Home > WoRD LiFe > Maharaja Lawak

Maharaja Lawak

Siapakan layak digelar MAHARAJA LAWAK???

SEBAIK sahaja program Raja Lawak musim kelima melabuhkan tirai, para peminat masih terus dapat menyaksikan adegan yang lebih mencuit hati. Kali ini, menerusi Astro Warna (saluran 132), sebuah program lawak baru diperkenalkan.Ia diberikan nama Maharaja Lawak bakal menggegarkan penonton dengan telatah lucu yang terdiri daripada peserta bekas juara dan finalis Raja Lawak.

Maharaja Lawak masih menggunakan konsep hampir serupa dengan lima musim Raja Lawak sebelum ini tetapi ia menghimpunkan barisan pelawak yang sudah mempunyai peminat tersendiri. Program ini bakal mendapat sambutan paling hangat dan ditunggu-tunggu kerana hanya bekas juara dan finalis Raja Lawak yang layak menyertainya.

Program yang bakal dikendalikan oleh bekas pengacara Akademi Fantasia, Dato AC Mizal itu merupakan sebuah lagi program pencarian pelawak terunggul di kalangan yang terhebat. Setiap peserta yang sudah berpengalaman dalam komedi akan berentap sekali lagi untuk berebut gelaran juara Maharaja Lawak dengan habuan wang tunai RM300,000, tempat kedua RM200,000 dan ketiga pula RM100,000. Program yang akan ditayangkan pada setiap hari Jumaat bermula 1 April ini akan menemui penonton pada pukul 10 malam terdiri daripada Yus & Tauke, Johan & Zizan, Nabil, XN3, Sepah, Jihan, Amir, Kecik & Idlan dan Alex.

Kelainan yang ditonjolkan oleh Maharaja Lawak ialah nasib para peserta bukan lagi ditentukan sepenuhnya berdasarkan pemarkahan seratus peratus undian penonton melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Sebaliknya, setiap peserta akan diadili oleh penonton sebanyak 50 peratus manakala selebihnya akan diadili oleh juri tetap. Seperti biasa peserta yang mendapat markah paling rendah bagi setiap minggu akan disingkirkan.

Dalam pada itu, program ini turut memberi kelonggaran kepada peserta sama ada secara berkumpulan atau solo seperti Jihan, Amir, Alex dan Nabil. Antara peserta yang telah membuat keputusan untuk bergabung ialah pasangan pelawak terkenal Johan & Zizan.

Jangan lupa saksikan Maharaja lawak pada hari Jumaat bermula 1 April jam 10 malam.

P/S: Raja Lawak memang rancangan televisyen kegemaran aku sejak dari musim yang pertama lagi. Aku lagi terhibur tengok rancangan ni kalo nak dibandingkan ngan program2 lain. Tapi Maharaja Lawak mungkin akan lagi power dari Raja Lawak. Tungguuuuuu…..

Categories: WoRD LiFe
  1. yanty
    March 4, 2011 at 11:03 AM

    kat isteri tak de kredit ke??dia yang mintak sambung astro warna tue..hahahaha…

    • March 4, 2011 at 11:37 AM

      org bagi cadangan je, blom suruh sambong lagik. hampeh.
      padahal dia yg nak tgk citer hindustan kelentong tu… huhu

  2. Surti Tejo
    March 4, 2011 at 5:42 PM

    DIA tue refer to wife la…bukan you..ish ish ish…

  3. BOROI
    March 6, 2011 at 7:12 PM

    SEPATUTNYA AMIR NGAN IDLAN X PERLU MASUK… LAWAK SIAL, LAWAK BENGONG…. LEBIH BAIK MASUK KUMP. CHAMP. MEROSAKAN NAMA MAHARAJA LAWAK ITU SENDIRI… AMIR, IDLAN BLAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH

    • March 7, 2011 at 10:03 AM

      betul2.. idlan tu aku ok la, bleh terima.
      tapi amir??? adoooiiii… takde kualiti lawak langsung!!

  4. yanty
    March 7, 2011 at 10:37 AM

    Idlan tue aku ok la??apa tue???tak paham…

    • March 7, 2011 at 11:15 AM

      amien7 :
      idlan tu aku ok la, bleh terima.

      maksudnya lawak idlan tu bleh terima lagi la dek akal pikiran ni.
      tapi amir??? cuma puan yanty sahaja yg meminatinya… huhuhu
      sama2 kita fikirkan dan selamat beramal… keh keh keh

  5. yanty
    March 7, 2011 at 2:30 PM

    AMBOI AMBOI AMBOI…SAPA YANG SELALU UNDI AMIR TUE???HABAQ MAI SAT…BUKAN ABANG KE SELALU UNDI DIA..BELUM START DIA WAT PERSEMBAHAN ABG DAH UNDI…HAHAHAHA

    • March 7, 2011 at 3:15 PM

      dah la, takyah nak kelentong la…. dia yg suka amir nak pass kat org plak.
      amir ngan kopio, memang peberet diaaaaaa…. hahaha

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s