Home > WoRD LiFe > Azizulhasni si hati kering

Azizulhasni si hati kering

KORAT, Thailand – Semangat juang yang tinggi menjadi azimat buat jagoan negara, Mohd. Azizulhasni Awang untuk menamatkan saingan final acara keirin pada Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di Velodrom Manchester, London awal pagi semalam.

Sekalipun betis kirinya tertusuk serpihan kayu velodrom selepas dia terjatuh akibat pelanggaran dengan empat lagi pelumba, Azizulhasni masih mampu bangkit dan kembali meneruskan perlumbaan yang menyaksikannya meraih pingat gangsa.

Ketika insiden malang itu berlaku, Azizulhasni terjatuh bersama empat lagi pelumba yang lain iaitu Jason Niblett dari Australia, Kamil Kuczynski (Poland), Edward Dawkins (New Zealand) dan Juan Peralta Gascon (Sepanyol) ketika mereka bersaing di selekoh terakhir.

Ternyata semangat kental yang ditunjukkan pelumba berusia 23 tahun ini telah memukau penonton yang hadir bagi menyaksikan acara yang cukup dinanti-nantikan itu yang dimenangi pelumba sensasi Britain, Chris Hoy.
Selepas insiden tersebut, Azizulhasni terus dikejarkan ke Hospital Manchester Royal

Infirmary untuk mendapatkan rawatan dan difahamkan, dia akan menjalani pembedahan kecil bagi mengeluarkan serpihan kayu kira-kira sepanjang 20 sentimeter itu.

Azizulhasni yang lebih dikenali dengan gelaran The Pocketrocketman, kini merupakan pelumba No. 1 dalam acara keirin dan sedang memburu tiket untuk beraksi pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London. Pada temasya Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China, Azizulhasni berjaya meraih pingat emas dalam acara keirin.

“Saya juga tidak tahu Azizulhasni terkena serpihan kayu itu sehinggalah dia menamatkan perlumbaan. Perkara ini cukup mengejutkan seluruh pegawai dan pelumba-pelumba Malaysia,” kata ketua jurulatih, John Beasley.

P/S: Try tengok video youtube eksiden ni. Dengan selamber je dia bangun dan kayuh semula untuk tamatkan perlumbaan. Memang hati kering betul mamat ni. Kambate!!

Categories: WoRD LiFe
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s