Home > WoRD LiFe > Pelanduk 7 serupa

Pelanduk 7 serupa

Adoiiii… Rasa malas nak menulis, dah lama betul tak update blog. Bukan kerana sibuk, tapi dek kerana penyakit MALAS yang bersarang dalam kepala, badan, tangan, dan kawasan yang sewaktu dengannya.

Bila tengok blog geng-geng lain semakin aktif, tubik semula la keinginan nak mem-blog. Cuit sana, godek sini cari informasi. Haraammm takde benda nak cerita. Nak cerita pasal politik kang lain jadinya. Cerita pasal video se*s kang maunya kena ISA aku ni. Em, blasah je la topic apa-apa pon janji hidup blog ni.

Ok, arini cerita pasal pelanduk 7 serupa. Kenapa 7 serupa? Emm… setahu aku la, dalam dunia ni ada 7 manusia yg muka seakan-akan sama ngan kita. Ntah betul ataupon tidak, aku tak tahu. Aku dengo pon dari orang-orang tua, blasah je la labu.

Masa aku study dulu abang senior dok raging kami. Aku pon terkona skali. Diaorang dok cakap muka aku sama macam Hasnol. Sapa tu? Majistret? Lawyer? Pekerja loji kumbahan? Oh no no no, Hasnol tu ialah seorang penyanyi era 80-an yang terkenal ngan muzik techno. Lagu femes dia ialah Laguku Untukmu. Kalo korang tak hingat, aku kasi sket chorus lagu dia yang paling femes nih:

Kembalilah kasih kepada diriku
Hidupku sepi tanpa kehadiranmu
Dengar rayuanku jeritan batinku
Masih dahagakan kemesraanmu
Hanya kau yang ku cinta tiada kedua
Usah biar ku menderita

Jadi aku google la sket nak tengok muka dia camne. Google punya goole, aku dapat la keputusannya. Hasnol sekarang dah agak berumur, jadi korang bandingkan la tahap ‘kesamaan’ wajah aku ni. Ntah iye ntah idak. Korang komen je la kat kotak komen tu. Hahaha.

Chow!!

Categories: WoRD LiFe
  1. sue
    March 30, 2011 at 11:39 AM

    hahaha ada rupa ko lah..tang hidung paling sebijik! aku ni muka sapa ye? hahaha

    • March 30, 2011 at 11:49 AM

      muka ko serupa ngan cikgu sekoloh tadika aku… wahahhahha

  2. legend
    March 30, 2011 at 12:26 PM

    aku beli kaset Hasnol ni masa aku form 4 tahun 1993.. aku beli tape dia kat pasar minggu, bawah lembah, kuale kangsor… tepi sungei perak… ada lagi aku simpan kat Tepen. masa tu harga dia RM 4.00 saja…

    • March 30, 2011 at 1:36 PM

      i like….. huhu

  3. legend
    March 30, 2011 at 12:27 PM

    Huda nie muka Qalesya tu la.. hahahaha

  4. legend
    March 30, 2011 at 12:27 PM

    Hasnol penyanyi dari sarawak popular pada tahun 1993 la…..

    • March 30, 2011 at 1:37 PM

      yup, betui tu nandre. lagu paling femes dah semestinya ‘laguku untukmu’.
      aku buleh nyanyi habes lagu ni, kira aku ni sejiwa la ngan hasnol… hahahaha…

  5. legend
    March 30, 2011 at 2:03 PM

    layan lagu nie, dia punya muzik yang syok dengaq tu, suasana macam kat pedalaman sarawak la. aku buleh imagine lagu dengan suasana persekitaran.

  6. legend
    March 30, 2011 at 2:54 PM

    Amien, Poco-poco diharamakan oleh Mufti Perak….

    • March 30, 2011 at 3:13 PM

      yup bro. dah kuar kat kosmo, aku dh boh kat fb pon…
      sapa la yg suka poco-poco tu? pelik betui aku…..

  7. aTan
    March 30, 2011 at 8:44 PM

    nie bukan pelanduk 7 serupa..,kalo kambing 7 serupa mungkin kot…

    • March 31, 2011 at 8:38 AM

      hahaha… cam syiallll je komen…

  8. amy
    March 31, 2011 at 9:15 AM

    lebar muka je yang serupa, lain tak de…hik..hik..

    • March 31, 2011 at 9:30 AM

      lebar muka takpe, jgn lebar usia sudaaa….. hahaha

  9. myasara
    April 1, 2011 at 11:40 AM

    aku lak nak komen..
    tang hidung tu yang sama.satu lagi yang sama..cermin mata..hahaha

    • April 1, 2011 at 2:51 PM

      alamak, kak qalesya suda bersuara daaaaaa….

  10. legend
    April 1, 2011 at 3:13 PM

    Qalesya kalau bersuara, seumpama macam Kids and Cash… kapten cash

    • April 1, 2011 at 4:35 PM

      ye ke? bukan kapten boleh ke? hahahaha

  11. myasara
    April 13, 2011 at 12:46 PM

    qalesya? eii tlg la..lain sgt la..lagi satu qalesya tu cam gedik jer..tak sesuai ngan aku..aku kan kerek..haha

    • April 13, 2011 at 1:44 PM

      fuyoooo chekgu myasara sudah mula menunjukkan belangnya..
      tapi aku agak keliru ngan statement ‘kerek’ tu? betul ke? hehehehe

  12. umiey_chaierah
    October 22, 2011 at 7:27 PM

    kt mne agknye yg srupa nan saie ni ?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s