Home > WoRD LiFe > Wajah baru Puduraya

Wajah baru Puduraya

Hentian Puduraya.

Sebut je nama ni dah terbayang kat kepala aku tempat yang sesak, serabut dan berasap-asap tak hingat punya. Maklum la hentian bas eskpres.
Sesak tu satu kebiasaan dan bila sampai kat sana lautan manusia dapat disaksikan. Bermacam-macam jenis orang yang ada kat Hentian Puduraya tu. Ada yang sibuk berlari nak naik bas, ada yang menunggu bas dan ada juga ulat-ulat tiket yang sedang mencari mangsa-mangsanya. Hahaha. Memang bingit, tetapi nak buat macam mana. Itulah satu-satunya hentian bas di ibu kota Kuala Lumpur.

Jadi memang tepat keputusan kerajaan untuk menaik-taraf Hentian Puduraya yang dah terlalu uzur, sesak, tidak teratur serta kotor yang sudah pasti membuatkan para penumpang berasa tidak selesa. Dan malu gak bila difikirkan kalau-kalau ada pelancong dari luar yang menggunakan perkhidmatan kat sini. Memang malang la, macam-macam benda negative boleh disaksikan kat sini. Kerja-kerja menaik taraf Hentian Puduraya di mulakan pada 1 Mac 2010.

Kini Hentian Puduraya akan beroperasi semula pada Sabtu 16 April 2011. Semuanya berwajah baru. Nampak lebih teratur dan selesa. Satu pemandangan yang baru di Hentian Puduraya. Kelihatan lebih cantik dengan rekabentuk yang moden dan elegan yang sudah pasti membuatkan semua pengguna bas ekspres, teksi dan kenderaan awam lain gembira dan puas hati. Antara penambahbaikan di Hentian Puduraya:

1) Surau yang lebih besar dan selesa
2) Lif yang lebih baik dan efisien
3) Tempat permainan kanak-kanak
4) Sistem siar raya
5) Ruang menunggu berhawa dingin
6) Tandas yang lebih bersih

Wajah Hentian Puduraya dulu.


Hentian Puduraya berwajah baru.

Jadi diharapkan dengan penambahbaikan yang dilakukan ini dapat memberikan satu keselesaan kepada semua warga kota yang menggunakan perkhidmatan di sini. Semoga bersama-sama dapat menjaga kebersihan dan kemudahan yang ada demi untuk kebaikan semua.

Sumber: Shaffik.com

Categories: WoRD LiFe
  1. sulie
    April 19, 2011 at 10:06 AM

    tetiba aku rase teringin nk naik bas…dh bertaun aku x naik bas…huhuhu

    • April 19, 2011 at 10:17 AM

      sama la kita, aku pon dah bertahun tak naik bas.
      jgn kata bas, basikal pon dh bertahun lamanya tak naik. kah kah kah…

  2. legend
    April 20, 2011 at 9:10 AM

    Aku last naik bas kat Puduraya rasanya tahun 2003 kot… bukan apa, shah alam dah bukak tiket bas .. direct shah alam ke simpang, taiping, so, aku decide naik kat sek 17 saja… lagi senang dan dekat nak pi. tak perlu nak pi Kl dan jalan kaki plak ke puduraya..

    kaki pau pon ramai, kaki sapu pon ramai… tu yang maleh tu…
    aku memang cuba elak kalau bawak beg besaq lalu kat area tu… tapi apa kan daya, balek dari kampong untuk menuju ke ITM. kena la turun kat situ.

    sebelum tu aku tak tau yang ada tiket dari shah alam ke Taiping…
    sejak itulah aku gunakan sek 17 saja sebagai stesyen bas kegemaran ku.

  3. legend
    April 20, 2011 at 9:13 AM

    pengalaman aku masa kat Puduraya:

    masa tu tahun 2000 kot, aku nak balek kampong la, ramai student student ITM yang tgh tunggu bas kat atas platform tu la…sebab cuti semester.

    aku dok kat depan brader nie. dia letak tepon dia tepi dia ja… sekelip mata, mamat tu cari tepon dia hilang entah ke mana. aku rasa ada org turun atau dok kat tepi tangga turun ke bawah telah sapu brader tu punya tepon…

    Naya ooooooooo, org bukan tau sapa yang ambek…

    so, hati-hati la bila kat Puduraya.

  4. legend
    April 20, 2011 at 9:20 AM

    Tapi bila lepak kat Puduraya, ianya satu suasana yang kadang-kadang seronok dan kadang-kadang serabut, yang seronoknya, bila time budak-budak ITM cuti, mesti penoh ja Puduraya tu. buleh kenai la, muka-muka budak ITM.

    ada yang balek sorang, ada yang balek dengan kawan-kawan, ada yang balek dengan pakwe atau makwe.

    begitulah seronoknya Puduraya. lepak kat surau tingkat atas, dalam area parking keta.

    syok ooooo..

    Cumanya, situ banyak penyangak dan mat indon dan lain-lain.. asap bas banyak, panash jugak kat belah bawah, dan ada budak-budak mintak sedekah dan duit, sebab depa kata takda duit nak balek kampong. betui ka ni?

  5. April 20, 2011 at 12:07 PM

    huyooooo panjangnye deme mengomen entry teman ni.
    jenoh teman nak membacenye yoeb… aduyaiii…
    terima kaseh la ataih cerita tentang pengalaman deme tu.
    teman sunggoh2 hargainye demi utk pedoman dan panduan hidop.

    jadi marilah kita mengambil ikhtibar ataih pengalaman yg diraih oleh saudaraku yoeb nandre nih.
    sesunggohnya beliau bak umpama tangki ayor syarikat syabas yg mane sunggoh penuh dengan pelbagai pengalaman dan pengetahuan.
    baguih dok ada saudara nandre ni, menyuluh bak umpama pelita minyak tanah. huhu..

  6. legend
    April 20, 2011 at 4:35 PM

    Its my pleasure my brother.

    • April 20, 2011 at 4:42 PM

      pleasure is good
      pressure is not

      enjoy your life!!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s