Home > WoRD LiFe > Pakai la glove

Pakai la glove

Assalamualaikum. Ride motor? Wajib pakai helmet kan?

Lagi hensem pakai helmet then pakai jaket kulit plak. Bertambah-tambah gaya hensem. Tapi kalo sarung skali ngan glove, perghhh memang macho la beb, kalah hero remaja. Hahaha.

Tu dia sessi psycho diri bagi seorang rider tegar semacam aku. Bagi aku dah pakai jaket tebal, helmet, glove baru ada keyakinan nak ride motor pegi mana-mana. Sekurang-kurangnya safety tu ada la sket untuk mengelakkan daripada sebarang kemungkinan yang akan berlaku semasa menunggang motor.

Fungsi sarung tangan a.k.a glove itu sebenarnya sangat jelas, iaitu memberikan perlindungan pada bahagian jari, telapak tangan, dan bahagian atas pergelangan tangan dari berbagai kecederaan sekiranya jatuh dari motor. Perlu diingat bahawa seorang bikers dua roda ni adalah sangat terdedah terhadap segala bentuk kecelakaan. Hanya dengan sedikit hilang keseimbangan badan, riders boleh jatuh tersungkur mencium bumi.

Jadi pada kebiasaan pergerakan yang paling cepat dari manusia ialah berusaha untuk menahan posisi jatuh dengan refleks menggunakan telapak tangan. Sebagai contoh kalo anda sedang berjalan dan tersepak batu, apabila jatuh sudah semestinya tangan menjadi anggota pertama menahan diri daripada jatuh.

Jadi keadaannya sama jika menunggang motor, sarung tangan diperlukan oleh seorang biker bagi melindungan telapak tangan daripada terkoyak dan terluka jika jatuh di atas jalan tar yang kasar itu. Kalo dah telapak tangan koyak, macam-macam keje takleh nak buat bro. Nak makan susah, nak pegang bini susah, nak pulas throttle pun susah, nak basuh berak lagi la susah bang… Naya naya…

Jadi laburkan sedikit wang anda bagi membeli sarung tangan supaya dimasa depan anda tidak menderita menanggung kecederaan sekira berlakunya kemalangan. Dan adalah lebih afdal sekiranya sarung tangan ini disertakan sekali dengan pemakaian riding gear untuk keselamatan diri seperti jaket kulit, full-face helmet, pad tangan dan kaki adalah antara alatan penting bagi menjamin keselamatan diri anda.

Pandu cermat, iingatlah orang yang tersayang!!

Categories: WoRD LiFe
  1. legend
    March 8, 2011 at 10:57 AM

    jadilah macam amien dan aku… memang guna sarung tangan bila bawak motor, panash atau hujan, tetap dgn pelindung tangan nie…

    • March 8, 2011 at 11:16 AM

      nan, hang dah beli ka pad lutuit??
      berguna tu, kalo jatuh safety utk cover lutuit hang.
      time boring2 hang buleh layan korner cecah lutuit kat area lim kok wing tu.. hehehe

  2. legend
    March 10, 2011 at 12:12 PM

    betui jugak tu, kat putrajaya ada beberapa cornet yang syok layan:

    1. Corner Lim kok wwing
    2. Corner hospital
    3. Corner kat presint 11
    4. Corner kat presint 1 (ada signboard Putrajaya atas bukit)

    ini memang akan nampak divider besi tu bengkok dan ada yang senget, disebabkan oleh hentakan muncung keta dan motor…

    • March 10, 2011 at 1:43 PM

      aku paling syok layan corner lim kok wing
      korner tu bentuk ‘S’ memang layan.
      paling laju aku penah layan 110kmj. kah kah kah…

  3. amy
    March 14, 2011 at 9:03 AM

    kalu rider pompuan pulak camner eh? nampak pelik pulak kalu pakai baju kurung pastu dgn glove dan jeket kulit…

    • March 14, 2011 at 9:16 AM

      biar nampak pelik asalkan jgn dua2 tapak tangan koyak kene seret jalan tar.
      nak basuh berak pon pedih wooooooooo…..

  4. legend
    March 14, 2011 at 12:22 PM

    itu tak menjadi masalah, sebab benda nie dah jadi common untuk pompuan yang bawak motor tetiap hari pi opis.

    keselamatan diri dan anggota badan lagi penting dari nampak pelik di jalan raya..

    sebab ramai aku tgk pompuan yang layan jaket hitam atau jaket lain dan ada yg layan glove nampak jari sikit demi keselamatan diri sendiri…

    Bini aku pon aku suruh dia buat camtu… selamba ja, pakai cover muka lagi.. visor hitam… tak nampak muka pon…kehidupan kat KL ni kena selamba, macam org pi keja naik bas la kat KL… smart bukan main tapi naik bas…. tak kan boring namanya tu, tapi demi menjimatkan kederat bawak keta, elok dia naik bas atau komuter, buleh tidoq…

  5. legend
    March 14, 2011 at 12:25 PM

    jangan la malu nak pakai glove, ini dah jadi adat org yang bawak motor pi keroje..
    Kalau kat kampong ye la, benda ni tak biasa.. Kalau kat area KL, shah alam, putrajaya, org yang bawak motor kecik pon pakai jaket kulit, dan pakai glove… ini selamatkan diri sikit… ada confident.

    tak rugi pakai glove walaupon dia ambek masa sikit…

    tgk kes ragut atas motor, kalau dia pakai glove ka? jaket ka? sekurang-kurangnya selamatkan diri dia sikit berbanding tanpa menggunakan peralatan keselamatan nie.

    Oleh itu, jangan abaikan keselamatan diri berbanding kita naik keta.

    Tanyalah diri sendiri demi keselamatan kita dan anak kita. pikior-pikior le yong

    • March 14, 2011 at 2:09 PM

      amboiih, pekat bebenor loghat deme.. tak kepahaman aku membacanye.. huhu
      tapi betui bebenor la yeop, safety tu kena ada setiap masa, lebih2 lagi bagi org2 y bawak motor tegar macam kita ni.
      org bawak motor ni ibarat macam timun dgn durian berbanding ngan kenderaan lain.
      tergolek kita sakit, digolek pon sakit.
      so berhati-hatilah setiap masa yeop.. wassalam

  6. amy
    March 14, 2011 at 2:07 PM

    fuyoooo..panjang lebar betoi penerangan en legend….timo kasih yer…

    • March 14, 2011 at 2:11 PM

      en legend a.k.a nandre harrison merupakan seorang penjaga utub khanan nun di hujung putrajaya.. huhuhu

  7. legend
    March 14, 2011 at 3:16 PM

    ya amy, sama-sama sebab ingin berkongsi keselamatan kita bersama…

    welcome to the club of perdana alumni of putrajaya

  8. legend
    March 14, 2011 at 3:17 PM

    yeop, bahase teman nie org buleh paham lagi…
    takdenye susah pon… kome buleh paham le

    • March 14, 2011 at 4:03 PM

      betui betui betui

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s