Home > WoRD LiFe > Fenomena Usop Wilcha

Fenomena Usop Wilcha

Assalamualaikum.

Sebut je nama Syed Mohamad Asri Syed Osman, sapa yang kenal? Hareemmm..

Tapi cube la deme sebut Usop Wilcha, teman rase satu Malaysia kenal benor dengan dia ni. Kalo tak kenal, memang nampok benor nipunyeee. Huhuhu.

Sekarang ni dah makin giler pulak merebak fenomena Usop Wilcha kat Malaysia. Kalo tengok kat Facebook, blog ngan forum, rata-rata ramai yang menjadikan dialog-dialog Usop Wilcha dalam movie Hantu Kak Limah Balik Rumah sebagai ikutan. Ada saje dialognya tertera di laman-laman berkenaan. Memang kelasss la abg Ucop!!

Kalo korang peminat setia filem-filem Mamat Khalid, pasti sedar kehadiran karekter unik beliau iaitu sebagai bekas penari kebudayaan dengan tangan yang berpusing-pusing macam orang menari serta perwatakan lelaki lembut. Nama sebenar beliau adalah Syed Mohamad Asri Syed Osman tetapi beliau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha dalam filem Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Dek kerana filem inilah yang melonjakkan nama beliau dikenali diseluruh Malaysia.

Kalau kita tengok dia berlakon dalam filem memang tak disangka sebenarnya beliau adalah orang yang sangat berjaya. Ramai orang memerli watak Usop Wilcha ni yang dikatakan merepek dan memandang hina lelaki lembut sepertinya. Namun hakikat sebenar Usop ni bukanlah lembut, cuma lakonannya sahaja yang begitu serius memegang watak lelaki lembut sehingga membuatkan ramai orang hampir terpedaya dengan karekter sebenar Usop di dunia realiti. Padahal dalam dunia realiti lelaki ini merupakan seorang yang serius dan bekerja sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat Minyak & Gas!! Cayalah Usop!!!

Memetik sket quote dari Usop, dia cakap camni:

“Saya bukan pelakon komedi yang selalu buat lawak bodoh. Karakter humor saya dalam HKLBR adalah serius. Dalam set juga saya seorang yang serius. 30 minit sebelum penggambaran saya sudah jadi Usop. Orang lain nak gelak pun saya sudah tak pedulikan. Saya betul-betul serius ketika bekerja. Mungkin watak Usop itu ada ‘sense of humor’. Apabila masuk bidang seni, saya jadi milik masyarakat. Setiap kali berjumpa saya, orang mesti hendak bergambar. Usop sangat sinonim dengan saya. Apabila mereka jadikan saya sebagai idola, ia satu penghargaan yang besar. Bahkan, apabila popular ramai yang mengaku saudara dan kawan sedangkan ketika jatuh dulu, saya hilang mereka.”

Begitulah cerita serba sedikit tentang beliau ni. Semoga abang Usop sentiasa sukses selalu. Terbaaeekkk!!

Morale of the story: Terapkan budaya serius dalam bekerja!! =)

Categories: WoRD LiFe
  1. legend
    April 14, 2011 at 8:52 AM

    ya,

    usop wilcha merupakan seorang yang pandei berbahase perak.

    wilcha merupekan perkataan org puteh yang bermaksud wheelchair.. ate, bile udah sampei ke negeri perak, teman nak kabor nie yong yob oi, bunyinye udah bertukor menjadi wheelcha… bunyi-bunyi macam nie banyak digunekan di belah Parit, Bota dsb.

    Kalo org sane nyebut Kedai bunyinye Keda….. hurup I nye udah ilang.. itulah ropenye kome semue oiii!

    • April 14, 2011 at 9:11 AM

      tapi perkataan perak yg paling best bagi aku sudah tentunya ‘TEPEN’. hahaha

  2. April 14, 2011 at 8:57 AM

    kita ‘bako’ je..(sambil gerak2kan tangan) hehe..
    Dialog ‘ce..cerita’ dalam cite tu mmg sll aku ngan kwn2 guna masa sekolah dulu.
    ‘ce’ adalah singkatan untuk ‘cuba’..dulu kitorang sll guna dialog camni,
    ‘ce..try,tengok!’ maksudnya ‘cubalah’..

    ate,kami kan orang perak yoep!

  3. April 14, 2011 at 9:02 AM

    en nan dia punya loghat lain..dia guna belah utara.taiping disebut tepen.suka makan begedei..hehe..

    • April 14, 2011 at 9:06 AM

      kah kah kah… skali nandre sudah kena main daaaa…

  4. legend
    April 14, 2011 at 5:12 PM

    Walopon aku dok kat Tepen, aku laher kat Kuale Yong,
    dan tentule loghatnye loghat kuale…perak tengah.

    teman selalu gune ‘Cho’ try..–> cho try… cube le tu maksudnye.

    dah mengaji kat Tepen, make, bunyi cakapnye pun udah tukor le…
    mealinkan teman mengaji dan dok kat Kuale juge, make, loghat kuale
    le bunyinye…

  5. legend
    April 14, 2011 at 5:13 PM

    macam mane pon, aku buleh gune loghat perak dan loghat utare…hehe
    begedei tu sebabnye aku menikah dengan org bukan loghat perak..
    teman kan suke makanan org lain… cho kome try cho kome try

    • April 14, 2011 at 5:22 PM

      koi pulok laher dekat pahang, tapi belajo dekat kelantan.
      doh campor2 pulok la bahasa koi. kejap pahang kejap kecek klate.

      pastu koi kawen ngan org kedah. aduh meh sini nak habaq mai. macam2 loghat cek buleh cakap… donia.. donia….

  6. legend
    April 15, 2011 at 10:28 AM

    itu le baguih yeop yong,

    deme buleh belajor banyak bahase, lagi lueh pengetahuannye.. macam teman nie hah, istri teman org jawa, teman belajor le cakap deme plak.. Macam Huda ke? sulie ke? deme nie buleh cakap jawe, org puteh buleh, melayu buleh,

    Teman kenei org qlate, kecek qlate, kenei org nogori, kecek nogori, kenei org kedah penang perlih, cakap utare… tak kan baguih namenye tu.

    • April 15, 2011 at 10:35 AM

      baguih dok ada hang nih!!
      huda ngan sulie buleh ckp jawa sbb depa mmg org jawa.. hahaha

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s