Home > WoRD LiFe > Di sebalik nama Selangor

Di sebalik nama Selangor

Negeri Selangor juga dikenali dengan gelaran penuh sebagai Selangor Darul Ehsan adalah merupakan salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Malaysia. Lokasi negeri Selangor terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan ianya mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya.

Di anggarkan bahawa Selangor merupakan negeri yang mempunyai bilangan penduduk teramai di Malaysia. Selain itu, Selangor merupakan negeri yang termaju di Malaysia dan telah diisytiharkan sebagai negeri maju pada 27 Ogos 2005. Ini bermakna negeri Selangor dengan rasminya telah mengikut jejak negeri-negeri maju terkenal yang lain di seluruh dunia seperti California di Amerika Syarikat.

Bercerita mengenai kemajuan yang dicapai oleh negeri Selangor sudah pasti ramai yang boleh memberi jawapan mengenai kemajuan dan projek-projek raksasa yang telah terlaksana di bumi Selangor. Tapi amat sedikit daripada rakyat yang bermastautin di Selangor amnya dan rakyat Selangor khususnya mengetahui tentang sejarah penubuhan dan cerita-cerita warisan turun temurun mengenai asal usul nama Selangor itu sendiri.

Terdapat banyak versi yang menceritakan tentang asal usul negeri Selangor. Tetapi salah satu yang menarik ialah bagaimana cerita yang mengaitkan nama Selangor tercipta adalah daripada kisah sejenis serangga yang digelar sebagai langau.

Adalah dikisahkan pada waktu dahulu ada seorang pahlawan yang sedang dalam perjalanan ke utara telah ditewas oleh seekor langau yang menganggunya ketika beliau sedang berehat di tebing sungai. Pahlawan tersebut telah terjumpa dengan satu kawasan yang agak baik dan terus meneroka kawasan tersebut untuk dijadikan sebagai penempatan. Oleh kerana peristiwa langau yang mengganggunya di kawasan berkenaan, beliau telah menamakan kawasan berkenaan dengan nama Se-Langau. Tetapi akhirnya ia bertukar menjadi Selangor.

Dikisahkan juga bahawa nama Selangor adalah berasal dari pokok Mentangau yang banyak terdapat di kawasan pinggir-pinggir sungai. Pohonnya Mentangau yang besar dan rimbun boleh dilihat dari laut. Pokok-pokok besar ini telah menjadi penanda aras kepada pedagang-pedagang luar. Ada diantara pedagang mengatakan “aku singgah di Kuala Sungai Mentangau” dan seterusnya ia berkembang menjadi Kuala Selangau dan akhirnya menjadi Kuala Selangor.

Begitulah serba sedikit cerita mengenai hikayat negeri Selangor yang kita sendiri kurang pasti akan kebenarannya. Yang pasti cerita-cerita rakyat sebegini amat berguna bagi kita untuk dijadikan sumber rujukan bagi generasi akan datang.

Categories: WoRD LiFe
  1. legend
    May 6, 2011 at 4:45 PM

    Aku pernah dok kat Selangoq pada tahun 1982-1984 – pada masa tu, arwah bapak aku kerja kat Jalan Sultan, PJ.. Bas Mini 33 dan Seri Jaya merupakan bas yang kami guna kalau nak ke KL. Sebab masa tu kami dok kat Sungei Way..

    Pastu, aku pi ke Sepang dan Banting, ada kenduri pada hujung 1994.

    1995 – aku pi ke Meru, ada kenduri..

    dan………….

    1996 – aku masuk ITM shah alam, dan terus dok sampai sekarang kat Shah Alam.

  2. legend
    May 6, 2011 at 4:46 PM

    Pada tahun 1985-sekarang, kami dah menetap kat Tepen….

    • May 6, 2011 at 5:05 PM

      Julai 2007 hang tanak cerita ka bro?

      time tu kan hang bermastautin nun di sekinchan menyambot saat2 hang menjadi raja sehari. keh keh keh…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s