Home > WoRD LiFe > Warna-warni Aidilfitri 2011

Warna-warni Aidilfitri 2011

Assalamualaikum.

Salam Aidilfitri buat semua rakan taulan. Tahun ini sambutan Aidilfitri kami sekeluarga sekadar sederhana sahaja. Bila usia dah semakin tua, begini la cara sambutannya. Kepentingan dilebihkan kepada anak-anak, bagi ibu bapa sekadar biasa-biasa saja. 8)

Tahun ini aku sekeluarga pulang beraya di Kuantan selama 3 hari. Seperti biasa memulakan pagi Syawal sudah semestinya wajib bagi aku pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid kampung aku. Tahun ni agak berbeza berbanding tahun-tahun lepas, selesai solat sunat diadakan terus tahlil ringkas oleh AJK Masjid. Kemudian semua hadirin dijemput menjamu selera selepas habis majlis tahlil. Tahun ini pertama kali jamuan diadakan, sepanjang 28 tahun aku hidup memang tak penah lagi jamuan raya dilakukan oleh AJK Masjid. Good effort. At least dikesempatan itu dapat juga bertemu dengan rakan-rakan sekampung yang telah lama tidak ditemui.

Selesai segala aktiviti wajib, hari-hari perayaan aku habiskan dengan mengunjungi sanak saudara, jiran tetangga. Tak banyak rumah yang aku singgah tahun ni, sekadar saudara rapat sahaja. Tahun ini jugak memang syok aku belasah makan lemang dan ketupat. Memang feveret aku. Raya ke-2 mak aku masak plak nasik dagang, memang masakan rare ni. Jarang-jarang boleh merasa mak aku masak nasik dagang. Apa lagi, 4 kali tambah beb! Hahaha..

Hari-hari raya seterusnya diisi dengan menghabiskan masa dengan keluarga tercinta. Sempat juga mengunjungi rumah abang sulungku di bandar Kuantan. Mendengar cerita-cerita sedih beliau dirompak dengan taktik menggunakan cili. Sedih ada, kelakar pon ada. Yang penting Alhamdulillah Mr. Ciliman selamat. Sempat gak kami adik-beradik membelasah nasik minyak dan laksa Johor yang sedap kat umah beliau. Terbaaekk!!

Jadi begitulah serba sedikit catatan warna warni Aidilfitri aku. Jadi dikesempatan ini aku sekali lagi ingin memohon ampun dan maaf atas segala salah silap kepada sesiapa yang mengenali diriku ini.

Peace yo!

Categories: WoRD LiFe
  1. Jefrydin
    September 6, 2011 at 2:00 PM

    kat Sekinchan kalau tahlil selepas semayang raya tu dah jadi benda biasa, sebab depa buat tetiap tahun.

    tahun nie aku kat sekinchan dulu, pastu raya kedua aku ikut ‘Baraan’ – raya beramai-ramai naik motor pusing satu kampong. tahun nie aku ada peluang la join sebab ada kat sekinchan, start kul 10.00 am, sebab hujan pagi tu, dan habeh dekat kul 4.00 pm… tu dia… geng laki ja nie, esoknya plak geng pompuan….

    raya ketiga aku chabut balek Tepen… hari jumaat 1 sept aku pusing area kuala kangsar, bekor, manong. Hari sabtu pusing area Manjung, lekir, pantai remis… hari ahad aku lepak sat sebab badan tak sehat, cuma petang tu lepak kamunting sat.

    hari Senin aku kembali ke sekinchan, tidoq sat, petang baru balek shah alam.

    hari ni aku keroje balek,

  2. Jefrydin
    September 6, 2011 at 2:03 PM

    hari last posa tu (29 sept), aku lepak dgn mar mertua aku pi juai daun ketupat nasik.. layan beb. kat market kat sekinchan tu la. buat seribu ketul ketupat tu. satu ikat ada 10 ketul, so, 1 ikat juai empat ringget.

    • September 6, 2011 at 3:15 PM

      Hai abam jepridin, long time no see…

      Huh, hang punya karangan sikit punya banyak, awat hang tak boh kat blog hang ja buat 1 entry lengkap? hahhaha.. btw mmg happening dengo korang ronda2 kampong.

      aku zaman2 rempit dulu ja ronda kampong beraya sampai senak perot makan macam2. siap singgah pitstop kat masjid lagi pi buang bahan2 kumuhan dlm badan sblm sambong melantak. huhu nostalgic sunggoh.

      Bab tahlil tu mmg dh selalu wat pas smayang raya, cuma bab jamuan maken tu je yg 1st time dianjorkan. layan je la…..

  3. Jefrydin
    September 6, 2011 at 5:13 PM

    hantam saja la, karang karang la plak aku post dalam blog aku…

    lagi pon kamera belum transfer gambor-gambor…

    • September 7, 2011 at 8:43 AM

      Ya, cepat2 transfer aku nak kasi spam sket kat gambaq2 raya hang… kui kui kui

  4. sulie
    September 8, 2011 at 2:00 PM

    auuuuu!!!!!sakit mata aku tengok merah2 ni…hahaha

    • September 8, 2011 at 3:12 PM

      Tahon lepas dh pakai kaler ungu, tahon ni tukaq jadik maroon plak.

      Alih-alih hang pulak convert jadik ungu ye sulie… lambat2… hehehhe

  5. sulie
    September 8, 2011 at 4:02 PM

    owh yeke…hahaha…tunggu tahun depan plak ye…

    • September 8, 2011 at 4:07 PM

      Tahon depan pakai maroon plak ye? keh keh keh 8)

  6. musafir
    September 9, 2011 at 12:51 PM

    tahun depan aku pakai baju melayu tahun nie jugak… berulang-ulang beberapa tahun hahahahahahahaa….

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s