Home > WoRD LiFe > Zam Motor

Zam Motor

Assalamualaikum.

Melalui forum Malaysian Bikers Community (MBC), aku terjumpa satu topic yang menarik. Ianya berkenaan dengan pembukaan sebuah kedai motorsikal di Seksyen 23, Shah Alam yang baru sahaja beroperasi dalam 3 bulan dan dimiliki seorang pemuda Melayu berusia awal 30-an.

Bengkel ini bernama Zam Motor dan merupakan bengkel Melayu sepenuhnya yang beroperasi di sekitar Shah Alam. Jadi aku ingin menyeru semua warga pengguna motosikal untuk menjadi pelanggan dan menyokong perniagaan orang Melayu kita kerana sebelum ini kita pernah menyokong perniagaan kaum Cina dan terbukti mereka sudah pun berjaya. Kini bila ada peluang yang dibuka oleh orang kita, tak salah untuk kita sama-sama menyokong. Bukan bersifat racist, tetapi dek kerana mereka saudara se-Islam kita. Lagipun di Shah Alam, cuma ada 2 atau 3 bengkel sahaja yang diusahakan oleh orang Malayu termasuk bengkel ini.

Aku pun dah baiki motor kat situ semalam dan apa yang aku dapat rumuskan mekanik ni memang bagus. Selain peramah, kerja-kerja dia memang teliti, cermat dan baik. Siap kasi nasihat-nasihat berguna mengenai penjagaan enjin lagi. So far aku berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Dia tukar lining brake blakang pun siap basuh dan cuci hub gantang brek tu dulu. Harga pun berpatutan. Memang terbeekkk!!

Sedikit maklumat mengenai perniagaan Zam Motor ni:

1. Servis dan repair motor bawah 250cc. Kalau repair SBK kena tanya tuan kedai dulu boleh buat ke tak.
2. Jual beli motor terpakai (bukan perniagaan utama)
3. Alat ganti spare part yang ‘common’ untuk model2 motor popular
4. Sembur cat (guna compressor)
5. Welding part-part besi.

Hari berniaga untuk bengkel ini ialah setiap hari termasuk Ahad. Tapi untuk hari jumaat, lepas solat Jumaat baru dia bukak bengkel. Waktu operasi pulak bermula dari jam 9 pagi sampai 9 malam. Brader tu cakap “Pukul habiss”. Jadi mari kita sama-sama menyokong perniagaan orang kita.

Alamat:
Zam Motor. No.96, Jalan pelabur A,
23A Seksyen 23,
40300 Shah Alam, Selangor.

Landmark: Pasaraya Carrefour baru di tepi highway LKSA, dekat Uptown seksyen 24. Ada deretan kedai 4 tingkat di situ, kedai ini di bahagian belakang bukan mengadap highway. Ataupun nak senang lagi bangunan belakang Seng Heng seksyen 23.

Layaannnnn….

Categories: WoRD LiFe
  1. sarjit Gill
    February 17, 2011 at 3:30 PM

    aku rajen pi kedai repair keta kat sek 23 tu, kedai org Melayu la, sebelah bank rakyat ja…

    • February 17, 2011 at 5:03 PM

      haaa… dah dekat dah tu bro.
      kalo hang nak repair moto pi la hantaq kat sana.
      bengkel tu blakang kedai seng heng tu ja… huhu

  2. sarjit Gill
    February 18, 2011 at 9:51 AM

    ok bang..aku pon nak pi kedai keta tu lagi, nak tukaq lampu belakang…

    • February 18, 2011 at 10:26 AM

      jgn lupa tukaq enjin skali, kasi masuk enjin pajero. kah kah kah

  3. oki
    August 8, 2011 at 4:21 PM

    saya nak cari kedai sembur moto suzuki best 110 saya.. sape bole tolong..kalau bole saya nak cat berkonsepkan 1 malaysia…

  4. faizal
    March 21, 2012 at 11:35 AM

    salam… kalau aksesori ke, nk repair kawasaki er6 boleh?

    • March 21, 2012 at 3:18 PM

      W’slm bro. kalo aksesori tk berapa byk bro, owner baru nk start niaga.

      Bab er6 tu tk pasti la, kena singgah tanya sbb aku tk penah nampak lagi er6 masuk situ. takat sym 200 ada la…

      • faizal
        March 22, 2012 at 9:05 AM

        ok2.. thnks for the info bro…
        nti saye singgah sembang2….

        thnks…

  5. Mamak
    April 19, 2012 at 2:07 AM

    yes…kedai member aku dah masuk blog la.. orait.. aku dah biase repair motor kat kedai ni.. mmg best..tp jgn push sgt brader2 kat sini nak cepat.. nak hasil cantik..bgla mase k.. insyaAllah baik.. ada moto cc besar buat..450 cc ada klu x silap.. atas pun ada kot.. tp kene tny owner dl la k.. kapcai x de hal la.. kite majukan bukan sbb melayu tau..tapi islam..k.. dtg la ramai2..

  6. April 19, 2012 at 11:17 AM

    Kedai member ko ke bro? Hahaha, saje la aku promote2 kat blog aku.
    Bukan senang nak jumpa bengkel melayu Islam area tengah2 bandar shah alam ni.
    So aku kasi la support sket.. hehe

    • Mamak
      April 22, 2012 at 6:58 PM

      yela…xpe elokla tu.. tp mmg org kate mahal ckit..tp bg aku puas ati..mahal bkn sbb ape…diorg xde sparepart…kene bli kat kedai lain..so harga pun atas angin je ambk.. tp keje puas ati.. klu osakkan pun bkn kehendak kite…bnd nak jadi.. diorg bt yng terbaik jela

  7. iqbal
    June 26, 2012 at 7:10 PM

    dier padan adjust lc x??

  8. iqbal
    June 26, 2012 at 7:11 PM

    diorg pandai baiki moto lc x??

    • Mamak
      August 30, 2012 at 3:14 AM

      bley buat…tny brader BOY org pggl…die bley set cun punye

  9. samel
    December 27, 2012 at 10:26 AM

    Nak jual Ninja 250r reg Oct 2011, harga RM 13,000 boleh nego lagi. Nak tak? Motor elok..xpenah jatuh..warna hitam, msih standard…

  10. RASOL
    March 11, 2013 at 4:06 PM

    Nak service & repair virago ada sahabat boleh britau tak?

  11. April 29, 2013 at 10:54 PM

    asslalamualaikum..mahu baiki motor fz boleh x

    • Mamak
      May 15, 2013 at 11:47 PM

      boleh..superbike pun ade masuk

  12. shah
    July 2, 2013 at 9:43 PM

    salam…
    kedai ad jual box givi yang 27 liter ker…
    ingt nk p kedai….
    thnks…

  13. July 6, 2013 at 12:41 AM

    salam, nk tny, moto 135lc ad jual x??…bpe harga die jual??…

    • Mamak
      July 26, 2013 at 6:12 AM

      Tiada

  14. Kamal
    October 1, 2013 at 4:05 PM

    Syarikat saya ade 3 buat motosikal Modenas Kris MN100E untuk di jual;
    BKE6632 RM300, BKG8677 RM500, BKH5802 RM600… sila hubungi saya jika berminat 0163314144 Kamal

  15. bassman
    November 2, 2013 at 2:32 AM

    SBK tu ape bro?

  16. ammar
    November 26, 2013 at 10:58 PM

    bro. kalau nk modified nimota,kasi cantik skit. i mean nk custom moto, kedai tu boleh buat? kedai lain ade?

  17. hakim
    October 18, 2015 at 11:41 PM

    salam bro, cat moto biase brpe hrga dan brpe hari le siap? time ksih

  18. Akhim
    March 9, 2016 at 2:39 PM

    Bro , kalau motor nimota city sport 125 dia ada spare part tk ?

  19. Adie
    April 1, 2016 at 1:23 AM

    Bos nak tolak 135LC ES 2011 terima tak?

  20. Malas
    April 2, 2016 at 9:00 AM

    Assalamualaikum..
    Smalam aku jatuh moto. Jatuh sendiri sb jalan licin. Skg tgh mncari kedai yg boleh press T bearing fork utk 135LC. Workshop ni boleh buat x..? Atau dia anta kt engineering luar pn x kisah la, janji boleh buat. Moto kampeni beb.. Dan, mahal sikit xpe asalkan puas ati..

    • Malas
      April 2, 2016 at 10:14 AM

      Lps kol phone number yg d beri kat atas. Satu xde dlm talian, satu lg asik awek je yg jawab.. Kena usya bgkel dulu ni.. Kang bawak² moto kang xleh buat ke, kedai tutup ke.. Dh la sukar nk d kawal moto ni.. Fork T bearing dh kengkang..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s