Home > WoRD LiFe > Wabak bakteria E.Coli

Wabak bakteria E.Coli

Assalamualaikum.

Sekarang ni tengah heboh orang cerita pasal satu wabak bakteria yang merbahaya dan boleh mendatangkan maut. Setakat hari ini daripada pembacaan aku, masih tiada sebarang antidot atau cara untuk membunuh bakteria ini. Jadi boleh dikatakan ianya sangat merbahaya, mudah-mudahan bakteria ini tidak sampai ke bumi Malaysia yang mana boleh mengancam kita semua.

Wabak bakteria ini ialah E.Coli atau nama saintifiknya Escherichia Coli adalah sangat merbahaya dan kini telah merebak di Eropah. E.Coli yang dijumpai adalah jenis baru. Jangkitan di Eropah itu bermula di Jerman dan sehingga kini 10 negara di Eropah telah mengalami serangan bakteria tersebut. Manakala menurut pihak berkuasa perubatan Jerman pula wabak itu berpunca dari timun organik yang ditanam di Sepanyol yang kemudiannya memperbetulkan dengan menyatakan sayur-sayuran yang ditanam di negara itu yang tercemar menjadi punca utama penyakit tersebut.

Berikut adalah sedikit petikan akhbar tentang bakteria ini:

Apa itu wabak/bakteria E.Coli : Bakteria baharu yang cepat berjangkit dan amat beracun

Jangkitan bakteria E.coli yang melanda Jerman dan merebak ke Eropah berpunca daripada jenis E.coli yang baharu, kata sepasukan saintis China selepas mereka menganalisis bakteria berkenaan. Pasukan saintis berkenaan berkata, wabak tersebut yang membunuh 17 orang dan menyebabkan 1,500 lagi jatuh sakit di sepuluh buah negara Eropah yang pada mula disangkakan berpunca daripada sayuran-sayuran adalah kebal terhadap beberapa jenis antibiotik.

“E.coli ini adalah jenis bakteria baharu yang cepat berjangkit dan amat beracun,” kata pasukan saintis di Institut Genom Beijing di bandar Shenzhen, selatan China yang berkerjasama dengan pasukan saintis Jerman untuk mengenal pasti bakteria tersebut.

Bakteria yang menjadi punca wabak penyakit itu dikenali sebagai E. coli iaitu pengeluar racun Shiga (STEC). Jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Aphaluck Bhatiasevi berkata, WHO sedang menanti lebih banyak maklumat hasil kajian makmal ke atas bakteria itu.

“E.coli jenis ini belum pernah dilihat dalam situasi wabak seperti ini,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Sepanyol mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung krisis tersebut. Sepanyol menuntut gantirugi AS$287 juta (RM863 juta) seminggu kerana kehilangan jualan dan risiko 70,000 orang hilang pekerjaan sejak krisis itu bermula pada minggu lalu.

Sebelum ini, pihak berkuasa perubatan Jerman mendakwa wabak itu berpunca daripada timun organik yang ditanam di Sepanyol tetapi ia kemudian membetulkan maklumat tersebut dengan menyatakan sayur-sayuran yang ditanam di Jerman yang tercemar dengan bakteria berkenaan sebagai punca utama penyakit.

Bakteria E.coli jenis baharu itu boleh membawa maut terutamanya apabila ia menjangkiti darah dan ginjal dan boleh menyebabkan cirit-birit berdarah. Pakar-pakar kesihatan kini menasihatkan orang ramai yang pergi ke Jerman supaya mengelak memakan buah tomato mentah, timun dan salad.

Pihak WHO juga menyatakan ia sudah dimaklumkan mengenai kes tersebut yang turut berlaku di Austria, Denmark, Perancis, Belanda, Norway, Sweden, Switzerland dan Britain.

“Sesiapa yang pulang dari Jerman dengan mendapat sakit termasuk cirit-birit berdarah sepatutnya mendapat rawatan perubatan dengan segera,” kata Agensi Perlindungan Kesihatan Britain. – Agensi

Dinasihatkan sekiranya rakyat Malaysia yang baru pulang dari Jerman yang mengalami simptom penyakit E. Coli perlulah mendapatkan rawatan perubatan dengan segera. Juga pada mereka yang baru pulang dari luar negara dinasihatkan mendapatkan khidmat doktor untuk mengesan sekiranya terdapat simptom-simptom akibat daripada jangkitan bakteria ini. Antara simptom penyakit E.Coli ialah:

1. Kekejangan pada bahagian abdomen
2. Muntah
3. Cirit birit berdarah
4. Keletihan dan dihidrasi kerana kehilangan air dalam badan

Sekiranya ia tidak dirawat dengan segera penyakit ini boleh mendatangkan maut akibat kehilangan air yang banyak dalam tubuh badan. Gejala atau simptom penyakit E.Coli biasanya muncul antara 3 hingga 8 hari dan kebanyakannya pesakit akan sihat kembali dalam tempoh 10 hari. Penyakit ini juga dikatakan boleh menjadi lebih serius sekiranya berlaku kepada penghidap penyakit ginjal ataupun pada kanak-kanak.

Mudah-mudahan kita semua bebas daripada wabak bakteria ini. Wallahualam…

Categories: WoRD LiFe
  1. June 6, 2011 at 2:42 PM
  2. legend
    June 9, 2011 at 4:54 PM

    Jom layan nasik ambeng kat pasar malam pdg jawa esok malam

    • June 9, 2011 at 6:03 PM

      nasik ambeng ngak berapa buleh nikmat kang…
      guwe lebih suke itu nasik dagang… bisa syahdu melahapnye… huhu

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s