Home > WoRD LiFe > Hari bersama keluarga

Hari bersama keluarga

8 April 2011.

Tarikh ini merupakan antara detik yang agak indah kerana pada waktu ini kami ahli keluarga MJ Clan (Mat Jidin Clan) 8) dapat berkumpul bersama-sama nun di Shah Alam. Perancangan awalnya takde la details sangat pon. Sekadar biasa-biasa je.

Asalnya takde pon planning kaw-kaw nak buat reunion, tapi bila dengar cerita mak dan abah nak turun ke Shah Alam untuk menjemput adik bongsu aku yang dah abes semester degree dia, adik-beradik lain yang berada di area Klang Valley summer jadik untuk turun melepak bersama-sama.

Bertempat di Restoran Cili Merah, Seksyen 9 Shah Alam. Kami adik-beradik berkumpul, menjamu selera bersama dan menghabiskan waktu tengahari itu dengan bertukar-tukar cerita. Bukan senang nak berkumpul bersama kecuali waktu-waktu perayaan dan cuti umum sahaja. Kadang-kala itu pon sekali sekala je berlaku.

Pada hari tersebut Encik Asyraff Khalish telah menunjukkan belangnya kepada sanak saudara. Sungguh aktif menjerit sana sini, bersembang dengan bahasanya sendiri serta membuat aksi-aksi menarik time posing. Anak sapa la tu? Hahahaha.. Ok la gak, janji ada gak hiburan untuk kami sekeluarga.

Waktu berlalu dengan pantas. Pas habis menjamu selera abah, mak dan abang sulung aku mula berangkat kembali ke Kuantan. Walaupon sekejap, yang penting terubat rindu didada apabila dapat berkumpul beramai-ramai. Dan apa yang menarik tahun ini Isyaallah akan menyaksikan ahli baru dalam keluarga kami. Kakak dan adik aku mengandung. Bertambah ramai la warga MJ Clan.

Mudah-mudahan semuanya selamat. Chow!!

Sengih-sengih dulu. Persediaan untuk posing lebih macho. huhu

Hahaha. Gambo kandid ni paling aku tak tahan. Tengok sape enterframe tu? 8)

Gambo aku tak nampak. Dah abeh adjust kaler jadik bright dah ni. Hampeh tul.

Categories: WoRD LiFe
  1. legend
    May 11, 2011 at 2:18 PM

    ooooooooooooooooo adik hang yang mengaji ITM tu ka?

    adik hang mana satu? pakai tudung oren tu ka? bukan ka yg tu yang kawen hari tu? atau ada yang lain plak…

    • May 11, 2011 at 2:27 PM

      haa.. tu la adek aku, dulu bukan dia yg kawen. dia jadi pengapit jaa..
      yg kawen aritu sampei lambat sket, konon2 guna shortcut dari putrajaya pegi shah alam dekat. last2 lambat gak sampeinya… apa pon tak bolehhh!!

  2. legend
    May 11, 2011 at 2:20 PM

    betui la, anak hang menunjukkan belang di mukanya itu… anak aku tunjuk belang kat ani sup utara, kat bhg belakang baris kedai cili merah tu…

  3. sulie
    May 11, 2011 at 3:16 PM

    hahaha…asyraff muka nakal cam pak dia…hahaha…ko bila lg menambah ahli ke;uarga baru?

    • May 11, 2011 at 3:39 PM

      hehehehe… itu dalam rancangan malaysia ke-10 tu.
      insyaallah tahon depan. tungguuuuuuuuuuuuuuuuu…. 8)

  4. inarustu
    May 13, 2011 at 8:44 AM

    cobit asrap..cobit asrap..huargggghh..ha ha ha

    • May 13, 2011 at 8:56 AM

      alamak, mak buyung dh masok la. aku baru ja nak ngumpat ko.. hahhahaha…

  5. inarustu
    May 13, 2011 at 9:12 AM

    abis la blog ko lepas ni aku nak enteprem…kah3 (gelak jahat)

    • May 13, 2011 at 9:28 AM

      ceh, blog aku dh 5 tahun wujud. baru skrg ko nk enterprem?
      abg beso pon dh lama mengomen kat blog aku nih. huhu…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s