Home > WoRD LiFe > Generasi rakyat tanpa rumah

Generasi rakyat tanpa rumah

Sementara tahap gaji tidak berubah dalam 2010, industri hartanah pula merayakan apa ia yang dianggapnya sebagai tahun pertumbuhan pesat. Menurut Pusat Maklumat Hartanah Negara (Napic), harga purata hartanah kediaman di Malaysia naik kira-kira 12 peratus dalam 2010 kepada RM220,000 berbanding dengan tahun sebelumnya.

Rumah di Lembah Klang sahaja berharga RM100,000 lebih tinggi daripada tahun 2009. Syarikat perunding antarabangsa Robert Walters mendapati selain kadar gaji tidak berubah, kadar bayaran bonus pada 2010 juga lebih rendah daripada 2009.

Dalam 2009, golongan profesional dengan pengalaman kerja kurang daripada lima tahun, boleh menjana pendapatan di bawah purata RM5,000 sebulan, bergantung kepada industri terbabit. Dan berikutan itu wujud generasi rakyat Malaysia – walaupun menerima lebih pendidikan, latihan dan peluang daripada senior mereka – tetapi mereka membawa pulang gaji yang tidak mencukupi untuk memboleh mereka membeli hartanah.

Manakala kenaikan harga hartanah dalam 2010 menyaksikan satu lonjakan yang besar, tetapi data Napic mencatatkan kenaikan harganya sejak 2000, dengan purata harga rumah ialah kira-kira 40 peratus lebih rendah di seluruh negara.

Menurut pegawai Persatuan Pembeli Rumah Negara (NHBA), Tan Chong Leng, kenaikan harga hartanah kediaman berpunca daripada pembelian spekulatif. “Bila kerajaan melonggarkan cukai keuntungan harta (RPGT) ekoran krisis ekonomi, ia mencetuskan aktiviti spekulatif yang meningkatkan harga menjadi semakin lebih tinggi,” kata Tan.

RPGT sebelum 2007 adalah 30 peratus untuk mereka yang menjual hartanah mereka dalam tempoh setahun pembelian. Ia diperkenalkan semula sebanyak lima peratus pada pertengahan 2009, tetapi hanya untuk penjualan dalam tempoh lima tahun pembelian, selepas menerima bantahan daripada industri hartanah.

Tan, yang bertanggungjawab ke atas unit Cina NHBA, berkata kerajaan sepatutnya mengkaji mengenakan RPGT secara progresif, dengan kadarnya bertambah dengan jumlah hartanah yang dibelikan.

Bank Negara juga turut mengehadkan pembeli hartanah ketiga, kepada 70 peratus pinjaman untuk nisbah nilai untuk menyekat spekulasi – tetapi menurut persatuan pengguna kadar itu harus diturunkan lagi.

Ulasan: Nilai hartanah semakin meningkat terutamanya di sekitar lembah Klang. Tanah yang dulunya terbiar kini siap diteroka dan dipenuhi dengan projek perumahan untuk rakyat. Tetapi nilainya bukan sikit, kekadang bagi rakyat biasa hartanah tersebut dibawah kemampuan kewangan mereka. Hartanah naik, minyak naik, barang-barang keperluan naik dan yang pasti suatu hari nanti jangan hairan jika mereka yang berpendapatan RM3000 pon berada ditahap indikasi ‘garis kemiskinan’.

Categories: WoRD LiFe
  1. June 13, 2011 at 4:20 PM

    makan kat fast food USD 6 – rate kat malasia MYR6
    gaji bulanan USD2K – rate malasia MYR2K
    kereta mampu milik dijual average USD9K-USD25 – rate malasia MYR 50K – MYR90K
    rumah USD 150K – rate malasia MYR 200K–>300K..

    camne tu?

    • June 13, 2011 at 4:24 PM

      Malaysia kan negara maju… serba serbi barang harga mahal,
      maklum la kerajaan berkebajikan la katakan.

      Rakyat didahulukan beb… huhu… demmm….

  2. legend
    June 14, 2011 at 2:56 PM

    Inilah kerajaan yang mengutamakan duit rakyat supaya kerajaan dapat balik duitnya.

    Takkan ini pon rakyat tak sedar lagi kot.

    Gaji setakat kita nie kalau dok kat KL, memang ngam-ngam ja. macam mana nak beli rumah satu lagi buat investment??? Aku nampak Malaysia akan menjadi sebuah negara yang seimbangan tiada.

    gaji RM 3,000 memang setakat cukup makan utk lepas bayaq rumah dan lain-lain.. keta pon kena gunakan yang mampu milik, dan bukannya mampu nak tempah.

    bagi yang gaji bawah RM 3,000, macam mana gayanya Yob? kenalah usaha sikit demi menampong keluarga dan anak-anak

    • June 14, 2011 at 3:15 PM

      Itula senario jalan cerita hidup kita kat mukabumi Malaysia ni yob.
      nak buat camne, abih tu la prinsip kerajaan nak memenohkan poket depa.

      Sikit hari lagi masing2 tau la betapa sengsaranya nak cari sesuap nasik.
      harap2 pilihanraya nanti ada perubahan demi utk kebajikan rakyat kita ni.

      Dunia dunia dunia…. yg kaya makin kaya, yg miskin makin sengsara…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s