberdayaan untuk kekal hidup sihat. Hanya merehatkan diri di rumah untuk mengumpul kekuatan dan mendapatkan kembali kesihatan. Hahaha.

Jumaat yang lepas juga berlaku satu peristiwa penting. Jadi aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada isteriku yang tersayang yang juga merangkap jawatan mama kepada Encik Asyraff. Yaaa, beliau sudah tua setahun dari aku. Hahhahaha.. Happy birthday ayang, Semoga sentiasa sihat dan gembira hendaknya. You’re not growing older. You’re growing better. I love you!

So ini artikel pertama minggu ini. Mudah-mudahan segalanya berjalan dengan baik. Kepada rakan semua, jagalah kesihatan anda. Sekarang ini semakin rancak wabak demam selsema melanda. Chow.

Categories: WoRD LiFe
  1. yanty
    January 17, 2011 at 10:37 AM

    Thanks abg..Jgn Lupa yer nanti..hahaha…

    • January 17, 2011 at 10:47 AM

      lallallalala… buat2 lupa….

  2. yanty
    January 17, 2011 at 11:23 AM

    haa…jangan dok ikut nazmi pulak..aku lupa..alamak aku lupa..hahaha

    • January 17, 2011 at 11:49 AM

      uuuuuuiiiiii dasyaattttttt!!!

  3. January 17, 2011 at 12:34 PM

    dah tua,kena amik supplement..kuikuikui..
    eh,amien camne nak letak blk widget kat sidebar ni?
    tetiba widget aku jadi kat bwh.tak ingat aku tekan apa tadi.pnt dah aku godek2..klu en amien bijak laksana tlg la hamba menyelesaikan mslh ini kerana hanya kau dan aku shj yang guna wordpress..

    • January 17, 2011 at 1:13 PM

      widget apa yg hilang tu cikgu? pelik betui laa…
      hahaha. pegi je kat appearance – widgets – sidebars tu
      tengok la menu apa yg tonggang tebalik tu
      pastu drag je smula kasi naik ke atas.
      kalo hilang widget tu tambah le semula… huhu

  4. nandre
    January 17, 2011 at 2:28 PM

    saturday nite fever adalah satu fenomena di hujung tahun 70an

    • January 17, 2011 at 2:54 PM

      itu tarian cucuk langit bro..
      aku plak kena fever yg mencucuk-cucuk sanubari. hahhahaha

  5. nandre
    January 17, 2011 at 3:11 PM

    biasalah amien, aku pon demam jugak malam tadi, tapi pagi nie aku dah pi kerja naik mutu macam biasa… alhamdulillah, hebatnya habbatus sauda aku telan pagi tadi.

    • January 17, 2011 at 4:07 PM

      mutu? mutusamy kalliapan ke? hahahhaa…
      esok aku mau pigi perbendaharaan putrajaya
      kalu sempat aku menyinggah sana kejap… huhu

  6. January 18, 2011 at 12:05 PM

    amien,bukan hilang tapi gi ke bwh..camne ek nak wat dia gi atas balik..penin2..

    • January 18, 2011 at 12:58 PM

      kat button yg ko jatuh ke bawah tu ko drag je kasi naik atas.
      pastu save je. kasi tgk page blog ko ok ke tak.
      kalo tak kena drag kasi naik atas lg.. just drag je…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s