Home > WoRD LiFe > Peludah Warna ~ A.Samad Said

Peludah Warna ~ A.Samad Said

Kuasa gusar kini menggelegak murka.
Warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
Dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
Menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
Kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
Dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
Kuasa pun seolah menjadi hartanya.

Categories: WoRD LiFe
  1. legend
    July 8, 2011 at 2:35 PM

    aku suka puisi nie, penoh makna dan tajam menusuk qalbu.
    Ianya merupakan satu interpretasi yang ikhlas dari hati sang pencipta.

  2. July 8, 2011 at 4:14 PM

    Bilamana manusia rakus mengejar harta benda dan kuasa..
    Semua perkara dibikin songsang olehnya…
    Apa yang ada pada rakyat biasa?
    Hanya sekelumit kudrat melawan kezalimannya…..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s