Home > WoRD LiFe > Nasib perokok pasif

Nasib perokok pasif

Assalamualaikum.

Apabila seseorang itu jatuh sakit akibat melakukan aktiviti yang kurang sihat, itu adalah suatu hal yang wajar. Tapi bagaimana pula jika seseorang yang sakit akibat dari perbuatan orang lain? Memang suatu hal yang tak adil. Demikian yang terjadi kepada orang yang terpaksa menyedut asap rokok dari orang-orang sekelilingnya yang merokok.

Menyedut asap rokok orang lain lebih berbahaya jika dibandingkan menghisap rokok sendiri. Bahkan bahaya yang harus ditanggung perokok pasif ini adalah tiga kali ganda bahaya berbanding perokok aktif.

Penyakit yang boleh dihidapi oleh perokok pasif pula adalah hampir sama yang akan dihidapi oleh perokok aktif. Mereka menjadi mudah menghidap kanser, penyakit jantung, paru-paru dan penyakit lainnya yang boleh menyebabkan maut. Mereka yang hidup dicemari dengan asap rokok akan lebih cepat mendapat maut berbanding dengan mereka yang hidup dalam persekitaran udara bersih. Risiko kematian akibat terdedah kepada asap rokok adalah setinggi 15%.

Daripada kajian yang dijalankan terhadap 1263 penghidap kanser paru-paru yang tidak pernah merokok, didapati bahawa mereka yang menjadi perokok pasif di rumah akan meningkatkan risiko terkena jangkitan kanser paru-paru sehingga 18%. Bila hal ini terjadi dalam waktu yang lama, sebagai contoh 30 tahun, risikonya akan meningkat menjadi 23%.

Asap rokok telah diketahui umum mengandung sekitar 4000 bahan kimia, dimana 60 diantaranya boleh menyebabkan kanser. Sebanyak 25% kimia merbahaya yang terkandung dalam rokok akan masuk ke tubuh perokok, sedangkan 75% daripadanya beredar di udara bebas yang berisiko masuk ke tubuh orang di sekelilingnya.

Lebih merbahaya lagi risiko kimia ini menyerap masuk di dalam tubuh perokok pasif lebih besar kerana racun yang disedut melalui asap rokok perokok aktif tidak ditapis. Sedangkan racun rokok dalam tubuh perokok aktif pula ditapis melalui hujung rokok yang dihisap.

Jadi kepada perokok tegar, fikir-fikirkanlah kesan ini. Kalau tidak sayangkan nyawa anda sekalipun, tapi tolonglah fikirkan tentang nyawa mereka yang hidup disekeliling anda.

Categories: WoRD LiFe
  1. nandre
    January 26, 2011 at 11:42 AM

    ya, perokok, tak perokok pon sakit jugak ooo

    • January 26, 2011 at 11:57 AM

      yg masaelahnya, yg tak merokok lagi parah kalo kena asap rokok tu berbanding ngan perokok tegar… aduyaaiiiii…..

  2. ismail haron
    January 27, 2011 at 9:23 AM

    tu yang naya tu, tak buleh nak buat apa la…

    • January 28, 2011 at 8:47 AM

      kesedaran sivik masih kurang kat perokok tegar ni.
      ataupon sekadar buat2 tak tak? entah la….

  3. January 30, 2011 at 4:26 PM

    bagus info ni tuk org yang merokok agar pikirkan org lain gak..mntak sedut info ni yer..

    • January 31, 2011 at 10:46 AM

      sedut, jgn tak sedut..
      yg penting semua aware.. sharing is caring!

  4. anti rokok
    January 20, 2012 at 11:29 PM

    mmg jenis x b’hati perut demo ni….x syg langsung nyawa org t’syg,diri sendiri apalah lagi…

  1. February 22, 2011 at 8:20 AM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s