Home > WoRD LiFe > Kalimah Allah dalam kopi Radix

Kalimah Allah dalam kopi Radix

SUBHANALLAH… Pada 6 Julai 2009 anak kepada sahabat HPA Zabidah Bt Man (Salak Tinggi) iaitu bendahari komuniti Nilai telah menemui objek kalimah Allah di dalam kopi Radix HPA.

Pada jam lebih kurang 6.20 pagi anak perempuan Pn. Zabidah iaitu Nurul Atiqah Habidin (17 tahun) telah membancuh kopi Radix untuk sarapan adik beliau (Mohd. Afiq Hafizuddin Habidin-11 tahun) yang dikatakan kurang menggemari kopi radix. Selepas itu, Nurul terus menaiki bas untuk ke sekolah lebih kurang jam 6.30 pagi.

Manakala Mohd. Afiq yang diminta oleh ibunya minum kopi radix tersebut, tiba-tiba memanggil ibunya kerana melihat objek kalimah Allah (6.50 pagi) pada buih kopi Radix. Lantas Pn. Zabidah bergegas dan terkejut terus memanggil suaminya (Habidin Mat) dan mereka sempat merakamkan gambar seperti yang kita lihat di atas.

Pn. Zabidah, selalu berpesan kepada anak-anaknya supaya membancuh kopi radix dengan kaedah mengacau kopi radix arah lawan jam dan membaca selawat syifa’. Beliau sehingga menitiskan airmata dengan kejadian yang berlaku dan dikatakan barulah Mohd. Afiq menggemari kopi Radix.

Subhanallah, inilah yang dikatakan keberkatan bulan Rejab dan secara kebetulan mereka sekeluarga berpuasa sunat Rejab kecuali Mohd. Afiq.

P/S: Entri ini aku tujukan khas buat saudaraku Nandre The Legend selaku peminum tegar kopi Radix. Alhamdullilah.

Sumber: Buaya merah blogspot

Categories: WoRD LiFe
  1. legend
    February 22, 2011 at 10:38 AM

    subahanallah, inilah berkatnya produk Muslim dan mengandungi herba tumbuhan semulajadi.

    Gunakanlah produk ini demi menjaga kesihatan badan.

    makaseh saudara amien yang mengabadikan nama aku dalam entri kali ini.

    • February 22, 2011 at 11:04 AM

      sharing is caring bro.

  2. legend
    February 22, 2011 at 10:40 AM

    itulah berkatnya kopi Radix…
    marilah beli kopi Radix dengan harga diskaun… melalui akaun aku.

  3. legend
    February 22, 2011 at 3:35 PM

    makaseh bang amien…

    • February 22, 2011 at 4:44 PM

      same-same adek nandre. 8)

  4. legend
    February 23, 2011 at 9:12 AM

    apa email rasmi opis hang?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s