Home > WoRD LiFe > Entri tribute yg berhabuk

Entri tribute yg berhabuk

Assalamualaikum.

Selamat tahun rayu Cina diucapkan kepada semua kenalan yang menyambut perayaan ini.

Minggu lepas banyak jugak perkara yang berlaku. Bersempena cuti CNY, pasti kesempatan itu diambil oleh rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Aku pon sama, turut mengambil kesempatan menuju ke destinasi kampung halaman di Kuantan.

Apa yang meriahnya kat sana, hampir kesemua kaum keluarga juga pulang bercuti di kampung. Jadi meriah seketika rumah dengan sorak sorai dan kerenah cucu-cucu MJ Clan. Kesempatan bersama sanak saudara sebegini memang seronok, banyak perkara boleh dijadikan topic berbual, kutuk-mengutuk dan bergurau senda. Sempat gak la buat BBQ kecil-kecilan sampai muka pon rasa cam nak hangus kena bahang api.

Aku pulang ke kampung pada petang Khamis 3/1/11 yang mana selepas menghadiri majlis perkahwinan rakan baik aku semasa study di UiTM Kelantan dan Shah Alam dulu iaitu saudari Syuhairi. Memang member kamceng aku sejak dari dulu lagi nih, jangan main-main. Haha. Majlis berlangsung nun di dewan jamuan Masjid Wilayah Jalan Duta. Alhamdulillah akhirnya bergelar isteri juga ko wahai Puan Syue. Tahniah dan semoga kekal hingga ke anak cucu.

Dan selepas habis majlis aku terus vroom balik kampung dengan kelajuan 110km/j lurus. Hahaha. Luangkan 2 hari dikampung sambil lepak-lepak berkongsi cerita ngan mak dan abah. Sempat gak aku merempit ke sana sini ngan moto baru abah, Modenas CT100. Tak sangka aku minat beliau kat alam 2 roda ni memang mendalam. Umur dan masuk 74 tahun, tapi still minat pasal moto nih. Bagus la, Honda C70 abah tu pon dan berusia 28 tahun, patut2 la tukar moto baru. Memang hardcore beliau nih. Patut la kuahnya tumpah kena kat aku, giler motor. Huhuhu.

Pagi sabtu aku pon gerak pulang ke Shah Alam semula dek kerana takutkan jalan jem kalo balik ari Ahad. Tapi tu diaaa, ari Sabtu pun dah start jem. Layan je la. Janji selamat sampai sudah. Alhamdulillah.

Minggu ni juga menyingkap beberapa perkara yang menarik. Entry ni aku tujukan jua buat rakan lama yang sama-sama bekerja di PLF dulu iaitu saudari Suliana a.k.a Som Jer Jer. Beliau telah selamat melahirkan seorang babygurl yang comey. Tahniah Sulie, dah cukup sepasang.

Begitulah serba sedikit sorotan hidup aku dalam 2 minggu ni. Takde benda nak update, cerita simple-simple sudah. Layaannnnn…

Categories: WoRD LiFe
  1. joannapingky
    February 9, 2011 at 3:03 PM

    Hi amien7, your entri tribute yg berhabuk post is really one particular of the most beneficial substance that :-bd.
    Dont forget to visit back my blog (http://downloadmp3indonesia.net/), glad to meet you… Thanks…,Best!!!🙂

  2. ismail haron
    February 10, 2011 at 8:42 AM

    abuk siket ja bang…

    • February 10, 2011 at 9:18 AM

      abuk sempena raya cina… smlm dh siap lap2 sampei bersih.. huhu

  1. December 30, 2011 at 4:54 PM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s