Home > WoRD LiFe > Isu sisa radioaktif kat Pahang

Isu sisa radioaktif kat Pahang

Radioaktif: Penduduk Kuantan sokong halang Lynas

KUANTAN, 21 Mac: Usaha Pakatan Rakyat menghalang operasi sebuah kilang dari Australia yang memproses nadir bumi (rare earth) atau logam lathanides yang mana sisanya boleh mengeluarkan radioaktif di kawasan industri Gebeng di sini, mula mendapat sokongan ramai.

Kelmarin, kempen “Halang Lynas! Selamatkan Kuantan” yang diketuai Naib Presiden PKR Fuziah Salleh yang bermula di Pasar Tani Kuantan berjaya mengutip 500 tandatangan orang ramai. Sementara dialog pada sebelah petangnya di Kuantan Comfrim Centre dihadiri lebih 300 penduduk tempatan.

Lynas Corporation Ltd merupakan syarikat milik penuh Australia yang akan beroperasi hujung tahun ini memproses lathanides iaitu bahan yang digunakan sebagai bahan pembuatan mentol lampu jimat tenaga, bateri kering serta pelbagai produk teknologi moden. Manakala bahan mentah pula akan dibawa masuk dari kuari milik Lynas di Pergunungan Weld, New South Wales sebelum diproses di Gebeng.

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, jika kilang tersebut beroperasi, jika berlaku sesuatu kebocoran sisa radioaktif itu bakal membahayakan penduduk serta generasi akan datang.

”Apa yang tidak diketahui kebanyakan orang bahawa elemen-elemen sumber asli itu sebenarnya berpotensi menghasilkan kadar radiasi peringkat rendah dan sederhana akibat penghasilan sisa radioaktif. Sebab itulah pihak pemaju industri ini memerlukan lesen khas dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) sebelum memulakan operasinya”.

“Persoalannya mengapa Lynas yang sebelum ini beroperasi di negeri China telah pun terpaksa beralih tempat untuk memproses bahan tersebut sehingga terpaksa mencari lokasi baru. Kenapa Lynas juga enggan memprosesnya di negara mereka sendiri, Australia. Kenapa? Kerana kedua-dua negara tersebut telah sedar kesan buruknya. Kenapa mereka sanggup membawa bahan tersebut ke Malaysia?”.

Menurut Fuziah, sebelum ini pada bulan Julai 2007 Kerajaan Negeri Trengganu telah menolak untuk membenarkan kilang tersebut beroperasi di Telok Kalong, Kemaman, selepas mengkaji isu-isu keselamatan yang membabitkan nyawa manusia serta maklumbalas daripada pelbagai badan NGO. Namun begitu pada 24 Ogos 2007 MIDA mengenalpasti lokasi baru di Gebeng, Kuantan dan Kerajaan Pahang pula menjadi pak sanggup menerima projek tersebut.

Menurut Fuziah lagi, sejarah hitam industri pemerosesan lathanides telah pun berlaku sekitar awal 1990an di Bukit Merah, Perak di mana syarikat usahasama dari Jepun yang mendakwa menggunakan teknologi pemperosesan bahan tersebut telah gagal menguruskan sisa buangan industri mereka dan mengakibatkan pencemaran alam sekitar.

Akibat radiasi sisa buangan radioaktif tersebut, kata Fuziah, telah meningkatkan kadar kejadian kanser, kelahiran bayi pramatang dan cacat malah kes keguguran bayi meningkat secara mendadak melebihi kadar purata yang direkodkan di peringkat kebangsaan. Justeru penduduk setempat telah menjadi mangsa serta hidup merana. Setelah puas menentang, akhirnya mahkamah membatalkan lesen syarikat terbabit.

”Memanglah syarikat-syarikat seperti itu menjanjikan keselamatan masyarakat dan kebersihan alam sekitar menjadi keutamaan mereka. Pernah saya jumpa Menteri Besar Pahang dulu bila saya utarakan persoalan ini, beliau juga yakin kebocoran tidak akan berlaku”.

“Tapi apakah mustahil setelah lama beroperasi kemungkinan kejadian-kejadian seperti pelupusan sisa secara haram dilakukan. Malah, kemudahan penyimpanan sisa buangan sementara seperti yang dituntut peraturan juga mungkin tidak lagi menjadi keutamaan. Sisa-sisa mungkin akan dibiarkan secara terbuka dan mendedahkan bahaya kepada masyarakat dan alam sekitar”.

“Kita sudah ada bukti timbulnya masalah sebelum ini di Bukit Merah Perak di dalam industri yang sama. Tambahan pula di negara kita ini penguatkuasaan memang menjadi masalah. Masalah pembuangan sampah merata-rata pun kita susah nak buat penguatkuasaan. Jadi saya khuatir bagaiamanakah kita mampu melaksanakan penguatkuasaan dalam kes ini yang melibatkan sisa radioaktif merbahaya”.

Fuziah mengandaikan jika berlaku kebocoran di tempat penyimpanan sisa buangan sudah tentu akan mencemarkan Sungai Balok yang kemudiannya akan mencemarkan ikan-ikan dilaut China Selatan.

“Kuantan merupakan pengkalan penangkapan ikan yang terbesar didalam Negara. Ikan-ikan dari Kuantan dihantar ke Pasar Borong di Selayang yang kemudiannya di hantar ke pasar-pasar dan ke restoran-restoran seluruh negara”.

“Saya sendiri membangkitkan perkara ini di parlimen baru-baru ini memandangkan projek ini yang begitu sensitif terhadap keselamatan orang awam dan berisiko tinggi, saya menggesa Ketua Pengarah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar supaya mengarahkan satu kajian Detailed Environmental Impact Analysis (DEIA) yang kemudiannya perlu pula dipamerkan kepada orang awam selama 40 hari untuk maklum balas”.

“Walaupun projek ini mungkin tidak memerlukan DEIA dilakukan tetapi demi memastikan keselamatan awam tidak rugi sekiranya pihak Kementerian membuat kajian yang lebih teliti sebelum projek ini dimulakan. Keselamatan orang awam, bayi dalam kandungan dan generasi akan datang yang terancam tidak boleh di gadaikan,” katanya.

Ulasan:

Aku bukan nak bercerita pasal politik.

Tapi aku nak kupas isu apa yang jadi dalam petikan artikel di atas. Cerita pasal nak buat loji sisa radioaktif kat Kuantan ni dah lama dah ada. Cuma sekarang ni baru tersebar luas kat masyarakat umum. Kat internet banyak la berita ni keluarkan, tapi kat newspaper aku tengok relax je takde langsung cerita pasal ni. Mungkin ada golongan yang berkepentingan yang backup isu ni kot. Sapa tahu?

Selaku rakyat Pahang dan Malaysia amnya aku menyatakan pendirian tidak menyokong projek jutaan ringgit ini. Sebabnya senang je, korang nak bina loji sisa radioaktif kat Malaysia? Kepala hotak. Benda-benda berbahaya camtu korang nak campak kat Malaysia ni, nanti satu hari jadi benda-benda yang tak sepatutnya macam radiasi ke, yang nak menanggung derita anak generasi kita orang Malaysia gak.

Bodoh punya manusia. Yang beri lesen kebenaran untuk buat loji kat situ pon sama je mangkuk hayunnya. Kepala otak ada tanak guna, tau nak mentekedarah duit je kejenya. Cisss!!

Categories: WoRD LiFe
  1. legend
    April 19, 2011 at 8:38 AM

    selamat kan Malaysia
    selamatkan pahang
    selamatkan anak-anak kita

    • April 19, 2011 at 9:19 AM

      Ya TQ nandre, aku bercakap demi utk generasi baru kita.

      Ya Allah yang Maha Kuasa
      Lanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia
      Dirgahayu Darul Makmur
      Aman dan bahagia sentiasa abadi
      Ya Allah selamatkan kebawah Duli Raja kami

  2. legend
    April 19, 2011 at 8:39 AM

    Sapa nama MB Pahang?

    Sapa nama PM Malaysia?

    Sapa nama Menteri alam sekitar?

    Sapa nama Menteri sains dan teknologi?

    • April 19, 2011 at 8:48 AM

      sapa pon nama menteri tu tak penting.
      yang penting depa mesti ada otak, buleh fikir!!

    • sue
      May 9, 2011 at 5:01 PM

      alamak bukan depa suma tu org pahang ka? huhu sedeyyyyyyy

      • May 9, 2011 at 5:05 PM

        Tak kisah la org mana pon, bila otak letak kat lutut camni la jadiknya sue.

        Ntah berapa juta la kena sogok sampai projek bahaya camni pon bleh lulus. Memang betul2 boleh-land…

    • sue
      May 10, 2011 at 2:04 PM

      yelah amien…hurmm x nak fikirkan org lain camnilah jadinya

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s