Home > WoRD LiFe > Jangan makan nasik lemak, obesiti…

Jangan makan nasik lemak, obesiti…

Garis panduan makanan sihat di sekolah yang dikemaskini dengan memberi tumpuan kepada beberapa perkara baru termasuk kekerapan sesuatu makanan itu dijual, dijangka diedarkan bulan depan untuk dilaksanakan di kantin. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pematuhan garis panduan terbaru itu dapat memastikan amalan pemakanan sihat di kalangan murid dan menangani masalah kesihatan mereka seperti berat badan berlebihan.

“Kalau dulu kita hanya katakan (makanan dalam) senarai ini boleh dijual di sekolah tapi (dalam garis panduan yang dikemaskini), kita kata kena ada kekerapan (yang perlu diikuti), contoh nasi lemak, berapa kali boleh dijual seminggu…mee goreng, berapa kali boleh dijual di sekolah. Itu semua kita akan beri garis panduan yang teliti. Bukan garis panduan secara orang kata am…bahawa terpulang kepada kantin sekolah membuatnya. Oleh itu banyak kantin sekolah tidak menjual makanan yang betul,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Kembara Riang Ria Pemakanan di Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan di Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, hari ini. Liow berkata, garis panduan itu wajib dipatuhi oleh pengendali kantin dan kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan kontrak mereka ditamatkan Kementerian Pelajaran.

Katanya, senarai makanan dalam garis panduan itu meliputi kira-kira 70 makanan utama, telah siap dan akan dibentang dalam mesyuarat bersama dengan Kementerian Pelajaran sedikit masa lagi.

“Senarai itu akan diumumkan kepada semua kantin sekolah selepas dipersetujui Kementerian Pelajaran. Sekarang memang ada senarai dan garis panduan. (Kita) mengemaskini untuk memastikan garis panduan adalah mengikuti masa dan keadaan sekarang. Kini banyak makanan proses yang dulu tiada, sekarang ada vending machine yang dulu tak popular. Sekarang (kita mahu) makanan dan minuman yang berkhasiat sahaja dijual di sekolah,” katanya.

Liow berkata, berdasarkan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menunjukkan kira-kira 86.6 peratus pelajar membeli makanan dan minuman di kantin sekolah, maka adalah perlu kantin sekolah menyediakan makanan yang sihat.

Kajian UKM itu juga menunjukkan bahawa kegemaran pelajar adalah nasi lemak, mee goreng dan nasi ayam manakala makanan segera paling digemari adalah burger, ayam goreng dan pizza.

Liow berkata, penjaja makanan di luar perkarangan sekolah juga perlu mematuhi garis panduan tersebut. Beliau berkata, walaupun obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah rendah berumur enam hingga 12 tahun telah meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007 mengikut kajian, namun keadaan belum sampai ke tahap tidak terkawal.

Katanya, peningkatan ini berkemungkinan besar disebabkan oleh amalan pemakanan tidak sihat dan kurangnya aktiviti fizikal yang mana kajian itu juga menunjukkan 76 peratus kanak-kanak menjalani kehidupan yang tidak aktif iaitu menghabiskan sebahagian besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer.

Kajian UKM juga menunjukkan bahawa hanya 70 peratus kanak-kanak sekolah rendah mengambil sarapan pagi setiap hari sementara 10 peratus kanak-kanak langsung tidak pernah mengambil sarapan. Justeru itu, katanya, Kementerian Kesihatan yang kini diberi ruang di sekolah untuk memberi pengetahuan mengenai kesihatan gigi, akan turut memasukkan aspek cara pemakanan sihat dalam penyampaian mesej kesihatan mereka.

Sumber: Malaysiakini

Wattefak!

Menteri ni takde benda lain ke nak kaji dan buat? Ada ke nak hadkan penjualan nasik lemak kat kantin sekolah supaya budak-budak tak mengalami obesi. Bodohnya!!

Aku rasa menda camni memang tersangat la nonsense. Takdenye la nasik lemak tu boleh jadi punca bebudak sekolah obes. Seiingat aku dulu start sekolah rendah lagi aku disuapkan dengan nasik lemak, mungkin hampir setiap hari! Dan sekarang pon aku still lagi melantak kekadang 4,5 kali seminggu nasik lemak ni tapi takde la pulak jadi obes. Apa la korang sumer orang bijak pandai ni fikir.

Kekadang orang-orang besar ni cakap macam takde otak je. Kalo ye pon ko bimbang budak-budak Malaysia ni obes, yang ko nak had atau haramkan penjualan nasik lemak kat sekolah ni bukan la langkah yang sesuai. Cuba ko tengok sekeliling, merata-rata ada restoran makanan segera yang korang kasi permit untuk dibuka dan dijual kepada umum tumbuh bagai cendawan lepas ujan. Naper ko tak sound je tu dia punca budak-budak obes? Hari-hari mentekedarah burger, ayam goreng, kentang goreng dan yang sewaktu dengannya salah satu sebab boleh jadi obes gak.

Jadi kesimpulannya bukan makanan kat kantin tu yang jadi punca. Ko tak kasi jual nasik lemak kat situ pon diorang buleh beli kat tepi jalan buat bekal la. Baik mansuhkan saja undang-undang bodoh yang tak masuk akal ni. Cuba la fikir dan kesian sikit kat makcik-makcik yang supply nasik lemak kat sekolah tu. Business dah la kecik-kecilan (ayat baru nih), pastu korang tak kasi supply kat sekolah plak. Sian diaorang nak cari makan. Ni berdasarkan pengalaman aku masa kecik-kecik la. Tapi yang restoran makanan segera hak besar gedabak depan mata ko tu yang terang-terang boleh buat orang jadi obes tanak pulak korang sita atau bagi notis jangan jual makanan berkolestrol tinggi. Ada beran?

Pelik kan manusia ni? Semakin maju dunia dah jadi semakin bodoh. Bangkai semut korang nampak, tapi bangkai gajah Afrika yang beso tu korang buleh buat-buat tak tau. Dunia dunia….

Categories: WoRD LiFe
  1. sue
    April 22, 2011 at 4:09 PM

    yelah amien..aku setuju.. aku x mkn nasi lemak ttplah membesar bagai johan ( bukan johan raja lawak tau ) …klu cmani aku nak mkn nasi lemak lah…

    • April 22, 2011 at 5:14 PM

      yaa tq puan sue…
      kekadang bosan dok dengaq depa wat rules yg bodoh2 camni.

      tapi yang penting, hidup nasik lemak!!!

  2. chieyda
    April 22, 2011 at 7:20 PM

    dorang wat rules cmtu sbb ade LEMAK dlm perkataan nasi LEMAK tu..hahaha..x logik sungguh..

    • April 23, 2011 at 11:44 AM

      so kerajaan kena tukar je la nama nasik lemak tu kpd nasik daun pisang.
      settle kes kan mama shida? huhu… blog bila mau buat?

  3. chieyda
    April 23, 2011 at 11:08 PM

    eh nasi daun pisang dah ade..kene carik nama lain..
    Alah..nak wat blog nak cite ape..wat blog masak-masak leh la..saya suka saya suka bak kate mei mei..kwn upin ipin..haha..

    • April 26, 2011 at 8:49 AM

      buat cerita pasal mei-mei pon boleh..
      betul betul betul…

  4. Kylie
    April 25, 2011 at 8:54 AM

    Itulah kadang-kadang orang yang bertanggung jawab tidak menggunakan akal yang waras dalam memperkatakan sesuatu perkara. Ini menamapkkan ketidakbijakan seseorang yang bertanggungjawab. Kalau kita perhatikan, penyebab utama dalam perkara ini adalah IBU-BAPA pelajar itu sendiri yang sering bawak anak-anak makan McD la, KFC la, Pizza Hut la, dsb. Ini merupakan makanan segera yang menghasilkan manusia yang beratnya banyak.

    Jangan disalahkan pengusaha kantin yang menjual nasik lemak menjadi penyebab utamanya. Salah satu sebab mengapa kerajaan Malaysia tidak menyalahkan pengusaha makanan segera seperti yang disebutkan di atas ialah kerajaan dapat Govt Tax dari pengusaha makanan nie. Jadi, tak heranlah mengapa kerajaan lepaskan geng-geng ni, duit dah masuk setiap kali pelanggan membayar bil di kedai-kedai tersebut.

    Serupa juga, kerajaan tak akan salahkan kedai mamak 24 jam tu, sebab ada Govt Tax yang diberikan kepada kerajaan. Kerajaan dah dapat duit, takkanlah nak bising lagi kan?

    Berbanding dengan kantin sekolah tu. So, lebih baik salahkan kantin sekolah.
    Inilah sikap pemimpin yang nak sapu angka 5 tu… hehe. Pikirlah tuan-tuan, macam ni kah mau selamatkan rakyat.

    Tengah heboh kes ni, timbulkan isu lain plak. itulah dia kerajaan Malaysia.
    Ini semua isu-isu yang sengaja ditimbulkan. Serupa jugak la dengan isu rakyat Malaysia terlebih berat sebab selalu makan lewat malam di kedai-kedai 24 jam. Adakah Kantin seKolah menjadi penyebabnya????? Tepuk dada, tanya selera.

    Pikirlah tuan-tuan… pikirlah.

    • April 26, 2011 at 8:52 AM

      setuju ngan pendapat kylie.
      byk lagi isu besar lain yg boleh diaorg fikirkan demi utk kebaikan rakyat.
      takyah la jadikan isu bodoh psl nasik lemak nih.
      sbg contoh: tu jalanraya yg selalu banjir time ujan tu cuba fikir camne nk baiki.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s