Home > WoRD LiFe > Syiling baru tahun 2012

Syiling baru tahun 2012

Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan siri ketiga duit syiling baharu bermula tahun depan.

Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata duit-duit syiling baharu yang dalam denominasi lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen diinspirasikan daripada ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan kaya negara.

“Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia,” kata beliau pada majlis pelancaran 500,000 set duit syiling peringatan bagi menandakan siri-siri duit syiling baharu itu di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata yang siri duit syiling baharu ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Ia juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan mengenali dan membezakannya.

Duit syling berwarna kuning dan perak ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan.

Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama. Siri baharu ini akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.

SUMBER: Malaysiakini

Categories: WoRD LiFe
  1. amy
    July 26, 2011 at 1:39 PM

    syiling lama tu kena simpan…20 thn lagi blh jual…blh jd kayo pakcik….

    • July 26, 2011 at 1:54 PM

      Alamak, jutawan segera sudah memberikan kata nasihat….

  2. Tiger Adnan
    July 26, 2011 at 2:03 PM

    betul tu amy mat piah (rock ooo),

    kena simpan duit duit lama nie, jangan buang. hang tgk macam syiling seringget dulu nie, lagi 10 tahun akan jadi mahai tu, mencecah 250 ringget.

    • July 26, 2011 at 3:09 PM

      Kah kah kah amy mat piah pitching tak boley blah… asyek lari je…

      Kalu hang nak tau amy yg dok komen tu bakal jutawan kat malaysia ni.
      sikit masa nanti aku reveal-kan identiti dia… hahhaha…

  3. mandalay
    July 27, 2011 at 8:43 AM

    buleh no problemo,

    itu yang kita mau tau sebab usaha beliau dalam dunia perniagaan yang serba menchabar minda dan jiwa nie. Mungkin org lain buleh belajaq drpd dia…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s