Home > WoRD LiFe > Kadar Zakat Fitrah 2011

Kadar Zakat Fitrah 2011

Assalamualaikum.

Bila tiba bulan Ramadhan, sudah tentu sekelian umat Islam akan sibuk dengan berzakat. Sepertimana yang diketahui, pengeluaran Zakat adalah Rukun Islam ke-4 yang wajib ditunaikan selepas berpuasa di Bulan Ramadhan. Barang sesiapa yakni Muslim yang tidak mengeluarkan zakat, maka tidak sempurna Rukun Islam seseorang itu.

Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”

Kadar Zakat Fitrah 2011/1432H Mengikut Negeri-negeri di Malaysia

Waktu mengeluarkan zakat fitrah di bulan Ramadhan terbahagi kepada 5:

Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

Paling Afdhal : Sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri

Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan

Makruh : Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Niat Zakat Fitrah

“Wang sebanyak $ _____ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta’ala. ”

Semoga kita bersama-sama mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT sepanjang bulan Ramadhan 2011.

Selamat menunaikan zakat fitrah. 8)

Categories: WoRD LiFe
  1. mandalay
    August 5, 2011 at 1:15 PM

    zakat merupakan satu perkara yang antaranya aku sangat suka…
    sebab aku dah satu buku bertajuk: zakat: penyucian jiwa karangan Ustaz Hamizul dari Lembaga Zakat Selangor yang merupakan senior aku masa kat KE VII Taiping.

    Rujuk http://www.hamizul.com

    Dia mencheritakan pengalaman selama mana dia jadi pegawai zakat dan pembayar zakat.
    zakat ni wajib kepada semua org termasuk zakat pendapatan, yang mana ada org yang tak perasan bahwa zakat pendapatan jugak wajib dibayar oleh setiap org yang bekerja dan ada pendapatan.

  2. Johnny Hates Jazz
    August 5, 2011 at 1:16 PM

    jom bayor zakat

    • August 5, 2011 at 2:28 PM

      Jom Jom..

      Aku tiap2 tahon buat entry pasl zakat fitnah ni nandre.
      tiba bulan ramadha ni la antara entry wajib dalam blog aku. sekadar untuk pedoman dan panduan kita sesama umat Islam..

      Sharing is caring. 8)

  3. Johnny Hates Jazz
    August 5, 2011 at 1:18 PM

    Tajuk buku tadi:

    Zakat: Terapi Kekayaan

  4. Johnny Hates Jazz
    August 8, 2011 at 1:35 PM

    aku nak bayaq kat putrajaya dalam minggu nie la gamaknya…

    • August 8, 2011 at 3:27 PM

      Wajib bayo bro.. =)

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s