Home > WoRD LiFe > Apa itu NCD?

Apa itu NCD?

Assalamualaikum.

Harini aku nak bercerita topic NCD. Rasanya ok gak topic ni dibukan sebab ada sebahagian daripada kita yang tidak begitu faham pasal perkara ni. NCD (No Claim Discount) bermaksud diskaun/bonus yang diberikan oleh pihak insurans/takaful kepada pemilik polisi kenderaan kerana tiadanya tuntutan pada tahun tersebut. NCD (Non Claim Discount) juga satu masa dahulu digelar sebagai NCB (Non Claim Bonus). Kedua-duanya adalah sama.

Biasanya tuntutan yang dibuat adalah kerana pemandu mengalami kemalangan jalanraya dan membuat tuntutan daripada syarikat Insurans. Tapi sekiranya tahun yang berikutnya tiada tuntutan, maka kadar NCD akan menjadi semakin besar.

Berikut adalah kadar NCD sekiranya tiada berlaku tuntutan: –

Tahun pertama 0%
Tahun ke-dua 25%
Tahun ke-tiga 30%
Tahun ke-empat 38.33%
Tahun Ke-lima 45%
Tahun ke-enam dan seterusnya 55% (maksima)

Sebagai contoh, anda telah mempunyai NCD sebanyak 55% dan pada tahun itu anda ada membuat tuntutan, maka NCD anda pada tahun hadapan akan jatuh menjadi kosong (0%). Manakala pada tahun yang berikutnya akan meningkat menjadi 25% dan seterusnya sekiranya tiada berlaku tuntutan.

NCD di atas adalah untuk kenderaan persendirian. Untuk motosikal dan kenderaan perdagangan, kadar NCD pula seperti berikut:

Tahun pertama 0%
Tahun kedua 15%
Tahun ketiga dan seterusnya 25% (maksima)

Beberapa isu berkenaan dengan NCD:

1. Status NCD

Sekiranya anda mempunyai NCD sebanyak 55%, dan pada tahun tersebut anda telah menjual kereta anda dan tidak menggunakan NCD tersebut kepada mana-mana kereta anda yang lain. Soalan yang biasa ditanya ialah apa akan jadi dengan NCD kereta saya, jika saya tidak menggunakannya selama 1 th, 2th…seterusnya?

Jawapannya: NCD kereta anda itu akan berkurangan dari satu tahap ke satu tahap sehingga menjadi kosong. Misalnya; jika anda tidak menggunakanya untuk setahun, maka NCD akan menjadi 45%, jika tidak menggunakan selama 2 tahun, ianya akan turun menjadi 38.33%…begitulah seterusnya sehingga tahun ke-lima dimana NCD menjadi 0%

2. Pindahan NCD

Pindahan syarikat insuran/takaful

Sebenarnya NCD kereta anda boleh dipindahkan daripada satu syarikat ke syarikat yang lain tanpa kurang. Misalnya, pada tahun ini anda mengambil insurans kereta dengan syarikat A dan NCD anda adalah 25%. Sekiranya pada tahun hadapan, anda telah bertukar syarikay insurans/takaful kepada syarikat B, maka NCD anda tadi boleh dipindahkan daripada syarikat A kepada syarikat B.

Pindahan ke kenderaan lain

Satu jenis pindahan lagi ialah pindahan daripada satu kereta kepada kereta yang lain tetapi syaratnya adalah bahawa pemilik kereta adalah sama. Misalnya anda mempunyai kereta kancil (NCD 55%). selepas itu, anda membeli sebuah lagi kereta BMW baru (NCD 0%).

Maka untuk menjimatkan kos insurans/takaful kereta BMW anda itu, anda boleh memindahkan NCD daripada kereta kancil tadi kepada kereta BMW anda. Banyak wang yang anda dapat jimatkan!

Sharing is caring!!

Categories: WoRD LiFe
  1. legend
    February 24, 2011 at 2:12 PM

    betul tu, keta aku dah 55% pon… sama jugak dgn motor aku dah 25%….

    • February 24, 2011 at 2:36 PM

      itu aku sgt pasti sedara.
      ngan kadar kelajuan 80kmj untuk kete dan 70kmj untok moto, nescaya NCD ko akan pegi ke tahap maksima.
      well done, good job bro!!! keh keh keh

  2. legend
    February 25, 2011 at 10:02 AM

    bayangkan aku beli keta tu tahun 2000 dan motor tahun 2004..
    mana tak dapat NCD seumpama itu? hehehe..

    • February 25, 2011 at 10:38 AM

      moto aku dah maksima sampai 25%, cuma kete je la baru 30%.
      ada claim pasai langgaq bontot kete org dulu2… wahhahhaaha

  3. yanty
    February 25, 2011 at 11:24 AM

    tue la pasal..kalu tak dah 85%..kekekeke.

    • February 25, 2011 at 2:24 PM

      mana ada 85% cek oooiiii…..
      blajaq kat mana tu smpai 85& ??
      yang ada camni ja:

      Tahun pertama 0%
      Tahun ke-dua 25%
      Tahun ke-tiga 30%
      Tahun ke-empat 38.33%
      Tahun Ke-lima 45%
      Tahun ke-enam dan seterusnya 55% (maksima

  4. yanty
    February 25, 2011 at 4:26 PM

    laaaa…orang gurau je..tau la..nk wat lawak pun tk leh ke??

    • February 25, 2011 at 4:51 PM

      hahahahahha…. nak wat lawak pi masok raja lawak la.. kui kui kui

  5. legend
    February 28, 2011 at 9:30 AM

    hahahahaha, raja lawak hahahhaahaha..

    Yantie, malam nie jangan masak utk dia.

    • February 28, 2011 at 9:45 AM

      dia bergurau je tu… saja la kenakan dia.
      dia mmg suka raja lawak, dia suka kumpulan KOPIO… haahahaha

  6. sanji
    September 4, 2011 at 7:02 PM

    nk tanya pasal kes 1 tu…mcm mana ncd bleh kurang??bukan ke makin tinggi klau kita kekal imej yg baik..kenapa klau kita xguna,makin kurang lak ncd..mcm makin rugi je…

    • September 5, 2011 at 8:52 AM

      Kes 1 tu kes bila owner jual kete n NCD tu tk digunakan utk kete lain. so tiap tahun NCD tu akan jatuh hingga kembali jadik 0%.

      Baca betul2 geng. huhu 8)

  7. zam
    September 28, 2011 at 8:44 AM

    salam bro amin..
    tumpang tanya, percentage tue kiraan ambik daripada mana tue bro?…
    daripada harga market kereta tu ke atau daripada mana?…contohnya NCD tahun nie 45%, 45% tue dikira drpd mana?..contohnya tahun sblumnya kita bayar insurance rm1000 sbb ncd 38.33%, jd tahun nie ia semakin akan berkurangan kan?
    mcm mana nak kira…bleh bg contoh atau formula tak..
    konpius skit

    • September 28, 2011 at 11:20 AM

      Percentage NCD tu mmg dah ditetapkan oleh pihak insurans. memang tu la dia punya peringkat2 diskaun utk NCD start dari 0% sampai maksima 55%.

      Kalo sekiranya tak eksiden n takde wat claim insurans utk tahun tu, maka tahun dpn diskaun persen NCD ni akan lagi naik. so bayar insurans akan lg rendah dari tahun sblmnya.

      TQ. 8)

  8. musafir
    September 28, 2011 at 1:37 PM

    Ya, kalau kita dah claim accident kat insurance, maka NCD kita akan jadi kosong % balek… seperti mula-mula ambek. Masa aku study Diploma in Business Studies (insurance) – BM115 kat ITM shah alam (1996-1999), aku didedahkan dengan semua aspek insurance dan risk management. termasuk dengan transportation, life, indemnity, dsb.

    maka rate NCD nie memang dah ditetapkan oleh persatuan insurans antarabangsa.

    • September 28, 2011 at 2:27 PM

      Keh keh keh… tak pasai2 hang kena bukak nota2 kelas insurans semula… hehehe

      Tp awat hang tak teroskan je ngaji bab insurans, market luas tu bang. dianggarkan kat malaysia ni hanya ada 20% je rakyat yg melanggan insurans. kalo kena gaya buleh hidop senang juai insurans ni brader…. 8)

  9. chuck yg comel lagi kiut tahap mak bapak
    March 9, 2012 at 5:10 PM

    kalau aku dahjualmoto tu aku bleh bawak keluar tak tunai kan NCB nie.. denga kata bleh dan dah cuba pun memang bleh ahhaha..persoalannya skang nie macam mana pengiraaan nya..??? dan berapa yg aku akan dapat??.

    • March 9, 2012 at 5:29 PM

      Pertama skali: muntah weeiiii aku baca nickname ko tu. wahahaha..

      Setahu aku la jarang org tunaikan NCB ni, kalo transfer ke insurans kenderaan baru ada la. tapi since ko dh cuba, ko kena tanya sendiri la ngan wakil insurans tu berapa hengget boleh cash-out. sbb diaorg yg lebih arif pasal kiraan tu, aku tak arif, ariffin pun bukan. wahaha…

  10. hairul bin karim
    May 21, 2012 at 12:46 AM

    saya telah kehilangan kereta kancil pada bulan dis 2011 ncd saya telah mencapai 55%….baru baru nie saya telah beli sebuah kereta baru syarikat insurans yang sama….soalan saya
    1.adakah saya boleh pindahkan ncd kancil saya ke kereta baru saya…sekiranya boleh dan bagaimana perlu saya lakukan.
    2.adakah saya boleh membuat tuntutan ncd dengan wang tunai
    3.adakah ncd itu sama dengan pampasan ganti rugi kerana kereta hilang….maksud saya ncd boleh klim dan insurans boleh klim.
    4.insurans saya uniasia insurans

  11. azmi
    July 15, 2013 at 6:49 PM

    Y ncd tibe2 hilang…ada sape2 kne x.

  12. iema
    August 27, 2013 at 9:09 PM

    salam ..let trangkan ta cmne pengiraan .

    Berapakah premium yang saya perlu membayar?
    Jumlah premium yang anda perlu bayar mungkin berbeza-beza setiap tahun bergantung kepada tanpa tuntutan diskaun (NCD) dan keperluan pengunderaitan syarikat insurans seperti usia kenderaan dan pengalaman tuntutan.

    Sebagai contoh:
    ā€¢ Perlindungan standard: Premium untuk jumlah diinsuranskan untuk kenderaan dengan CC
    ā€¢ Kelayakan NCD:
    ā€¢ Perlindungan Tambahan: untuk perlindungan cermin

    Anggaran jumlah premium (termasuk duti setem dan cukai perkhidmatan jika ada) yang anda perlu bayar ialah

  13. Imkickers
    September 13, 2013 at 9:08 PM

    Salam Bro,

    NCD >Pindahan ke kenderaan lain

    NCD yang dah dipindahkan kenderaan lain ok tetapi bro bagaimana dengan NCD untuk kancil tu.. NCD 0.00% balik kn? rugi la kancil bayar full insurans kan..

  14. nano
  15. aida
    April 28, 2014 at 11:55 AM

    nak tanye… tahun pertama insurance kete dh di claim.. maka NCD jd 0% kan… so tahun ke-2 kena langgar lg.. boleh claim insurance sendiri tak? NCD dh 0% ni…cmne???

  16. amz
    July 8, 2014 at 1:21 PM

    tumpanga tanya tuan admin,saya ni slow skit masih gear 1,kih3,NCD ni,berbentuk rebate ke macam mana ya?adakah pembayaran insuran makin berkurang tahun demi tahun@mengikut % ncd?

  17. sham
    December 2, 2014 at 3:14 PM

    kalau saya ada kenderaan 1.3 (tak nak jual) ncd kereta 1.3 saya nk bawa ke kereta baru saya boleh ke?

  18. miza
    February 14, 2015 at 2:38 PM

    admin nak tanye sket.. saya amek kete baharu tahun 2014.. so roadtax akan renew tahun 2015 kn.. dapat NCD x? tq.šŸ™‚

    • February 23, 2015 at 9:09 AM

      Tahun ke-dua 25% utk NCD cik miza

  19. aizat
    August 8, 2015 at 3:30 PM

    kalau NCD ada 25% tapi bayar full takde diskaun sebab tak bawak cover insurance.and then nak claim balik boleh ke?

  20. CDR
    October 31, 2015 at 6:41 PM

    nk tanya soalan, sy kpjual kereta dn NCD 55%, skarang pihak proton kata kita x boleh dh pindahkan NCD ke kereta baru, jd dia akan pulangkan duit, cuma sy x paham mcmana dia kira nilai pulangan itu..ada sape bleh tlg jawab, dn pd siapa sy harus tanya..adakah pd pihak insuran bg bayaran yg terakhir kita buat..L

  21. Amin
    November 27, 2016 at 8:49 PM

    Untuk pertama kali renew insurns gn rotex da NCD x..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s