Home > WoRD LiFe > Basikal Fixie

Basikal Fixie

Fixie? Apa tu? Perkhidmatan penghantaran barang macam FedEx tu ke? Huhu.. Bukan… bukan… Fixie tu ialah nama bagi satu kategori basikal. Ala, basikal track yang macam Azizulhasni Awang ngan Josiah Ng selalu guna semasa perlumbaan kat sukan Asia tu. Di USA ia dikenali sebagai fixie ataupun fixed-gear/wheel bicycle.

Apa yang bestnya ialah ianya tidak seperti basikal konvesional, dimana dengan basikal ini akan membolehan penunggang memberhentikan basikal tanpa menggunakan brek, tetapi hanya dengan gear tetap dan juga boleh di tunggang secara reverse. Perghhh dasyat siot, siap boleh reverse lagi tuh. Ko ada? Hahaha.. Basikal ni biasanya di gunakan untuk track cycling di dalam velodrome. Di UK lebih kurang sekitar tahun 1950an penunggang biasanya menggunakan fixie untuk time trials.

Sebenarnya, fixie ni kalau kat luar dah lama popular, tapi kat Malaysia ni baru tahun lepas popular, jadi tahun ni makin bertambah pulak la jumlahnya. Bagus jugak sebenarnya aktiviti berbasikal fixie ni. Ianya boleh menyihatkan badan, sekurang-kurangnya peluh pon keluar kan, lagi bagus dari melepak tak tentu hala kat shopping mall ataupon merempit yang lebih berisiko untuk menempah maut tu.

Apa yang dapat dilihat, pemilik fixie lebih gemar mewarnakan basikal mereka dengan warna-warna yang terang terutamanya color flourosent. Apabila mereka bergerak secara berkumpulan dengan fixie pelbagai warna, ia sudah pasti memikat hati sesiapa sahaja yang memandangnya. Selalunya mereka memilih fluorescent color, kerana bukan sahaja terang, malah warnanya lebih menarik dan ceria. Sesuai sangat jika ditunggang ketika riadah kerana melalui warna pon jiwa si penunggang dapat merasai ketenangan apatah lagi orang sekeliling yang memerhatikannya.

Masalahnya di sini adalah keselamatan penunggang kerana disebabkan basikal fixie tiada brek, ia memerlukan kemahiran si penunggang untuk memberhentikannya. Tapi kebanyakan fixie yang digunakan untuk beriadah sekarang ini telah dilengkapi dengan brek. Jadi tak perlu risau dah bab brek tu. Keselamatan ketika menunggang secara berkumpulan juga perlu diambil berat sebelum perkara yang tak diingini berlaku. Jangan sampai riadah bertukar padah..

Untuk pengetahuan anda, harga fixie ni pun bleh tahan jugak, paling murah dalam RM400-RM800 biasanya, dan ada jugak yg mencecah RM2000-RM3000 bergantung kepada design, warna, bentuk & jenama fixie tersebut.

Selamat ber-Fixie!

Categories: WoRD LiFe
  1. kylie
    August 19, 2011 at 11:06 AM

    ini merupakan satu fenomena yang berkembang pada masa skrg nie.

    kat Banting pon aku pernah jumpa budak-budak layan fixed gear nie…

    tapi kalau naik bukit, memang sakit la, sebab tadak gear.

    jalan flat ka, turun bukit kira ok….

    • August 19, 2011 at 11:45 AM

      Aku dulu masa muda-mudi layan beskal raleigh je.
      kasi modified masok spot rim, besi seat bengkok, hendal kepak, pastu custom-made fairing depan ala2 moto rxs + boh nombor 7. hahaha… memang kool.

      petang2 panjang bukit blakang umah aku ngan kekawan pastu reramai race turun bukit. ooowwhh syahdunya nostalgia masa tu. 8)

  2. kylie
    August 19, 2011 at 11:08 AM

    kat kawasan rumah aku pon, dah jadi trek untuk budak-budak basikal…

    bukit bandaraya shah alam

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s