Home > WoRD LiFe > Tarif letrik plak naik…..

Tarif letrik plak naik…..

Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi. Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini. Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30. Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011.

Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam pengumuman bersama Peter dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mereka berkata kenaikan itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga. Sebelum ini, agensi berita nasional itu melaporkan, Urus niaga saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) digantung berkuat kuasa pukul 2.30 petang sehingga 5 petang ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata penggantungan itu berhubung dengan satu pengumuman penting.

Sumber: Malaysiakini

Ulasan: Ya betul. Memang diakui 75% pengguna elektrik tak akan terjejas ngan kenaikan tarif baru ni. Tapi yang jadi masalahnya nanti bila kerjaan naikkan tarif elektrik ni bermakna industri memproses makanan serta barang keperluan terpaksa menaikan harga barang-barang ni dek kerana mereka terpaksa membayar lebih untuk bil tenaga. Dan secara tak langsung rakyat pasti akan berdepan ngan kenaikan harga barang pulak lepas ni. Sebelum korang tekan rakyat camni kononnya nak kurangkan subsidi kerajaan, baik korang potong je elaun-elaun korang yg tak logik dek akal tu. Baru la rakyat respect. Bak kata JAMBU: apa pon tak boleh, apa pon tak boleh….

Categories: WoRD LiFe
  1. legend
    May 31, 2011 at 5:08 PM

    Ya, itulah kemungkinan yang akan dimungkinkan oleh pehak kerajaan. Ini saja ja nak kaburkan mata rakyat jelata. harga barang akan naik sebab yang naik tu adalah dikenakan kepada kilang, kedai, semua tu la yang mengeluarkan barang keperluan manusia. tengoklah tak lama nanti, kalau hangpa tak pecaya, sedangkan minyak naik sikit, harga barang makan pon naik. Ni kan plak tariff letrek… jangan risau la, mesti ada harga barang makan yang naik… silap-silap nanti kueh akan jadi, dua ketul seringgit.. walaupon ada lagi tiga seringgit.

    • June 1, 2011 at 8:50 AM

      harga bergedil pon dijangka akan naik sikit masa lagi… huhu

  2. legend
    June 1, 2011 at 9:36 AM

    ya, presint lapan punya kedai mungkin akan naikkan harga makanan sebab depa guna kipas terlalu lama, dan akan menyebabkan harga bil leterek akan naek

    • June 1, 2011 at 1:05 PM

      kedai presint 8 yg mana ek? kedai mamak yg muka cam kamarul tu ke? hahahaha

  3. legend
    June 1, 2011 at 2:04 PM

    kedai makan medan selera dan seangkatan dengannya la tu.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s