Home > WoRD LiFe > Osama Bin Laden ~ Al-Fatihah?

Osama Bin Laden ~ Al-Fatihah?

WASHINGTON – Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden dibunuh oleh anggota-anggota pasukan komando Amerika Syarikat (AS) di Pakistan malam kelmarin selepas sepuluh tahun diburu setelah dia dituduh menjadi dalang serangan pengganas 11 September 2001 yang menyebabkan bangunan berkembar World Trade Centre (WTC) di New York runtuh.

Osama, 54, terbunuh dalam satu pertempuran dengan komando-komando AS di sebuah rumah mewah bernilai AS$1 juta (RM2.96 juta) yang menjadi tempat perlindungannya dekat bandar Abbotabad yang merupakan lokasi pelancongan, pusat pendidikan dan menempatkan Akademi Tentera Pakistan.

Rumah dua tingkat tersebut yang dikelilingi tembok tinggi dan kawat berduri terletak sekitar 100 meter dari akademi tentera Pakistan dan 60 kilometer dari Islamabad. Empat buah helikopter menyertai operasi serbuan ke atas rumah tersebut. Menurut beberapa pegawai Pakistan di bandar itu, sekumpulan pejuang yang berada di atas bumbung rumah berkenaan melepaskan tembakan grenad ke arah helikopter-helikopter itu.

Jenazah Osama bin Laden yang dibunuh pasukan keselamatan Amerika Syarikat (AS) dalam satu operasi rahsia di Pakistan awal pagi semalam didakwa telah disempurnakan secara Islam sebelum disemadikan di laut.

Petang semalam agak havoc mengenai berita kematian Osama Bin Laden. Ketua kumpulan Al-Qaeda yang berjuang menentang Amerika Syarikat dengan caranya yang tersendiri. Seluruh Amerika dilihat meraikan kemenangan Amerika membunuh Osama ini sehingga dijalan-jalan raya utama kelihatan beribu-ribu orang berpesta meraikan peristiwa pembunuhan suspek pengganas nombor satu dunia ini.

Bagi aku rasanya tak perlu la nak bergembira. Belum tentu lagi sahihnya berita ini. Kekadang Amerika ni banyak sangat propagandanya yang belum tentu sejauh mana akan kebenarannya. Tersiar didalam Kosmo Online harini (3/5,2011) mengenai foto yang dikatakan palsu dimana teknik photo-impose digunakan bagi mengubah wajah Osama supaya kelihatan sudah mati. Em, mainan dunia. Tapi bila dibaca dengan lebih lanjut, pihak Amerika pula dikatakan telah menyemadikan jenazah Osama di laut. Hahaha.. Lawak-lawak.

Apa ke style la semadikan jenazah kat laut? Aku rasa ini adalah sekadar helah pihak Amerika untuk mengaburi mata rakyat mereka. Ternyata mereka sudah tak berdaya nak mencari kat mana Osama. Entah la, sama-sama la kita tunggu kepastiannya. Kalaulah benar Osama terbunuh, bagi aku sama je. Dunia takkan aman pun. Amerika tu pon bukannya bagus sangat. Korang dok bom sana bom sini bunuh orang-orang suka-suka hati korang je. Level korang sama gak la dengan pengganas-pengganas lain. Takde beza. Cakap konon korang macam superhero, tapi haprak. Lu pon sama je!

Apa-apa hal jom layan lagu Hujan ~ Ludah Amerika.

Satu dunia sudah tahu
Masalahnya semua jadi bisu
Discovery Channel CNN
Semua satu bagaikan mesin
Bush aka semak si presiden
Menantu Dajjal kuat enjin

Ludah! Amerika!
Ludah! Amerika!
Ludah! Amerika!
Ludah! Amerika!

Tolong sana tolong sini
Batu api
Alasan kamu nuklear lagi
Satelit cari si Saddam
Anjing bersama senapang
Misai si hitler pun panjang
Sogok wanita telanjang

Ludah! Amerika!
Ludah! Amerika!
Ludah! Amerika!
Ludah! Amerika!

Ludah! Amerika!
Ludah! Amerika!
Ludah! Amerika!
Ludah! Amerika!

Categories: WoRD LiFe
  1. May 3, 2011 at 2:25 PM

    ni kali keberapa osama mati ni? dia ada 9 nyawa ke?πŸ˜›

    • May 3, 2011 at 3:06 PM

      dia ni sama spesis ngan kucin nandre, ada 9 nyawa…
      kalo abes 9 nyawa maseh ada nyawa2 ikan lagik sbg back-up.. hoho

  2. legend
    May 5, 2011 at 1:33 PM

    7 perhentian, 9 nyawa…

  3. legend
    May 5, 2011 at 1:34 PM

    Laut, kalau lanun ok la jugak sebab naik kapai..

    • May 5, 2011 at 1:45 PM

      Geng2 Amerika bangsat ni byk sgt terpengaruh ngan citer Pirates of the Carribeans… huhu

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s