Home > WoRD LiFe > Kepentingan Helmet

Kepentingan Helmet

Sebut tentang helmet, umum mengetahui ianya ada sebagai satu kewajipan bagi setiap penunggang motosikal yang mana ianya berfungsi sebagai alat keselamatan yang penting untuk melindungi kepala. Sekiranya berlaku kemalangan, helmet berfungsi untuk melindungi kepala daripada kecederaan.

Aku juga penunggang motosikal. Dan helmet merupakan peralatan wajib aku setiap kali menunggang. Selama lebih kurang 12 tahun aku menjadi penunggang motosikal, sudah pelbagai jenis helmet aku miliki. Kebanyakannya dibeli demi menjaga keselamatan dan selebihnya kerana ianay mempunyai design yang cantik.

Tapi tahukan anda selain menggunakan helmet untuk keselamatan, ada dikalangan kita yang mempunyai pemikiran sedikit kreatif dalam penggunaan helmet. Mari sama-sama kita kongsikan:

Kegunaan pertama:

Bagi makcik-makcik yang selalu pergi pasar, kalau tak ada bakul boleh la pinjam helmet anak-anak untuk menggantikan fungsi bakul. Letak ikan, ayam, dan sayur-sayuran dalam helmet tu.

Kegunaan kedua:

Musim perayaan mesti nak guna mangkuk yang besar-besar kan? So, guna la helmet untuk menghidang makanan seperti rendang, soto, nasi dagang, nasi minyak dan macam-macam lagi.

Kegunaan ketiga:

Bagi yang suka jalan-jalan ukur jalan, mesti lenguh kan asyik berjalan. Nak duduk tak ada tempat. So gunalah helmet sebagai kerusi mudah alih.

Kegunaan keempat:

Masa nak mandi gayung pulak pecah. Belasah la ambik helmet gantikan gayung.

Kegunaan kelima:

Istimewa buat anak-anak dan mak-mak dara, time goreng ayam ke…ikan ke.. tak nak bagi minyak tu kena muka pakai la helmet. Safety first!!

Banyak lagi kegunaan helmet ni sebenarnya, sila fikirkan dengan menggunakan kreativiti anda!!

P/S: Apa la ko mengarut ni setannn!!!!

Categories: WoRD LiFe
  1. legend
    March 18, 2011 at 8:53 AM

    pendek kata, helmet adalah satu aksesori yang wajib dan memang patut dipakai ketika naik motor. Org buat keroje kat tapak pembinaan pon guna safety helmet. org kerja kat pelantor minyak pon guna helmet, org main american football pon guna helmet ada besi kat depan lagi…

    so, gunakan helmet. helmet Apollo adalah satu jenis helmet yang mat motor sekarang suka guna termasuk helmet seteng.

    p/s: helmet aku visor hitam…..

    • March 18, 2011 at 9:00 AM

      helmet apollo atau MS88 takyah pakai la bro.
      takde kualiti langsung, dah berapa ramai eksiden smpai helmet tu pecah macam buah tembikai je.
      beli la yg berkualiti, bior mahal janji kepala ada selamat… adios.

  2. legend
    March 18, 2011 at 2:40 PM

    bukan aku yang guna, tapi aku cerita yang mat mat motor suka pakai benda ni..

    aku sendiri pon tak guna helmet tu…tak guna, tadak keselamatn langsung

    • March 18, 2011 at 2:58 PM

      Yaa… aku lupa yg hang pakei helmet power rangers chermin gelap.. hahhaha

  1. November 28, 2013 at 3:27 PM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s