Home > WoRD LiFe > Scrambler gila-gila remaja

Scrambler gila-gila remaja

Permintaan jentera dua roda yang semakin meningkat menjadi pemangkin buat DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd iaitu pembuat motosikal jenama Demak memperkenalkan enam model terbarunya tahun ini.

Demak menyajikan dua model bagi setiap kategori moped, skuter dan motosikal lasak atau lebih dikenali dengan ‘scrambler’ sebagai pilihan masyarakat negara ini. Dua model moped itu membabitkan DMS 110 dan DV 110 yang menggunakan enjin empat lejang dengan menampilkan rekaan terkini serta bergaya.

Bagi peminat skuter, Demak menawarkan dua model iaitu Cyborg dan Venom dengan kapasiti enjin 150 cc, sementara D-Moto serta DTZ bagi kategori scrambler. Model scrambler dilengkapi enjin 230 cc hingga 250 cc sekali gus memberi ruang kepada peminatnya untuk memiliki jentera dua roda yang lasak.

Pengurus Besar Jualan dan Pemasarannya, Hon Swee Leong, berkata kehadiran enam model terbaru itu memberi pelbagai pilihan untuk pengguna. Menurutnya, semua model itu akan dipasarkan secara berperingkat sebelum Jun ini dan selain itu pihaknya akan memperkenalkan beberapa produk terbaru untuk tahun ini.

“Kehadiran model itu berikutan kejayaan kami melakukan penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan produk yang luar biasa. Kami sangat mengutamakan kualiti produk kerana mahu memberi kepuasan kepada pengguna. Selain itu harganya yang berpatutan,” katanya selepas majlis makan malam sempena menyambut ulang tahun kelapan Demak, di Genting Highlands, Pahang, baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar dan Ketua Pegawai Eksekutif DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd, Goa Rong. Hon berkata, pihaknya turut mensasarkan kadar kenaikan jualannya sehingga 30 peratus dengan kehadiran enam model terbarunya itu pada tahun ini.

“Walaupun kami baru beroperasi lapan tahun, kami berjaya berada pada tangga keempat dalam segi jualan berbanding dengan keluaran motosikal jenama lain,” katanya.

Itulah perkembangan baru alam permotoran. Demak, satu nama yang agak baru dalam dunia motor. Dulunya jenama Demak ni acapkali kena kutuk dek kerana dikatakan meniru model motosikal lain serta kualitinya yang amat-amat rendah. Kebanyakan produk Demak ini sememangnya menjadi bahan ketawa banyak pihak.

Tapi tu cerita bertahun dulu, sekarang apa yang aku nampak produk keluaran Demak ni semakin hari semakin bagus dan baik. Dari masa ke semasa mereka cuba untuk memperbaiki sudut kualiti supaya dapat memberikan kepuasan kepada pengguna. Kini bakal bertambah lagi motor keluaran Demak yang akan berkeliaran di jalanraya Malaysia.

Dengan pengenalan 6 model baru ini Demak menyasarkan untuk menjadi sebahagian daripada pengeluar yang berjaya menambah hati pengguna. Aku pulak cukup tertarik dengan model scrambler keluaran Demak ni. Sejak model DTM150 dikeluarkan, ianya menjadi model hot kat Malaysia ni.

Demak pulak menyenaraikan lagi 2 bijik model scrambler berkapasiti 230cc dan 250cc yang mana bagi aku sangat menarik perhatian. Dengan rekaan scrambler yang tinggi dan lasak, bagi aku ianya amat sesuai untuk digunakan oleh mereka yang bekerja sekitar lembah Klang. Sebagaimana yang kita tahu, jalanraya kat KL ni sememangnya teruk. Berlubang, berlopak dan bila hujan terus banjir. Jadi kalau beli scrambler ni boleh main redah je. Terbaekkk!!

Hasrat aku mungkin satu hari nanti aku akan sambar gak salah satu model scrambler nih. Yang nampak menarik tentunya Demak D-Moto 250cc tu. Insyaallah kalo ada rezeki jadi Azroy gila-gila remaja la plak aku nanti. Hahaha…

Categories: WoRD LiFe
  1. legend
    May 13, 2011 at 3:40 PM

    guna motor ni lagu sikit

    • May 13, 2011 at 4:38 PM

      dah jadik trend plak skrg ni org pakai scram.
      hang beli la satu, bleh kita saing2 kat persiaran kayangan.. huhu

  2. aTan
    May 16, 2011 at 7:46 PM

    waa..jadi geng ali setan la nampaknye…soo nak kena panggil amien setan ke..?

    • May 16, 2011 at 10:09 PM

      buleh je, gua takde masalah punya bro.
      nak panggil apa pon takda hal, janji gua hensem. kah kah kah…

  3. fiqrie melaka
    June 3, 2011 at 9:57 AM

    harga dtm 250 scrmblr tu brape ek

    • June 3, 2011 at 10:08 AM

      Arini baru official kuar harga kat FB Demak:
      D-MOTO (RM9,870.00), DTM250 (RM8,638.00) Price are subjective to change without prior notice.

  4. arip
    July 18, 2011 at 8:59 PM

    mcm mana dgn spare parts moto demak…. adakah spare parts moto yg baru keluar nih senang kita cari????

    • July 19, 2011 at 8:50 AM

      Menurut rakan2 yg pakai scram ni, kalo duk kat klang valley sepatutnya takde masalah.
      Just pegi je kat kilang demak kat batu caves tu, rasanya takde masalah nk dptkan spare parts.

  5. laharl
    October 1, 2011 at 4:46 PM

    salam..
    maner nak dapat scrambler demak 250 nie di kawasan melaka..
    berminat la..
    boleh bagi info…
    ASAP

    • October 2, 2011 at 12:23 PM

      Demak D-Moto belum kuar lagi kat market bro..

      Maybe tahun depan kot. kena tunggu la… =)

  6. brandon padan
    November 15, 2011 at 7:09 PM

    bro…scrambler dtz 250 tu sama tinggi dengan DTM 150 ka?

  7. juju
    December 24, 2011 at 12:28 PM

    Mcm dgn ketahanan engine? Spesifikasi engine kekuatan,pengunaan minyak dan pengeluar engine?

  8. December 28, 2011 at 2:37 PM

    bulan 2 keluar,demak operator yg bgtahu. tak sabar nak tunggu.

  9. aloy
    January 3, 2012 at 6:16 PM

    kat sarawak dah ada ka dtz250,aku nak satu…

  10. Ali Isrilla Muhammad
    January 16, 2012 at 2:04 AM

    bro, kat kl ada club dtm tak ? klu ada mcmmana nak join ? thx

  11. hassan basrie mohamad
    January 31, 2012 at 1:58 PM

    saya salah sorg pemilik motorsikal skramler demak…saya cuma ingin berkongsi mengenai masalah yang selalu dihadapi oleh kami pemilik mtr skramler demak selalu bermasalah dengan bahagian wiring.Selalu menghadapi shot..jadi harap dapat memperbaiki lg..

  12. asrafgigas
    February 14, 2012 at 4:39 PM

    P/S:Ali Isrilla Muhammad….
    Kalu nak joint budak DTM diaorang selalu lepak kat Kedai Mamak Nana Cafe, Cheras.
    Group diaorang Geng Scrambler Semalaysia (GSS). Gua pun ada gak lepak sana. Leader kumpulan nie kitaorang panggil Abang Nas.

    • February 14, 2012 at 5:02 PM

      Abg nas ni brader yang pakai KTN200 tu ke bro? huhu…

  13. asrafgigas
    February 16, 2012 at 11:53 AM

    tak bro..dia pakai DTM jer

    • February 16, 2012 at 1:45 PM

      Ooo aku salah org la ni. hehe..

      Back to topic, dengar cerita D-Moto mmg takkan kuar kat malaysia. tk syok aa…

  14. asrafgigas
    February 17, 2012 at 10:08 AM

    ye la bro…dgr kata jpj tak approve 2 biji model baru tu. terpaksa la pakai DTM jugak. Nak tanya ada tak mana-mana kedai yang boleh bayar muka rendah dalam 2k ker

  15. February 18, 2012 at 11:14 PM

    besnyer…berapa sebiji moto ni?

  16. alkarchutty
    March 11, 2012 at 4:05 PM

    Habuk pun tarakkkkkkkk…. Sampai sekarang tak keluar pun model 230cc atau 250 cc. Cakap tak serupa bikin. Macam mana peminat scrembler nak percaya.

    • March 12, 2012 at 9:16 AM

      Yes bro, habuk pun tarakkkk….

      memang confirm takkan kuar D-moto 250 nih. yang skrg diaorg ngah prepare nk kuarkan DTM200, itupon belum tentu bila nk launch… payah2…

  17. Jebat
    April 3, 2012 at 11:31 PM

    Teringat lak era zaman motor scrambler thn 70an..Walaupun masa tu Aku masih bersekolah rendah lagi tapi tumpang seronok nengok brother2 yg menunggang motor & melenjan dianak bkt dibelakang jln Kelang-S.Alam-KL

  18. shaq
    July 7, 2012 at 1:12 PM

    sje nk kick demak ni tu pasai xbleh nk jual kut..harga mampu milik bg kebanyakan org termasuk org mcm aku yg bleh tgk je d-trakker kawasaki rege mcm tutttt..hahahaa

  19. mohdhaykal95@yahoo.com
    October 27, 2012 at 1:35 AM

    tapi demak 200 dh kuar kt segamat johor..kawan pun mint scramble jgk …kt rumh ada yamaha anduro.

  20. hairul aiman
    February 10, 2013 at 12:04 AM

    Kalau dtm150 , nak adjust timing dia kat bahagian mana?

  21. wan
    March 7, 2013 at 1:10 PM

    Salam minta bantu mslh mtr DTM150 saya baru beli 4 hari lepas enjin bunyi sngt bising dan kuat.dah antar chek xapi pomen tidak tahu apa mslhnya.. enjin bila panas sangat kurang pick up plk. tlg bantu otai2

    • March 8, 2013 at 9:12 AM

      Try hantar ke service centre Demak la bro, mekanik diorng lebih pakar tentang DTM ni.

  22. March 17, 2013 at 9:31 AM

    mau tnye skit..kt trggnu ni spare parts snang tk bro..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s