Home > WoRD LiFe > Telur tiruan!!

Telur tiruan!!

Petikan akhbar Kosmo Online:

GEORGE TOWN – Pejabat Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri bertindak merampas sebanyak 270 biji telur ayam yang dipercayai tiruan di tiga buah premis di Pasar Pulau Tikus di sini semalam.

Dalam serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa KPDNKK kira-kira pukul 10.30 pagi itu, sebanyak 90 biji telur ayam ditemui di setiap premis tersebut. Difahamkan, semua pemilik premis berkenaan memperoleh telur ayam yang mempunyai saiz luar biasa itu daripada dua pemborong yang berpangkalan di negeri itu.

Malah, peniaga juga mendakwa, mereka tidak dimaklumkan mengenai ketulenan telur yang dibekalkan oleh pemborong berkenaan sebaliknya hanya menjual seperti telur biasa pada harga RM11 bagi setiap 30 biji.

Ketua Pegawai Penguat kuasa PPDNKK, M. Guna Selan berkata, pihaknya bertindak merampas kesemua telur tersebut untuk dikaji ketulenannya. Menurut beliau, pemeriksaan ke atas tiga buah premis menjual telur tersebut dilakukan berdasarkan laporan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berhubung isu tersebut kelmarin.

“Kami segera membuat pemeriksaan ke atas premis-premis yang didakwa menjual telur tersebut. Kami akan mengambil sampel telur itu untuk dibawa ke makmal dan keputusannya akan diketahui dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Perghhh.. Sekarang bukan takat motor, kete tiruan je yang ada, makanan tiruan pun dah boleh dihasilkan. Memang giler ah. Kalau mee segera tu memang sah-sah la banyak benda kimia kat dalamnya. Tapi semalam punya berita lagi gempak, ada pulak telur tiruan dirampas oleh pihak berkuasa. Memang takleh hidop lama la kalau termakan benda-benda camtu.

Jom kita tengok camne plak aktiviti menghasilkan telur tiruan ni kat China.

Telur tiruan di china

Banyak terdapat kes-kes keracunan makanan direpot di tanah besar negara China. Pada tahun 2001 terdapat 185 kes keracunan makanan melibatkan 15,715 penduduk dan menyebabkan 146 kematian. Jumlah kes bertambah dua kali ganda pada 2002. Pada 2003 jumlah kes yang dilaporkan adalah 10 kali ganda dari tahun 2001 dan jumlah yang terlibat mencecah 29,660 termasuk 262 kematian. September 2008 hampir 53,000 kanak-kanak di negara china sakit akibat pencemaran susu dan 4 kematian.

Di China terdapat sekolah khas yang mengajar teknologi menciplak atau mencipta semula sesuatu, termasuk telur juga telah dibuat sendiri dengan menggunakan bahan kimia, sama apabila digoreng dan dikatakan paling popular sekarang.

Step 1: Modulation of raw materials

Using 7 kinds of chemical materials. Fake egg was made from calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum and other chemical products.


Step 2: Egg production

Raw egg into the mold to 2/3 full, put calcium chloride, colouring die, the egg appears on the film been announced.

The ‘yolk’ is shaped in the round mould. ‘Magic water’ containing calcium chloride is used. By adding a yellow pigment and become raw egg yolk.


Step 3: Fake egg shape

In the mold into 1 / 3 raw egg white, like the first package, like dumplings into the egg yolk, egg white into another, into the magic water, a shell eggs will come slowly. Naked egg shape to 1 hour to dry after washing with water, at shells ready.


Step 4:

Sewing lines through the use of eggs, immersed in paraffin wax, calcium carbonate, such as modulation of the eggshell into a solution, repeated several times until the shell a little dry, immersion in cold water pumping line shape, this point, the egg has been put on a false cloak, You’re done.

Oh yeah The Egg is ready. The artificial egg shell is very fragile and break easily but who cares!! Look so real!

Many small bubbles is formed during frying the egg but not many people can tell the difference. The egg look exactly the same, and the eggs taste better than real but you are adding to the statistic of food poisoning person. Why make fake eggs? Because of money. The cost of fake egg is only 0.55 Yuan/kg, while the true eggs’ market price is 5.6 Yuan/kg. Wow, so much difference!!!

Let’s share this article so that all of us aware about this issue. Sharing is caring!!

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT: Sila ambil tahu mengenai isu ini supaya anak-anak generasi kita tidak disuap dengan makanan yang boleh membahayakan kesihatan dan akal fikiran.

Categories: WoRD LiFe
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s