Home > WoRD LiFe > Polis hapuskan saman ekor

Polis hapuskan saman ekor

KUALA LUMPUR, 23 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menggunakan lagi sistem perangkap kelajuan, yang menjadi sebahagian daripada punca rungutan mengenai notis saman ekor selama ini.

Sebaliknya Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan bertindak telus dan akan memberi amaran kepada kepada para pemandu mengenai operasi mengesan kelajuan memandu terlebih dahulu.
Sistem perangkap kelajuan menggunakan kamera telah digunakan hampir dua dekad oleh PDRM.

“Kami tidak harus bersembunyi di sebalik belukar. Kami perlu tampil secara terbuka dan menguatkuasakan undang-undang (secara telus),” kata beliau kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Banyak pihak mempertikaikan notis saman yang dihantar ke alamat pemilik dengan ramai mendakwa bukan mereka yang mengendalikan kenderaan ketika dikesan.

Ada yang mewujudkan jawatankuasa atau pertubuhan bukan kerajaan membantah sistem itu, antara Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) yang mahu kerajaan menghapuskan sistem notis saman ekor.

Bagaimanapun kata beliau, jika dikenakan saman pemandu-pemandu terbabit mesti menjelaskan saman. “Kita tidak lagi menyorok balik tiang, kita saman terus dan kalau sudah kena saman jangan lupa bayar,” katanya dipetik Bernama Online.

Khalid membuat kenyataan itu apabila seorang peserta dialog mengutarakan mengenai kekerapan kehadiran polis di jalan raya sejak kebelakangan ini menyebabkan pemandu lebih berdisiplin berbanding sebelum ini di mana ada anggota polis yang menyorok di hujung jalan dan kemudian keluar dari persembunyian dan menahan pesalah trafik.

Khalid kemudian memberitahu sidang media bahawa kehadiran anggota polis secara ketara dalam operasi lalu lintas telah dimulakan tidak berapa lama dahulu. “Jangan terkejut bila kena saman… kita tidak seharusnya menyorok, kita akan keluar dan menguatkuasakan undang-undang,” katanya.

Mengenai usaha PDRM membanteras gejala samseng di kalangan masyarakat India di Selangor, Khalid berkata selain didakwa di mahkamah, polis juga melakukan tindakan pencegahan.

“Tahun lepas 300 orang telah kita tahan di bawah undang-undang pencegahan, tindakan terhadap gangsterisme dibuat secara berterusan itu sebab tidak ada kumpulan kartel jenayah atau mafia yang berkuasa di negara ini,” katanya. Khalid juga berkata PDRM tidak lagi melihat belia dan persatuan belia sebagai pelanggan sebaliknya melihat belia sebagai rakan dan persatuan belia sebagai rakan kongsi.

Sumber: KOSMO

Thanks PDRM. Setelah berbakul-bakul sumpah seranah, protes dan juga bangkangan, akhirnya PDRM buat satu keputusan yang tepat demi untuk kepentingan rakyat. Bukan nak kata la, tapi bagi aku saman speed trap atau saman ekor ni kekadang memang tak fair langsung. Kekadang tak pasal-pasal je kena saman, tapi kita sendiri tak tau bila masanya, kat mana tempatnya. Alih-alih nama dah kena blacklist pasal saman. Cam haremmm…

Jadi harini PDRM amek keputusan untuk keluarkan saman berserta dengan gambar sekali sebagai bukti sekiranya pengguna jalanraya melakukan kesalahan jalanraya. Ya, ini barulah langkah yang betul dan adil. Kalo ada orang nak bertekak lagi, tunjuk je gambo bukti. Baru dua2 pihak puas ati.

Aku pon penah kena saman ekor ni. Kekadang memang rasa bangang je sebab tak tau bila masa kita wat salah tu. Tapi ada lagi sorang polis yang mangkuk hayun, cam gampang je. Cerita ni takde kena mengena ngan saman ekor. Moto aku penah kena saman sebab parking kat tepi laluan penjalan kaki (atas rumput) dengan alasan yang tertulis ‘Road obstruction’. Kepala hotak kau!! Dah bertahun-tahun orang dok parking situ tak penah kena saman pon. Datang polis mangkuk hayun sorang tu buat dajal. Memang nak cari duit.

Watefak khas untuk ko encik polis!!

Categories: WoRD LiFe
  1. legend
    April 29, 2011 at 12:00 PM

    betui la, sebab PM nak guna duit tu untuk pilihanraya, so, polis kena supply duit..
    banyak duit kena taboq kat rakyat, kasi uluq la tu…

    jahat depa nie…saman lama pon keluaq balek, kan naya namanya tu.

    • April 29, 2011 at 2:17 PM

      nak buat lagu mana beb, camni la naseb rakyat yg tertindas.
      biaq kan la depa ngan cara depa, nanti kat akhirat hang jwb la sendiri.

      next entry aku nak post satu entry berkaitan subsidi.
      dikarang khas oleh Ustaz MAZA. huhu…

  2. legend
    April 29, 2011 at 3:42 PM

    dr maza banyak ketengahkan isu yang hot dan sesnsitif.. memang patut hang publish bagi kongsi dengan org ramai. buku dr maza, masa pelancaran kat yayasan perdana, putrajaya tahun lepas, aku pi masa tu… dan la jugak ambek gambaq dengan dr maza tu…

  3. legend
    April 29, 2011 at 3:43 PM

    Ke mana perginya subsidi kami – minda tajdid

    • legend
      April 29, 2011 at 3:44 PM

      dia buat pada bulan julai 2010

    • April 29, 2011 at 3:53 PM

      yup, i like this title.
      nanti aku tampalkan dia punya hasil nukilan psl subsidi.
      memang terbaekkk wooo, mencengkam jiwa wooo sapa2 ‘org besar’ kalo baca…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s