Home > WoRD LiFe > Tahap keselamatan Facebook anda

Tahap keselamatan Facebook anda

Assalamualaikum

Facebook adalah merupakan laman sosial yang paling famous sekarang ni dan telah mempunyai ramai pengguna kat Malaysia nih. Memang seronok apabila menggunakan aplikasi Facebook ini terutamanya apabila dapat berinteraksi dengan rakan-rakan lama yang mungkin sudah bepuluh tahun tidak dijumpai tetapi facebook juga ada risikonya yang tersendiri. Berikut adalah beberapa tips keselamatan ketika melayari Facebook.

• Jangan letakkan tarikh harijadi dan tempat lahir sebenar korang. Ini maklumat yang sangat berharga bagi pencuri identiti. Lagipun ramai orang yang selalu jadikan nombor tarikh lahir sebagai password, betul tak??

• Jangan dedahkan alamat, nombor telefon atau alamat e-mel. Scammers (penipu) memang suka benda nih. Dengan mudah sahaja meraka dapat mengesan lokasi anda.

• Kawal maklumat peribadi korang. Sekat maklumat peribadi korang dari dibaca oleh rakan yang anda kurang kenali.

• Hadkan maklumat tentang aktiviti anda. Habis sumer benda nak cerita, buatnya perompak yang baca post korang nak pergi bercuti ke, awal-awal lagi diaorang standby. Sesaje je nanti umah korang kena rompak.

• Ingat bahawa apa yang korang post boleh dibaca orang ramai dan kekal. Jangan mengeluh tentang pekerjaan korang atau boss korang Apa yang akan jadi jika maklumat ini jatuh ke tangan orang yang tidak menyukai anda??

•Jangan mengutuk atau mengancam orang lain.

•Jangan mengupload gambar memalukan, gambar seksi. Benda nih memang paling banyak awek-awek buat. Jangan memain, ada satu kisah kat Venezuela kot ada sorang awak kena rogol n bunuh sebab orang terangsang tengok gambo seksi dia. Huhu.

• Korang harus tahu siapa yang ingin menjadi rakan korang atau meminta korang untuk link ke rangkaian diorang. Selidik dulu, jangan main accept je.

• Berhati-hatilah dari kuiz yang nampak macam tak berbahaya. Apabila seseorang menjemput korang untuk menyertai tinjauan, contohya, “perkara kesukaan korang “ atau “tentang diri korang ” kuiz sebegini mungkin direka untuk mendapatkan data korang. Macam nama jalan korang, tempat korang dibesarkan, binatang kesayangan atau tempat bercuti kegemaran korang, semua ini boleh menjadi boleh petunjuk untuk password korang.

Mudah-mudahan kita dapat menggunakan panduan ini sebaiknya dan mengelakkan diri kita daripada perkara-perkara sebegini.

Mudahnya nak dapat nombor telefon rakan FB anda

Tak sangka Mudahnya nak dpt no phone rakan facebook anda. Korang cuma perlu login akaun facebook korang pastu paste URL ni kat browse:

http://www.facebook.com/friends/edit/?sk=phonebook

Kesimpulannya? Lindungilah privasi anda, jangan semua benda nak tulis kat Facebook. Macam-macam cara orang bleh buat nak godam maklumat anda. Berhati-hatilah!

Categories: WoRD LiFe
  1. Johnny Hates Jazz
    August 9, 2011 at 1:58 PM

    aku nak tukor jugak la semua maklumat tu.. tulih ja asal kat Zimbabwe ke? Mogadishu ka?

    • August 9, 2011 at 2:17 PM

      Phnom Pehn pon ok gak bro, yg penting bekalkan segala maklumat pelesu.

      kalo ada gak scammers yg nk info2 diri hang tu, musti dia takkan berjaya time square punya sebabg hang dh tukaq segala info.. cuba la..

  2. Johnny Hates Jazz
    August 10, 2011 at 2:33 PM

    nanti aku try, sebab aku tak buleh akses FB guna PC… tu yg kacau sikit tu.

    • August 10, 2011 at 2:52 PM

      Ckp la kat tuan tanah PLF jgn block fb.
      skrg ni semua org wat keje pakai fb. ketinggalan zaman la main block2 fb nih. huhuhu

      jangan mareeeee……

  3. Johnny Hates Jazz
    August 11, 2011 at 8:29 AM

    tak semua yang dia block, ada yang buleh bukak, setengah setengah PC ja yang diblockkan.

    • August 11, 2011 at 9:08 AM

      Wah, ada diskriminasi kaum. tak aci sunggoh…

      Takpe la bang, utamakan yg penting2 dulu iaitu mencari sesuap nasik.

      Takde FB pon buleh hidup gak manusia ni, lain la kalo takde nasik kan? Hahahha

  4. Johnny Hates Jazz
    August 15, 2011 at 12:44 PM

    Ya, yang pentin tu Internet mesti ada, kalau FB takda pon buleh idup lagi, komen buleh jawab dalam email.

    bayangkan Internet takda, kan susah hidup tu.

    • August 15, 2011 at 12:53 PM

      Ya bro, internet takda memang susah idup. mau bikin kerja pon susah.

      Tapi aku selalu gak putuskan connection ngan internet time balek kampong.
      Bukannya takde line, adek aku pon ada broadband leh pinjam, tapi time aku balek kampong aku nk hayati puas2 environment kampong. baru syiiokk….

      tak mau fikir2 pasal internet whateva, lepak kampung, buang facebook, ym, online portal, blog etc jaoh2. layan stail tradisonal. memang syok wooo…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s